Showing posts with label Politik Dunia.. Show all posts
Showing posts with label Politik Dunia.. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Projek Segenting Kra bakal bankrupkan Malaysia?

1. Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.

2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada  pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

3. Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30 bilion  dengan jangkamasa projek lebih sepuluh tahun.

4. Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga mesti dibuat.

5. Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya tengok [klik di sini]
6. Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya jadi ‘bodo’ sendiri..

7. Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia Tenggarake China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia. Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang ni mimpi lagi ke..?

8. Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.

9. Malangnya,  pentadbiran selepas Tun M banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh, mereka tidak lihat.

10. Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.

11.Bagi kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China, Jepun, Korea Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke kapal satu lagi.

12.Penjimatannya amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera.VLCC ni adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra Large Crude Carrier’.

13.Nak tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu – macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu. Ni linknya... [klik di sini]

14.Kita tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka, iaitu melalui Selat Sunda)


SEBAB-SEBAB TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI

15.Dengan perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.

16.Bab Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah kita macam ni..

17.Berbalik kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.


PEMBUKAAN SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA

18.Bila dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi, kurang produktiflah kerja penambakan mereka.

19. Okey.. Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.

20. Tak percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland – Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.

21. Makanya atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah kita mendapat bala.

22. Berbalik kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja penambakan di buat.

23. Bila ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.

24. Tunggu sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.

25. Cuba bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).

26. Kita sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik macamana 
kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development  Area) di Teluk Siam.

27. Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..

28. Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.

29. Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.

30. Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.

31. Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah.

32. Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..

33. So, kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan pulak, bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…

34. Namun kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.

35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
[via]
p/s: Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura. Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.

Tuesday, March 3, 2015

[Video, Gambar] Penipuan Moon Landings

Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin telah mencipta sejarah sebagai manusia pertama dan kedua yang menjejakkan kaki ke bulan. Program NASA ini telah membuka mata kebanyakan rakyat Amerika tentang keupayaan teknologi negara Uncle Sam itu. Program Apollo 11 ini juga telah berjaya menjatuhkan empayar Soviet Union puluhan tahun berikutnya apabila negara Eropah Timur itu mula menghasilkan mesin-mesin yang tidak berguna pada awal kejayaan Apollo 11 seperti yang dilaporkan.
Namun, tahukah anda kebanyakan pihak pada hari ini, termasuk rakyat Amerika sendiri, percaya bahawa program Apollo 11 sebenarnya tidak lebih hanyalah propaganda Amerika Syarikat semata-mata. Hal ini demikian kerana;
1. Pada era 1960-an Amerika dan Soviet Union berada pada situasi Perang Teknologi, manifestasi daripada Perang Dingin.
2. Teknologi komputer pada waktu itu sangat mundur.
3. Tiada bintang yang kelihatan.
4. Bayang-bayang terbentuk dari dua sumber cahaya.
5. Debu-debu yang terhasil dari 'kenderaan' yang dinaiki neil Armstrong dan Buzz Aldrin tidak menghapuskan kesan tapak kaki.
6. Sebuah batu dikesan mempunyai tanda 'C'. (NASA mengatakan bahawa ia adalah kecacatan yang terhasil ketika gambar dicuci. Namun, pengkaji mengatakan ia adalah props yang tidak dialihkan kerana kecuaian pihak yang membikin adegan ini.)

Dokumentari bertajuk The Truth Behind The Moon Landings ini akan membawa anda menyelongkar segala kecacatan yang terdapat pada Apollo 11. Menerusi dokumentari ini, anda akan melihat bagaimana penyelidik cuba melakonkan semula situasi ketika Moon Landings bagi menentukan samada hukum fizik Apollo 11 menyamai hukum fizik kajian mereka. Jika ia menyamai hasil kajian yang dilakukan olej penyelidik ini bermakna Apollo 11 adalah hoax. Selamat menonton.



Berikut adalah antara snapshot yang diperolehi daripada dokumentari di atas.
Sebuah filem James Bond bertajuk Diamond Are Forever lakonan Sir Sean Connery pernah memaparkan bagaimana Moon Landing ini dilakukan di dalam sebuah studio di kawasan terpencil. 

Tuesday, February 10, 2015

Pemimpin utama IS adalah ejen Mossad

Baru-baru ini sebuah portal online Perancis pernah membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa pemimpin utama IS, Abu Bakr Al-Baghdadi sebenarnya adalah seorang agen perisikan Israel Mossad.

Banyak pihak termasuk di dunia Arab dilaporkan terkejut dengan pendedahan tersebut apabila diketahui identiti sebenar Al-Baghdadi ialah seorang Yahudi yang dikenali sebagai Elliot Shimon.

Shimon atau Al-Baghdadi dilaporkan mendapat latihan perang psikologi di Israel dan diserap menyertai agensi perisikan Mossad selain turut menjalin kerjasama erat dengan perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat.

Menurut portal itu lagi, Al-Baghdadi telah ditugaskan menjayakan perancangan sulit agensi perisikan rahsia Amerika, British dan Israel untuk mewujudkan sebuah organisasi (‘Negara Islam’ atau IS) yang berupaya menarik perhatian pelampau dan pengganas dari seluruh dunia.

Serentak dengan perancangan itu Shimon melalui organisasi IS yang diketuainya akan berperanan mempengaruhi hati nurani rakyat awam di negara-negara yang dianggap boleh mengancam Israel seterusnya memusnahkannya dari dalam.

Portal yang sama turut memetik sumber lain yang mengesahkan Al-Baghdadi adalah agen risikan Israel yang turut memakai nama palsu Ibrahim ibn Awad ibn Ibrahim Al Al Badri Arradoui Hoseini.

Hal ini mengingatkan penulis kepada watak Mandarin dalam Iron Man 3. Mandarin adalah seorang pelakon yang diupah untuk memainkan peranan sebagai pengganas antarabangsa. Bersama-sama dengan konco-konconya dia telah merakamkan beberapa siri pembunuhan yang dilakukannya dalam bentuk video. Rakaman itu dilakukan di studio tertutup. Video tersebut disebarkan ke seluruh dunia menerusi media-media perdana. (realiti dunia media perdana - mereka hanya merujuk kepada berita dari Eropah dan Amerika seperti BBC, CNN dll)

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada rakyat Amerika dan Eropah sendiri sebenarnya tidak mempercayai bahawa al-Qaeda dan IS itu adalah Islam. Hal ini bermula sejak terjadinya insiden 9/11, apabila 'nashkah' al-Qaeda yang diciptakan Mossad-CIA gagal menimbulkan kebencian terhadap Islam diseluruh dunia.  

Sunday, April 17, 2011

Kajian Hadith Rasulullah S.A.W - A Days of Dajjal

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.
 Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat
Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)
Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.
Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajjal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000? George W. Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ketika inilah, Amerika  Syarikat dilihat oleh dunia sebagai 'budak suruhan' pada Israel.
Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Mengikut formula kiraan yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 tahun bahagi 4, yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah). Pada tahun ini, kumpulan Illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada negara Israel.

"Selamat datang ke tahap-tahap akhir rancangan Dajjal"!

Kenyataan oleh Presiden George Bush (bapa George W. Bush) pada 11th September 1990 :
"..Apa yang lebih penting ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan sebuah idea besar. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)."
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001
World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang
umat Islam. Osama bin Laden talibarut pada 'tentera Dajjal' ini

2002
Tentera Bersekutu Menyerang Afghanistan
Osama tahu bahawa seluruh dunia tahu dia berada di Afghanistan, tetapi dengan
sengaja dia 'mengaku' bertanggungjawap terhadap serangan WTC.

2003
Pencerobohan ke atas Iraq
Serangan dilakukan atas alasan mencari senjata pemusnah milik Iraq.
Walhal yang berlaku di Iraq ; tembakan rambang, pencabulan, penyeksaan tahanan dll

2006
Serangan Israel ke atas Lubnan
Perang meletus di antara Israel-Hezbollah (Syiah), namun serangan banyak
disasarkan pada orang awam. Buktinya, 'bom berangkai' digunakan oleh Israel dalam serangan ini. Pemerhati mendapati, ketika serangan, ramai tentera Hezbollah telah mendapatkan perlindungan di kawasan sekitar bukit sedangkan orang awam dibom.

2009
 Serangan hebat ke atas Gaza, Palestin
Seperti biasa, banyak negara Islam membentangkan usul di parlimen untuk
mengutuk Israel, termasuk Malaysia. Iran (Syiah) pula hanya lantang bersuara.

Selepas 9/11, Amerika Syarikat telah menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat dan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! 

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya sama seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah (dajjal). 

Friday, February 4, 2011

Protester Kristian lindungi Protester Muslim ketika sembahyang

Selepas berlakunya tsunami politik di Tunisia yang menyaksikan jatuhnya rejim Ben Ali kini rejim Hosni Mubarak di Mesir pula diambang kejatuhan. beberapa hari yang lalu kira-kira 8 juta rakyat Mesir turun dijalanan bagi menyertai bantahan terhadap 'anjing Israel' yang sedang memegang tampuk pemerintahan negara mereka itu. namun, beberapa laman web khususnya di Eropah melaporkan bahawa Israel secara diam-diam terbabit dalam 'menyuraikan' penunjuk perasaan di jalanan. mereka (Israel) dikatakan antaranya telah menyelurkan senjata kepada pihak berkuasa Mesir bagi menyuraikan bantahan yang saban hari makin hebat.

Tunjuk perasaan di mesir yang sedang berlaku bukan sahaja disertai oleh Muslim Mesir sahaja, malah turut serta bersama mereka bagi memperjuangkan hak rakyat Mesir sekaligus rakyat Palestin ialah orang beragama Kristian Mesir. Gambar eksklusif dibawah ini membuktikannya. Apa yang membanggakan, orang Kristian Mesir bersama-sama membantu melindungi Muslim Mesir yang sedang bersembahyang ketika berlakunya demonstrasi.
Sumber dari www.mediamalaya.com

Sunday, January 23, 2011

Kehidupan Presiden Tunisia Setelah Digulingkan

By Yvonne Ridley
http://beritaislamglobal.blogspot.com – Original English here

January 16, 2010 “Information Clearing House” – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan.

Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.

Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.

Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu. Begitulah cepatnya beliau pergi.

Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.

Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.

Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.

Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.

Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.

Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.
Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.
Polis Tunisia memaksa wanita Islam di negara itu membuka tudung klik di sini
Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.

Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari’ah.

Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.

Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.

Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.

Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.

Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.

Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?

Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.

Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?

Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.

Wartawan British Yvonne Ridley adalah Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa Eropah. Beliau pernah berada di Tunisia pada Februari 2009 bersama konvoi Viva Palestina. 
Bantahan rakyat (atas) dan rumah ipar Ben Ali turut jadi mangsa (bawah)


p/s : Syukur kehadrat Illahi. Semoga rakyat Tunisia umumnya, dan Muslim Tunisia amnya hidup dengan aman setelah kejatuhan pengkhianat Islam ini.

Saturday, January 22, 2011

Terowong Untuk Meruntuhkan Masjid al-Aqsa Telah Siap

Pada tahun 1967, setelah perangan antara tentera dan Negara-negara Arab tamat. Israel mula berkuasa di kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa.

Mereka membongkar wilayah Magharibah dan menghancurkan 138 gedung, termasuk didalamnya sekolah dan Al-Jami Buraq serta Masjid Magharibah.  Mereka juga mula meggali terowong di bawah masjidil aqsa melalui bahagian tersebut dengan alasan kononnya mencari kesan sejarah wujudnya rumah ibadat mereka, "the King Solomon Temple” di kawasan tersebut."

Pada 9 Ogos 1969, seorang rabbi (pendita) yang berfahaman Zionis, Shlomo Goren masuk ke Al-Haram Al-Quds memimpin Puak Pelampau Yahudi yang berjumlah sekitar lima puluh orang untuk menunaikan “doa” di dalamnya.

Pada 21 Ogos 1969, seorang Yahudi radikal berkerakyatan Australia bernama Michael Dennis Rohan membakar Masjid Al Aqsa, yang mengakibatkan kehancuran mimbar Salahuddin yang berusia lebih dari lapan ratus tahun serta langit-langit atapnya juga ikut terbakar. Ketika kejadian berlaku bekalan air dan talian telefon di putuskan di sekitar kota Al-Quds. Perkampungan Yahudi yang berdekatan tidak membenarkan orang Islam menggunakan bekalan air untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Pada 2 November 1969, Yigal Alon, wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.

Pada 11 Julai 1971, kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.

Pada 22 Julai 1971, sekelompok gerakan Betar memanjatkan doa di Al-Haram Al-Quds.

Pada 14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.

Pada 18 Oktober 1990, pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk pembinaan Haikal yang didakwa mereka berada di sekitar Al-Haram Al-Quds. Sementara itu ribuan rakyat Palestin bangkit menghalang usaha jahat tersebut. Akibatnya tentera Israel masuk campur dan  menyebabkan 21 orang gugur syahid manakala  150 orang lagi cedera.
Pada 28 September 2000, mantan Perdana Menteri Israel  yang ketika itu pemimpin Parti Likud, Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha dan dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan angkuhnya mengiklankan bahawa
“The King Solomon Temple mesti didirikan diatas tapak runtuhan masjidil aqsa”
Tindakan ini menyebabkan umat Islam di Palestin bersatu mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan menolak segala usaha Israel untuk merealisasikan hasrat mereka untuk mendirikan haikal tersebut.

Pada 23 Julai 2007, sekitar 300 orang Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.

Pada 16 September 2008, pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjid al-Aqsa dari Gerbang Magharibah.

Pada 9 Oktober 2008, sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabbi dan ahli politik Israel dibawah kawalan ketat polis serta pasukan keselamatan melakukan upacara pengYahudian Masjid al-Aqsa di perkarangan masjid tersebut.

Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancong Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.

Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari 30 pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid al-Aqsa untuk mengadakan upacara keagamaan.

Pada 24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.

Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat Palestin  dengan pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain ditangkap.

Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid dari gerbang Magharibah dan melepaskan tembakan kearah orang Islam yang sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari Masjid al-Aqsa.

Pada 16 Mac 2010, berlaku pergaduhan antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau Yahudi melakukan pencemaran di Masjidi al-Aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal merobohkan Masjid al-Aqsa. Upacara perasmian  ini telah ditentang oleh penduduk Palestin hingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan yang lain, ditangkap termasuk 7 orang  wanita.

Terowong Untuk Meruntuhkan Masjid al-Aqsa Hampir Siap (2009)

Saturday, January 15, 2011

Masjid al-Aqsa Hampir Musnah

"dan apabila Masjid al-Aqsa runtuh, maka akan..."-Editor MacJay.Net

Mengikut sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud ‘Masjid Paling Jauh’, terletak di Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman. Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.

Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama. Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut. Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif. Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis.

Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.

Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009.

Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Kawasan Luar Masjid al-Aqsa (gambar bawah)
Apakah komen anda?

Gambar Belangkas