Showing posts with label contoh soalan temuduga jawatan jururawat. Show all posts
Showing posts with label contoh soalan temuduga jawatan jururawat. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

Tips Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan | Contoh Soalan Temuduga

TEMUDUGA. Tips Lulus Temuduga Separa Perubatan April | Contoh Soalan Temuduga. Dah semak jadual temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma? Kalau belum, terus semak di laman SPA di bawah. Klik gambar yer.

temuduga latihan separa perubatan taraf diploma

Semak di sini jadual temuduga:  Semak jadual temuduga
Tahniah jika anda salah seorang calon temuduga latihan Separa Perubatan bertaraf diploma. Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi temuduga latihan SEPARA PERUBATAN? Sudah mendapatkan tips-tips dan mungkin juga anda tercari-cari contoh-contoh soalan dari panel penemuduga. Malah, apa jawapan yang paling terbaik untuk anda berikan semasa sesi temuduga Latihan Separa Perubatan nanti. 

Tips Lulus Latihan Separa Perubatan 

Temuduga Separa Perubatan dijadualkan bermula 5 April 2015 - 17 April 2015. Calon-calon latihan Separa Perubatan seharusnya bersedia mental dan fizikal untuk lebih menonjol berbanding calon-calon temuduga separa perubatan yang lain. 

Soalnya, bagaimana calon temuduga latihan Separa Perubatan perlu bersedia? Dah ada idea?

Saya kongsikan beberapa tips ringkas tapi power untuk anda bersedia dan buat semasa sesi temuduga nanti.

  1. Pakaian. Paling penting biarlah kemas dan pakai tali leher jika perlu. Bagi calon temuduga perempuan, pakailah baju kurung yang kemas. Jangan menjolok mata.
  2. Cara masuk dan duduk. Masuk ke bilik temuduga bila diarahkan. Duduk bila diarahkan dan duduk dengan tertib. Tegak dan jangan silang kaki. Rapatkan kaki. Jangan kangkang pula cara duduknya semasa sesi temuduga.
  3. Cara perkenalkan diri semasa sesi permulaan temuduga Separa Perubatan. Seeloknya mulakan sesi kenalkan diri apabila diarahkan panel penemuduga. Mulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi temuduga Separa Perubatan. Lagi bagus, kalau anda tahu siapa panel penemuduga pada hari itu. Biasanya, panel penemuduga akan minta anda terangkan maklumat diri seperti nama, sijil dan bidang pengajian, kerja semasa atau pengalaman kerja jika ada.
  4. Maklumat pendidikan. Ceritakan keputusan SPM/diploma anda. Mungkin ada soalan berkaitan semasa temuduga separa perubatan berkaitan apa yang anda pelajari di sekolah.

Soalan popular semasa temuduga latihan Separa Perubatan

Antara soalan popular yang ditanya semasa "temuduga latihan separa perubatan" ialah seperti soalan-soalan berikut:
  1. Mengapa anda tidak sambung belajar di IPTA? Soalan ini lebih kepada soalan untuk menguji minat dan halatuju anda. 
  2. Pengalaman kerja. Anda pasti akan ditanya soalan tentang pengalaman kerja anda. Mungkin anda perlu cerita cabaran dan bagaimana anda mengatasi cabaran tersebut. Dengan cara ini, penemuduga akan nampak kelebihan yang anda ada berbanding calon-calon Latihan Separa Perubatan yang lain.
  3. Soalan berbunyi, "kenapa anda memohon jawatan ini". Jawatan yang anda pilih semasa membuat permohonan akan ditanya oleh penemuduga. Soalan jenis ini ingin menguji minat dan sedikit kefahaman anda tentang bidang yang dimohon. Bersedialah!
  4. Dalam banyak-banyak kementerian, organisasi, malah ada pelbagai peluang ditawarkan oleh pihak swasta, soalan "Kenapa mahu berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?". Agaknya, apa jawapan anda?

Soalan-soalan lain temuduga Latihan Separa Perubatan Ambilan Julai 2015

Soalan-soalan pengetahuan Am berkaitan jawatan dan kementerian. Penting untuk anda persiapkan diri dengan soalan-soalan am terutamanya berkaitan perkara berikut:

  1. Nama Menteri Kesihatan/Timbalan/Nama-nama dalam organisasi KKM
  2. Apa latihan pilihan & mengapa pilih latihan tersebut.
  3. Apakah ciri-ciri seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan).
  4. Apakah tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan pilihan anda)
Anda masih blur dan tak pasti nak studi apa sebagai persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan?

Panduan & Rujukan Temuduga Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

Jika anda masih perlukan rujukan khas untuk lulus temudaga Separa Perubatan, saya syorkan anda panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan berikut:

tips lulus temuduga latihan separa perubatan

DAPATKAN SEKARANG PANDUAN LULUS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN AMBILAN JULAI 2015
atau  
KLIK PAUTAN DI BAWAH & ISI BORANG KHAS UNTUK CALON TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: 

Nota tambahan tips untuk lulus temuduga Separa Perubatan. 
  1. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. 
  2. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  3. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. 
  4. Jangan pakai selipar, tshirt atau apa jua pakaian yang tak sesuai. Jangan musnahkan peluang anda sebaik saja panel penemuduga lihat penampilan anda!

Sunday, November 10, 2013

Contoh Soalan Temuduga Lembaga Jururawat Malaysia November 2013 | Soalan Temuduga Jururawat

Assalamua'laikum.
Apakah contoh soalan untuk sesi temuduga SPA bagi jawatan Jururawat? Saya kongsikan beberapa contoh soalan temuduga yang mungkin bakal ditanya kepada calon temuduga sesi November 2013 profesion jururawat.

Contoh soalan temuduga Jururawat November 2013 

Apa yang saya kongsikan ini mungkin hanyalah soalan umum untuk temuduga jururawat. Antara soalan yang mungkin ditanya semasa temuduga jururawat ialah;
  1. Siapa menteri Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?
  2. Apakah kadar bacaan normal nadi, tekanan darah dan pernafasan seseorang?
  3. Boleh berikan beza antara sister, matron dan seorang jururawat?
  4. Kenapa pilih bidang jururawat berbanding bidang lain?
  5. Boleh sebutkan beberapa isu semasa tentang bidang kesihatan sekarang? Tips: Sila bersedia untuk ditanya kembali oleh penemuduga tentang isu yang anda bawakan. Contoh, kalau isu demam denggi semakin meningkat. Bersedia dengan jawapan bagaimana ia merebak, simptom demam denggi, cara nak diagnose dan cara nak elakkan terus merebak.
  6. Apa yang anda faham tentang tugas seorang jururawat?
  7. Boleh ceritakan serba ringkas tentang SL1M, BRIM, Klinik 1 Malaysia.

Ini antara kemungkinan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga dalam sesi temuduga jawatan jururawat. Yang penting, anda jangan panik dan gelabah. 

Buat persediaan yang lengkap dan bacalah isu semasa yang masih panas sekarang. Ada lagi masa untuk anda siapkan diri untuk menghadiri temuduga jawatan jururawat November 2013 ni atau pengambilan sepanjang tahun.

Perlukan bantuan Panduan Soalan Temuduga Jururawat?

Kalau dah kesuntukan masa, mungkin panduan di bawah boleh membantu anda untuk bersedia dengan lebih baik. Banyak lagi himpunan soalan temuduga yang lengkap untuk anda baca. Siap sekali dengan contoh jawapan soalan temuduga jururawat.

KLIK gambar di bawah untuk terus download panduan temuduga jururawat ni.

Selamat berjaya. Jangan tangguh-tangguh, sebab ramai lagi calon lain yang juga bersedia dengan panduan lengkap contoh soalan jawapan temuduga jururawat ni. Anda macam mana?

Jangan bertangguh untuk miliki panduan ini kerana ramai yang sudah berjaya lulus temuduga jururawat dengan jayanya. Anda bila lagi?

Gambar Belangkas