Showing posts with label Tahun Melawat Perak 2012. Show all posts
Showing posts with label Tahun Melawat Perak 2012. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Pesta Laut Pangkor.Lumut 2012



Minggu ni selain daghi (dari) Sureheboh (yg Mufti Perak haramkan tu) dibuat di Ipoh...
bertempat di Daerah Manjung......
lebih tepat lagi di Pulau Pangkor dan Lumut ....
sedang berlangsung Pesta Laut Pangkor. Lumut 2012.....

sebelum ni lebih dikenali dengan nama Pesta Teluk Batik....
dan dah lama pun pupus...
sehingga lah diwujudkan kembali tahun lepas...
dan diteruskan ke tahun ini dengan nama baru.....

untok keterangan lanjut...
sile ke Facebook page kat bawah ni.....
Pesta Laut Pangkor.Lumut 2012

kat bawah ni antara kenangan awok..
masa bertugas di Pesta Laut Pangkor 2011



Antara acara yang dilangsungkan tahun lepas....


 awok konsert2 ni tak berape gemo.....
tapi ye le..udah ade dalam tentatif program deme....
layan je le...


nampak je kapei layo ni macam kecik....
beso jugak tu...
gambo daghi jauh.....


tengok tu kome....
awek bervespa.....

Thursday, November 3, 2011

6) Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort



Entri Tahun Melawat Perak 2012
10 Ikon Pelancongan Perak

1. Taman Rekreasi Air Panas, Sg Klah
2. Taman Herba Negeri Perak
3. Taman Negeri Royal Belum
4. Gua Tempurung
5. Zoo Taiping & Night Safari

Errr.... saje awok selitkan gambo anak daghe awok dengan sepupu die....
gambo ni sebenonye kat Bukit Merah....
sebelom nak ke Pulau Orang Utan tu lee...

Awok sambong lagi entri Tahun Melawat Perak 2012 awok ni...
macam kome tau entri2 awei (awal) ni semuenye berkaitan dengan 10 Ikon Pelancongan Perak....
dan bile entri yang bersifat informasi ni...
awok ambik direct daghi (dari) brosur yang ade kat awok...
makenye bahase nye awok takkan edit sikit pun....

Untok entri kali ni ....
awok tumpu pade Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort.....
yang terletak di Bukit Merah, Gunung Semanggol...

Pulau orang utan ini berkeluasan kira-kira 14 hektar,merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Pulau ini berada di dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort dan hanya 5 ekar digunakan untuk tujuan pemuliharaan, pembiakan dan tempat perlindungan di mana orang utan bebas berkeliaran.

Banyak terdapat di Malaysia dan Indonesia,orang utan ini adalah spesies beruk terancam dan akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.
Untuk ke Pulau Orang Utan,masa yang diambil hanya 10 minit dengan menggunakan feri khas dari Bukit Merah.
Pulau ini menempatkan bayi orang utan yang dapat dilihat tidur dalam buaian,memeluk anak patung dan memakai lampin pakai buang serta diawasi oleh pasukan perubatan khas.

Bagi orang utan dewasa yang membina tempat tinggal di luar kawasan lindungan,pengunjung dapat melihat spesies ini melalui laluan 100-meter yang bertutup yang dibina khas.
Taman ini dibuka bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Perkhidmatan feri yang disediakan pula akan berangkat setiap setengah jam pada hujung minggu dan 45 minit pada hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

a) Bukit Merah Laketown Resort,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak

Tel: +605-8908888
Fax: +605-8908000
E-mel : sales@bmlaketown.com.my
Website: www.bukitmerahresort.com.my

Wednesday, November 2, 2011

Kellie's Castle - Tawaran Sebutharga


Kellie' Castle yang bersejarah!!

Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) baghu (baru) keluo kan eklan.....
sape2 yang berminat untok mengusehe dan mengurus bangunan bersejarah Kellie's Castle diminte untuk mengemukekan keghoteh (kertas) cadangan pade MDBG......

syaghat2 (syarat) nye macam kat bawah ni....

Iklan Cadangan Mengusaha dan Mengurus Bangunan Bersejarah Kellie's Castle di atas Lot 48436, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta Perak Darul Ridzuan

1. Tawaghan (tawaran) dipelawe kepade syaghikat2 (syarikat2) berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera yang berkeupayaan daghi (dari) segi kewangan serta berpengalaman dalam bidang pelancongan.

2. Keghoteh (Kertas) cadangan yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri, bertulis tajuk dan nombor tawaran serta dialamatkan kepade :-

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BATU GAJAH JALAN HJ ABDUL WAHAB 31000 BATU GAJAH PERAK DARUL RIDZUAN

3. Keghoteh (Kertas) cadangan hendaklah dihantar sebelum 17 November 2011 Jam 12.00 tengahaghi (tengahari)...

Syarat-Syarat AM

Yang perlu ade dalam Keghoteh (kertas) cadangan kome :-
1. Maklumat Lengkap Cadangan
- Pendahuluan/ latar belakang cadangan
- Tujuan
- Objektif
- Pengurusan Syarikat
- Pengalaman Syarikat
- Komponen Pembangunan
- Strategi dan promosi
- Tarikan Pelancongan
- Isu dan Masalah
- Balasan kepade Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

2. Kedudukan Kewangan
- Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terakhir)
- Kos Operasi
- Kos Penyelenggaraan
- Sumber Pembiayaan (serta sokongan pembiayaan)
- Caj Tiket

Haaa.....ape lagi kome...
sape yang mampu dan ade kampeni sendighi (sendiri) dan layak macam syarat2 kat ateh (atas)....
ini le peluang kome ndak ughoihkan (uruskan) lokasi pelancongan yang selalu dikunjongi pelancong dalam dan luo negare........

5. Zoo Taiping & Night Safari

Entri Tahun Melawat Perak 2012
10 Ikon Pelancongan Perak

1. Taman Rekreasi Air Panas, Sg Klah
2. Taman Herba Negeri Perak
3. Taman Negeri Royal Belum
4. Gua Tempurung

Macam bese ....
awok ambik daghi (dari) brosur yang ade kat opis awok....
jangan malu....jangan segan bace ye....
Baghu (baru) je menyambut ulangtahun ke 50 penubohan deme......
Zoo Taiping teghoih (terus) unggul sebagei pusat perlindungan haiwan yang tertue Malaysia....
Sebelum ni pun awok ade up kan entri pasei Jubli Emas 50 Tahun Zoo Taiping ......




Zoo Taiping terletak di antara Taman Tasik Taiping dan kaki Bukit Larut menempatkan pelbagai jenis hidupan liar sama ada tempatan atau eksotik.
Persekitarannya yang subur dan redup amat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Zoo ini telah dibuka semenjak tahun 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu-satunya zoo di utara Semenanjung Malaysia.

Pengunjung dapat menikmati pemandangan eksotik dan suara hidupan liar di dalam persekitaran semulajadi dengan sungai,tasik dan pelbagai spesies flora dan fauna.
Terdapat lebih 180 spesies fauna yang secara keseluruhannya berjumlah 1300 termasuklah burung,mamalia dan reptilia dapat dilihat dalam kandang dengan “Konsep Terbuka”.

Kandang ini direka menyerupai habitat semula jadi hidupan ini dan rekaannya diterima baik oleh orang ramai. Antara hidupan liar di sini termasuklah spesies terancam seperti helang jeragat (Brahmini Kita/Halistur Indus),beruang madu (Helactus Malayanus),harimau kumbang hitam, Orang Utan,gajah Malaya dan harimau. Di sini terdapat juga haiwan yang dibawa dari luar negara seperti singa Afrika.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

a) Zoo Taiping & Night Safari,
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak

Tel: +605 - 8086577
Fax: +605-806 6025
E-mel : zootaiping@zootaiping.gov.

Monday, October 31, 2011

4. Gua Tempurung

Suasane dalam Gua Tempurung....
caghi mane awok!?


Entri ini adalah sempena Tahun Melawat Perak 2012 nanti....
dan Gua Tempurung meghupekan (merupakan) salah satu daghi (dari) 10 Ikon Pelancongan Perak......
Walopon udah biase dengo name Gua Tempurung...
awok ghase (rasa) tak ghamei (ramai) yang tau pasei pakej2 yang ditawarkan kat sini........
pasei sejaghah (sejarah) Gua Tempurung ni kan???

Ni awok ambik bulat2 daghi Brosur yang ade kat opis awok....
awok tak edit..... dan tak tuko langsong ayatnye...
jangan maghah (marah) le kalo udah bercampo Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris!


Gua Tempurung berukuran sepanjang 1.9km dan berusia lebih dari 400 juta tahun ini terletak di Lembah Tempurung berhampiran Gopeng, Perak iaitu kira-kira 25km ke selatan Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak.

Ia merupakan gua batu kapur semulajadi dan mempunyai lima buah kubah raksasa dengan bahagian atasnya berbentuk seperti tempurung kelapa di mana lima buah kubah raksasa ini dijadikan lokasi lawatan utama bagi pengunjung yang datang ke Gua Tempurung.

Di kawasan ini juga terdapat sebuah sungai sepanjang 1.6km yang mengalir melalui gua di dalam Gua Tempurung.

Peta Lokasi Gua Tempurung
Waktu Operasi:
Setiap hari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat : Ditutup sementara mulai jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang

Pilihan Kembara:

1. Golden Flowstone Tour:
An easy and exciting tour of about 40 minutes. A journey form the entrance to the golden Flowstone (Platform 2) and back. Entrance fee: adult-RM6.00 and children (below 12 yrs) RM2.50

2. Top Of The World:
A slightly strenuous journey for about 1 hour 45 minutes from the entrance to the Top of The World Cavern (platform 5) and back. Entrance fee: adult-RM9.00 and Children (below 12 yrs) RM4.50

3. Top Of The World & Short River Adventure: A 2 hour and 30 minute tour to The Top Of The World (platform 5), and back through the underground river. Entrance fee: adult RM11.00, Children (below 12 yrs) RM 6.50

4. Grand Tour:
A complete catwalk journey from the entrance with full-length underground river adventure. It is a very challenging and strenuous tour, and takes about 3 hours and 30 minute. Entrance fee: adult-RM22.00 and children-RM11.00

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

APT Consortium Sdn Bhd
No 7 Medan Gopeng 3
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah
31350 Ipoh, Perak, Malaysia

Tel: +605-318 8555
H/P : +6012-5928952 (Ms. Noorzuliana)
Fax: +605-318 8557
Email: enquiries@guatempurung.com
Website: www.guatempurung.com

Friday, October 21, 2011

3. Taman Negeri Royal Belum

Sg Tiang....
jangan kome ghiso (risau) .... penginapan disini dalam bentuk Hut....
3 oghang (orang) bulih muat ni.....

Ini dekat Sg Nam.....
penginapan yang cantek kat dalam hutan....
walopon dalam gambo ni nampak suram je....
tapi kalo kome tengok live......canteknye...

Pengangkutan utame di Taman Negeri Royal Belum....
Bot!!!!!!!!!!

Ini ayo teghojon (terjun) di Sg Ruok....
sebelom sampei ke Santuari Ikan tu...
kome bulih mandi kat sini....

Ini perkampungan oghang (orang) asal dekat Sungai Kejar...
deme dah biase dengan oghang (orang)....
tapi awas.....jangan sampei deme mule kate deme tak cukop makan.....
ade le akei (akal) deme nanti .....

Ini signboard ndak masok ke Sg Ruok.....
Kalo kome beghani (berani) bulih je nak mancing kat sini...
tapi kalo kene tangkap...
makan tak habeh le.....
mane idaknye.... dok dalam lokap....

Ektibiti yang best buat kat sini....
merakit le.....

In dekat Sg Ruok.....
Sg Ruok ni tempat Santuari Ikan,

Kalo kome udah sampei (sampai) ke Taman Negeri Royal Belum....
tak sah kalo kome tak sampei ke Sungai Kejar....
Sg Kejar ni meghupekan (merupakan) tempat paling hujong sekali di Taman Negeri Royal Belum....
disini jugak dikatekan tempat permulaan kepade Sg Perak.....

Semue gambo2 kat ateh (atas) ni mase awok ke sane tahun lepaih (lepas).....

Haa..... kome udah layan gambo kat ateh (atas) kan???
saje je awok letak berseleghak (berselerak) gambo2 kat ateh (atas) ni....
kali ni bace sikit je entri awok pasei (pasal) Taman Negeri Royal Belum.....
Ghasenye (rasanya) ghamei (ramai) yang tau pasei Hutan Belum ni.....
tapi awok ndak ceghite (cerita) jugak....
Terletak didaeghah (daerah) Hulu Perak ato lebih tepat lagi didalam kawasan Pengkalan Hulu....
Taman Negeri Royal Belum bersempadan dengan negara Thailand....

Hutan Belum dibeghi (diberi) taraf DIRAJA oleh Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah pade tahun 2003....
dan pade tarikh 17 April 2007, Kerajaan Negeri Perak melalui Enakmen Perbadanan Taman Negeri 2001 telah mewartakan Hutan Belum sebagei (sebagai) Taman Negeri Perak.....
Dan selueh (seluas) 117, 500 hektar kawasan Hutan Belum diisyhtiharkan sebagei (sebagai) Taman Negeri......

Menariknye lagi Taman Negeri Royal Belum mempunyai tiga daghipade 20 spesies
bunga terbesar dunia iaitu Bunga Rafflesia........
di mana salah satu nye dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah......
Taman Negeri Royal Belum juge dikatekan hutan yang lebih tue daripada hutan Amazon, dan beghumo (berumur) 130 juta tahun.
Walopon Sarawak terkenei (terkanal) dengan Burung Enggangnye.....tetapi deme cume ade 9 spisis saje.....
sedangkan Taman Negeri Royal Belum ade semue 10 spesies burung enggang di Malaysia....
Kalo ceghite (cerita) bab binatang atopon haiwan........
kat sini bulih dikatekan ade semue binatang hutan hujan tropika........

Akhir sekali......
Udah name Taman Negeri Royal Belum...
bukan senang kome dapat masok ke sini.....
Pelancong tempatan yang ndak datang kesini, permit kemasukan mesti dipohon dari Perbadanan Taman Negeri sekurang-kurangnya seminggu sebelum lawatan
Pelancong asing pulak permit ke Taman Negeri Royal Belum ini perlu dipohon sekurang-kurangnya dua minggu sebelum lawatan....
dan bile kome udah ade kat sane.....
jangan terkejot kalo tibe2 Askar tahan bot kome.....
untok buat pemegheksaan (pemeriksaan).....

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Perbadanan Taman Negeri : +605-7917858

Wednesday, October 12, 2011

10 Ikon Pelancongan Perak


Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012 nanti....
awok bercadang nak buat entri pasei tempat2 menaghik (menarik) di Perak.....
sebenonye sebelom ni awok ade buat entri2 tempat pelancongan mengikot daeghah (daerah)....
tapi tergendale sekejap bile awok bizi 2 - 3 menjak ni .....

kali ni awok nak tumpu dulu pade 10 ikon pelancongan negeri Perak dulu...
baghu (baru) le awok akan sentoh tempat2 menaghik (menarik) ikot daeghah (daerah) yang ade kat Perak ni....
dan kalo bulih awok nak kan cadangan daghi (dari) kengkawan semue....
bagi cadangan kat mane di Perak ni tempat yang kome ghase (rasa) menaghik (menarik)...

dan awok akan caghi (cari) ape saje info berkaitan dengan tempat yang kome cadangkan tu.....
tapi macam awok tulih (tulis) kat ateh (atas) tu....
awok akan tumpu dulu pade 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak dulu ye....
lupe nak kabo 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak ni dipilih oleh semue pehak yang berkaitan dengan Pelancongan di Negeri Perak dan juge dipersetujui oleh pehak Kementerian Pelancongan Malaysia.....

kat bawah ni awok nyatakan 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak....
1. Taman Negeri Royal Belum (Hulu Perak)
2. Hutan Paya Laut Matang (Larut, Matang Selama)
3. Gua Tempurung (Kampar)
4. Taman Herba Negeri Perak (Kinta)
5. Sungai Klah Hotsprings Park (Tapah)
6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (Kerian)
7. Zoo Taiping & Night Safari (Larut, Matang Selama)
8. Ipoh - The Limestone Wonder (Kinta)
9. Lumut & Pulau Pangkor (Seri Manjung)
10. Kuala Kangsar Bandar Diraja (Kuala Kangsar)

Thursday, August 18, 2011

Tahun Melawat Perak 2012



Insyallah...

kalo takde aghei (aral) melintang pukang...

hujong tahun ni bakei (bakal) dilancarkan...

Tahun Melawat Perak 2012...



ghasenye (rasanya) udah lame Perak tak buat bende2 macam ni....

leh (last) dulu Tahun Melawat Perak 2000..... uiii...udah 12 tahun lepaih (lepas) tu....

awok tak sabo ndak tengok ape agensi2 pelancongan yang ade kat Perak....

tak kighe (kira) le jenih (jenis) inbound ke....outbound ke...

ape yang deme dapat sumbangkan pade Tahun Melawat Perak 2012 ni nanti...



sayang betoi awok ghase (rasa)....

sebabnye kedudokan Perak di antaghe (antara) Selangor dengan Pulau Pinang...

2 negeri tu maju....tapi Perak??

kat mane kedudokan Perak ye???...



sekaghang (sekarang) ni Perak sekadar laluan oghang (orang) ndak ke utaghe (utara) je...

dah ade hiway lagi le oghang (orang) tak beghape (berapa) ndak masok...

tambah2 pulak udah ade laluan teghoih (terus) daghi (dari) Kolumpo stret ke Tol Juru...

udah tak payah beghenti (berhenti) kat Jelapang lagi dah....



yang ghamei (ramai) ke Ipoh@Perak pun disebabkan kampong kat situ je...

kalo setakat ndak bercuti saje2 je......

banyak lagi tempat lain yang deme bulih pegi...

yang lagi hebat awok ghase (rasa)....



satu masalah lagi yang awok nampok....

agensi2 pelancongan kat Perak ni lebih suke promotekan tempat2 pelancongan yang kat luo (luar)...

sedangkan Perak banyak bende yang ndak ditunjokkan pade oghang (orang)....

sayang betoiiiii!!!!!!!



P/S: errr...salahke awok promote negeri awok sendighi (sendiri)???

kali ni kite sembang caghe (cara) Umum je.....nanti awok nak setat (start) balik entri2 pelancongan ikot daeghah (daerah) yang udah lame awok tak buat tu....

Gambar Belangkas