Showing posts with label Tahun Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label Tahun Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Homestay Pendiat, Bota


Homestay Pendiat , Bota merupakan salah satu homestay terbaru yang diluluskan pendaftarannya tahun lepas (2012).....
Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tepian Sungai Perak.....
Dengan keluasan kampung 3km persegi dan terletak di dalam Mukim Bota di Daerah Perak Tengah.....

Antara tarikan yang ada di kampung ini dan diwarisi zaman berzaman dan masih dipraktikkan sampei le sekaghang adalah seperti ....
permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional dan juga permainan tradisional.....
sape2 yang berpeluang ke Homestay Pendiat ni kome berpeluang merasa aktiviti air....

mane idaknye....
udah Homestay Pendiat ni betoi2 terletak di tepian Sungai Perak.....
memancing, menjala, mengagau ikan, berkayak, berakit....
dan lain2 lagi aktiviti sukan air Homestay Pendiat boleh buat...

Tambah menarik lagi...
kedudukan Homestay Pendiat yang dekat dengan Lumut, Pasir Salak serta Batu Gajah...
memudahkan pihak Homestay Pendiat menguruskan lawatan (sekiranya ada permintaan)...
ke tempat2 pelancongan seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pusat Pembuatan Labu Pulau Tiga, Kellie's Castle dan juga ke Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim....

pada yang nak ikut pakej yang disediakan...
macam ni lebih kurang pakejnya...

- Sambutan Selamat Datang
- Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

dan diantara aktiviti nya

- Lawatan ke IKS (Industri Kecil dan Sederhana)
- Persembahan Kebudayan
- Lawatan sekitar kampung menaiki bot
- Sukan Rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan

- Penyerahan Cenderamata

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056
Batu 7 3/4
Kg Pendiat, Bota Kanan
32600 Bota, Perak

Tel : 017-579 6251
Facebook:  Facebook Homestay Pendiat
Email : homestaypendiat@yahoo.com


Sunday, April 21, 2013

Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Di Perak aje ada 8 homestay kesemuanya...
Homestay Maju Manik merupakan antara 2 homestay terbaru yang diluluskan pendaftaran tahun 2012 yang lepas.....
Homestay Maju Manik ni lain daghi homestay yang ada di Perak...

Sebabnya kebiasaannya, tertubuhnye homestay baghu le ada koperasi diwujudkan...
tapi kat sini, homestay diwujudkan disebabkan adanya Koperasi...
Koperasi Maju Manik Hilir Perak Berhad le yang punye idea wujudkan homestay ni...
Dengan 20 buah rumah yang telah diperiksa dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelancongan.....

Baghu le rumah-rumah ni diluluskan untuk program homestay...
macam yang awok ada kabo sebelum ni...
tuan2 rumah ni kesemuanya diwajibkan mengikuti kursus yang diadakan Kementerian Pelancongan...

Ok..ok... berbalik pada ceghite homestay Maju Manik tadi ni...
Homestay Maju Manik ni letaknya lebih kughang 10 kilometer daghi Bandar Teluk Intan...
Dan terletak dibawah daerah Hilir Perak.....
Homestay Maju Manik ni secaghe spesifiknya terletak dikawasan Sungai Manik, Teluk Intan...

dan meghupekan gabungan 2 buah kampung iaitu Kg Sungai Batu dan Kg Tanjong Keramat...
kome jangan pandang Homestay ni sebelah mate oooo...
tahun lepaih saje (2012) Homestay Maju Manik ni menerima 3 kali kunjungan rombongan dari Jepun ke tempat deme....

disini macam-macam acaghe boleh dibuat...
diantaghe aktiviti yang selalu deme buat adalah seperti berikut:-

- Jamuan Makan Chim Chum
- Lawatan ke IKS (Bengkel Kerisik, Bengkel Biskut, Industri Ikan Dalam Sangkar, Burung Puyoh & Sos Cili)
- Persembahan Pukong 


- Demo Tanaman Padi Cedong Menggunakan Kuku Kambing
- Demo Menuai Padi

- 'Mengago' Ikan Menggunakan Serkap 

- Sukan Bendang

- Lawatan ke tempat bersejarah di Teluk Intan (contoh : Menara Condong, Kompleks Sejarah Pasir Salak)

Antaghe rumah yang terlibat program Homestay di Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Untuk maklumat lanjut atau info yang lebih mendalam...
kome boleh menghubungi penyelaras Homestay Maju Manik
iaitu Encik Ahmad Ismail atopon lebih dikenali dengan nama Pak Leh ditalian 
012-4946158 & 01124139238 atopon email ke alamat dibawah...

Gambar Belangkas