Penemuan ajaib ini terjadi sekitar tahun 1999 di mana beberapa orang penyelidik telah menjumpai mumia seorang gadis yang dianggarkan berumur 15 tahun ketika dia dikorbankan untuk dijadikan persembahan bagi dewa dewa kuno.
Gadis ini tidak dibunuh, bahkan ia diletakkan di sebuah puncak gunung untuk mengawasi kawasan, seperti malaikat pelindung . Ritual itu dinamakan Capacocha .
Berbanding penemuan mumia - mumia pada umumnya , mungkin inilah mumia dengan bentuk tubuh yang paling sempurna. Ia seperti baru meninggal seminggu sebelumnya, bukan seperti sudah bertahun -tahun. Setelah diteliti , gadis ini meninggal kerana ada jangkitan bakteria , rambut dan organnya utuh , darah juga masih mengalir pada paru- paru dan jantung. Ia juga mempunyai kulit yang halus dan wajah yang masih sempurna .
Bermulanya langkah PAG.. Rakaman Season 1 secara amatur.
By 3AJ STUDIOS & ENTERTAINMENT - (SEMUA RAKAMAN AUDIO DAN VISUAL ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA!)
Rakaman pertama ini dengan hanya menggunakan kamera jenis kompak,kami dapat merakamkan satu suara berbisik ketika kru PAG sedang kepenatan mendaki.
Episod ini ketika kami berada di Kampung Juaseh N9.Rumah pusaka yang dikatakan pernah dilihat kelibat perempuan berambut panjang berbaju putih yang berkeliaran mengelilingi rumah terbabit dan ghaib oleh penduduk setempat.Kru tidak berkesempatan untuk membuat kajian pada waktu malam diatas gangguan teknikal.
Episod 3 ini kru PAG dapat merakam kelibat POCONG sedang melompat di bahagian sisi cermin kereta kru.Kami percaya dengan mata kasar manusia tidak mampu melihat entiti ghaib yang ada disekeliling kita tetapi ia dapat dirakamkan melalui cermin mahupun alat-alat elektronik paranormal.
Kisah ruangan pejabat kosong ini pernah menjadi bualan mulut para staf `cleaner`.Mereka pernah ternampak beberapa kelibat,bunyi tapak kaki orang berjalan,suara kanak-kanak sedang bergurau dan teguran.Dalam episod ini juga Kru PAG dapat merakamkan suara budak ketika kru sedang menunggu lif.
Dahulunya hutan lipur ini amat dikenali dengan kisah-kisah seramnya.Ada yang menyatakan ia tempat buangnya jin-jin yang jahat.Dengan itu kru PAG cuba merungkai apakah yang tersirat disebalik kisah-kisah mistik itu.adakah ianya benar atau sebaliknya.
Bengkel - Kru PAG terpanggil untuk menyiasat kawasan bengkel yang dikatakan telah terkena gangguan mahluk halus.Setelah diteliti,kru PAG terpandang dibahagian atas bangunan terbabit.Mungkinkah itu penyebabnya??Jom saksikan video ini..episod yang benar-benar mencabar ketika seorang kru PAG disentap kebelakang.
Rumah pusaka - Salah seorang Fan Page FB menjemput PAG ke salah sebuah rumah di pinggir bandar yang telah lama ditinggalkan.Kisah rumah yang bersaka HARIMAU terbabit yang disajikan kepada kami membuatkan kami benar2 teruja untuk membuat kajian.Dalam rakaman ini kru PAG dapat merakamkan suara dengusan yang kuat di sekitar rumah tersebut dan didengari oleh semua kru.Kejadian aneh juga berlaku apabila kesemua bateri habis dlm beberapa minit.
Jelajah selatan tanah air kru PAG-KL & PAG-JB berkesempatan untuk membuat rakaman di sebuah banglo.Ada juga yang menyatakan banglo tersebut adalah Villa Nabila yang penuh misteri.Tanpa kesahihan yang benar dan tepat,kru PAG hanya menggelarnya sebagai Misteri Villa Pohon Ara oleh kerana villa tersebut telah ditutupi sepenuhnya dengan akar-akar pohon ara.PAG memohon maaf diatas visual yang kurang memuaskan akibat kerosakkan infra merah.
Episod terakhir penutup bagi season 1,PAG-KL bersama kru PAG-JB pergi ke sebuah kuaters lama yang dikisahkan tidak dapat diruntuhkan.Pelbagai pihak dan kontraktor telah dilantik untuk meratakan kawasan terbabit namun gagal.Kawasan terbabit dahulunya kawasan kubur askar Jepun.
Melangkah lebih jauh dengan Season 2.Episod pertama ini benar-benar mengejutkan para kru
kerana kami meninggalkan kru-kru keseorangan disetiap `hot spot` yang dipilih.Berlaku satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang kru telah diganggu oleh mahluk yang kurang senang dengan kehadiran kami.Jom saksikan video ini..
PAG bersama Rahmat Mohktar (EXPAR) & Mazidul Akmal Sidik (666) ketika membuat tinjauan di Highland Tower.
Tinjauan kedua bersama Mazidul Akmal Sidik & Ntv 7 membuat liputan tentang fenomena paranormal di Highland Tower.
Episod 3 sejarah Hospital Lady Templer di Cheras..Kajian dilakukan bersama Kru 666 dan Expar banyak membantu.Video rakaman penuh tidak dapat disiarkan akibat kesilapan teknikal di Youtube.
Penjara Pudu episod khas yang mendapat sambutan hangat dan top rating didalam PAG Channel.
Episod XPDC bersama Kru 666 ke Ulu Bendul dan Bukit Putus N9.
Kajian bersama Kru 666 di sebuah lokasi yang dikatakan selalu berlakunya fenomena Histeria.
Kru PAG bersama kru 666 kembali semula ke Kuaters puncak bukit episod pertama season 1 yang telah merakam suara ghaib.Beberapa gambar entiti statik dapat dirakamkan dilokasi terbabit.
Episod ini memaparkan PAG bersama 666 ke satu lokasi rahsia..
Siapa yang tahu kisah sebenar P. Ramlee? Adakah anda tahu: - P. Ramlee meniggal dunia dalam keadaan miskin dan mempunyai tekanan hidup - Beliau pernah cuba di sabotaj oleh prosedur file di Singapura ketika nama beliau telah berada di kemuncak. - Siapa pelakon popular yang cuba sabotaj P Ramlee?
Untuk ketahui semua ini, History Channel telah merakamkan sebuah dokumentari khas tentang kehidupan Tan Sri. Anda boleh tonton di Youtube atau download dari link di bawah ini..
Part 1 http://www.mediafire.com/?ucr58g8m16qe3bp Part 2 http://www.mediafire.com/?e9z6abkrtql6nq4 Part 3 http://www.mediafire.com/?i96mgbprh33rqd2 Part 4 http://www.mediafire.com/?oqh7bbk0v5fqluc Part 5 http://www.mediafire.com/?oxwkro7yf54rh26
LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam. Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.
Para saintis telah menyatakan bahawa permukaan bulan mempunyai ketulan-ketulan logam yang berharga. Mereka yang asalnya melancarkan sebuah roket Centaur untuk mencari air di bulan, terkejut dengan penemuan yang istimewa itu. Misi Lunar Crater Remote Observation dan Sensing Satellite (LCROSS) ini telah berjaya menemukan air dipermukaan bulan terutamanya dikawah yang bernama Cabeus. Ternyata permukaan bulan 5.6 peratus mengandungi air.
Penemuan ini menunjukkan bahawa tanah kawah tersebut jauh lebih kompleks dari apa yang dinyatakan sebelum ini. Ini kerana ia juga mengandungi merkuri, kalsium, magnesium, karbon monoksida dan dioksida, amonia, natrium, dan sedikit perak.
"Dengan penemuan yang khazanah berharga ini, bulan dapat disebut sebagai peti harta karun yang berisi material berharga yang tersimpan cukup lama. Apatah lagi dengan adanya kandungan air akan menjadi tentangan bagi tujuan pembongkaran yang akan dilakukan manusia," kata Dr. Peter Schultz dari Brown University,.
Adakah anda kenal siapa orang tua yang tersenyum dalam logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya KFC? dan bagaimana tertubuhnya KFC?
Beliau ialah Kolonel Harland Sanders, pencipta resepi KFC. Lahir pada 9 September 1890 dan mula membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun. Kerana itu janggut dan rambut didalam logonya berwarna putih (uban).
Beliau sebenarnya adalah seorang tentera darat Amerika, namun selepas pencen, beliau tidak memiliki wang walau sesen pun. Pada masa itu, beliau hanya memiliki kepandaian dalam memasak dan merempah ayam goreng yang diciptanya. Rasanya sangat istimewa pada waktu itu. Resepi itu kemudiannya dijual di restoran-restoran.
Kini KFC berkembang pesat dan memiliki outlet yang lebih dari puluhan ribu diseluruh dunia.
Lagu-lagu yang bising dan tidak sesuai dengan rentak dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada tekanan dan siksaan, sama dengan siksaan didera dan dipukul. Di bawah ini senarai lagu-lagu yang nampak biasa tapi cukup menyeksakan jika didengar berulang kali.
1. Bruce Springsteen’s “Born in the USA”
Seorang warga spanyol dituduh ada kaitan dengan jaringan alQaeda menyatakan bahawa lagu ini di mainkan semasa beliau di dalam tahanan selama 2 tahun di penjara Teluk Guantanamo Kuba.
2. Christina Aguilera’s “Dirty” Mohammed Qahtani, yang dituduh sebagai salah seorang pemandu pesawat di dalam seranagn 11 september, mengaku disiksa dengan 2 cara,pertama di titiskan air ke atas kepalanya dan diperdengarkan lagu ini yang penuh dengan nyanyian menaikkan seksual.
3. Nancy Sinatra’s “These Boots Were Made for Walking” Semasa penyerbuan terhadap David Koresh, pemimpin Branch Davidian oleh polis Amerika Syarikat, lagu mars dan Nancy Sinatra dimainkan dengan kuat. Tujuaannya adalah supaya suspek dapat keluar dari tempat menyorok dan mengalah. Jelek juga lagu ini.
4. AC/DC’s “Shoot to Thrill” and “Hells Bells” Lagu Heavy Metal memang menjadi kesukaan para tentera untuk menyeksa tahanan. Jika berlarutan, tahanan akan rasa tertekan dan akan menghadapi strees yang tidak terkawal. Oleh sebab ini, ramai tahanan yang mengaku, menceritakan semua rahsia supaya dibebaskan.
6. Barney the Dinosaur’s “I Love You” Satu lagi lagu yang dimainkan di tahanan Guantanamo. Lagu ini mengisahkan akan kegembiraan berkumpul bersama keluarga. Ini akan mendatangkan efek kepada tahanan, bahawa jika mereka mengaku bersalah atau berkata benar, mereka akan dibebaskan dan boleh kembali semula kepada keluarga masing-masing. Kalau di malaysia, lebih sesuai dengan lagu oleh Sudirman, balik kampung. hehe..
Penemuan ular berkepala manusia pada tahun lalu telah menggemparkan penduduk Kabupaten Blitar dengan adanya siri video pula. Ramai yang pergi melihat sendiri keanehan ular tersebut yang mempunyai kepada manusia yang berambut panjang. Zamroji, warga Desa Sukosewu, Gandusari, Kabupaten Blitar; penemu ular tersebut telah mendapat perhatian ramai serta didatangi pengunjung yang berpusu-pusu ke rumahnya bahkan mendapat habuan wang yang lumayan bagi setiap kunjungan yang masuk ke tabung amalnya itu.
Berita ular berkepala manusia ini sebenarnya hanyalah rekaan beliau dan 5 sahabatnya, setelah diketahui dan disiasat oleh Dinas Peternakan Kabupaten Blitar. Wajah manusia tersebut hanyalah rekaan mereka, manakala badan ular tersebut telah diawet terlebih dahulu dan dijadikan sepasang tubuh ular yang berkepala manusia. Pihak polis telah menahan Zamroji dan wang yang dimiliki hasil penayangan ularnya itu telah pun disita.
Kebiasaan bateri untuk menghidupkan handphone adalah dari jenis lithium ion. Tapi, handphone ini juga boleh menggunakan bateri AAA sebagai gantian sekiranya kehabisan bateri.
Handphone bernama FrvrOn iaitu singkatan dari forever on, telah dikembangkan oleh syarikat di India, Olive Telecommunication. Handphone ini sebenarnya adalah untuk kegunaan warga India yang tinggal di kawasan yang mempunyai masalah elektrik.
Tragedi letupan kilang mercun * Tarikh: 07.05.1991 ** Masa: 3.45 petang *** Mangsa maut: 26 orang **** Mangsa cedera: 83 orang ***** Jumlah kutipan derma tabung bencana: RM935,688.18
Letupan 200 tan belerang dari sebuah kilang mercun di di Sungai Buluh, Selangor antara tragedi yang menggegarkan negara.
Tragedi dahsyat itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila salah satu kawasan di dalam kilang itu meletup secara tiba-tiba. Letupan itu disusuli dengan letupan kedua 10 minit kemudian. Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer.
Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur.
Anak-anak kalajengking ini akan duduk dibelakang ibunya sehingga mereka cukup besar dan pandai hidup sendiri. AMARAN: Jangan jadikan kalajengking binatang peliharaan anda kerana ia bakal membiak lebih dari 10 ekor dalam satu masa!
Ascaris lumbricoides adalah bahasa Latin dan nama taxonomi bagi parasit manusia, menyebabkan penyakit askariasis. Askariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing gelang (Filum Nematoda). Askariasis adalah penyakit kedua terbesar yang disebabkan oleh makhluk parasit. Cacing Gelang terdapat dalam air tawar, air masin, dan persekitaran darat, di mana mereka sering melebihi bilangan haiwan lain dari segi bilangan dan jumlah spesies.
Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.
Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.