Showing posts with label Kuiz Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Kuiz Pelancongan. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak


Entri ini adalah sticky post kerana Kuiz Pelancongan CC1M anjuran Tourism Malaysia Perak ini akan dilangsungkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014......



Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, sukacita dimaklumkan TOURISM MALAYSIA PERAK akan menganjurkan KUIZ PELANCONGAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA, “HAYATILAH 1MALAYSIAKU” BAGI RAKAN FB TOURISM MALAYSIA PERAK.

Soalan kuiz akan bermula pada hari ini iaitu 7 JULAI 2014 setiap Isnin dan Rabu setiap minggu. Soalan adalah berkisarkan pelancongan di dalam Malaysia.

Berikut adalah di antara terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Tourism Malaysia Perak :

1. Kakitangan Tourism Malaysia dan ahli keluarga tidak boleh menyertai.

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan yang sah.

3. Mesti ‘liked’ Facebook Tourism Malaysia Perak.

4. Peserta hanya boleh menjawab satu soalan kuiz sahaja dan bagi yang telah memenangi kuiz tersebut tidak boleh menjawab soalan seterusnya.

5. Jawapan yang tepat dan komen yang terawal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Soalan kuiz adalah pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu.

7. Hadiah misteri dari Tourism Malaysia Perak menanti anda.

Jadi, nantikan soalan kuiz pertama pada hari ini pada bila-bila masa sahaja. Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Terima kasih pada semua rakan FB yang sentiasa menyokong Tourism Malaysia Perak amnya serta industri pelancongan di Malaysia.

Wednesday, September 24, 2014

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia Hayatilah 1Malaysiaku

Jangan tuko siaran....
kerana entri ini merupakan entri sticky post dan akan bersiaran sehingga 25 September 2014 nanti...

Terlambat pulak awok nak up kan entri berkaitan Kuzi Pelancongan Cuti-Cuti Malaysia ni....
yang sebenonye kuiz pelancongan ni dah pun mula bersiaran dari 5 Jun 2014 yang lalu...
dan seperti tahun2 yang sebelumnya...
kuiz ini disiarkan pada setiap hari Khamis jam 5.45 petang di Radio Malaysia PerakFM.......

pada yang berkesempatan dan menerima siaran Radio Malaysia Perak FM....
jangan segan-segan.... jangan malu-malu...
soalan nya mudah sangat...
dan hadiahnya pun boleh tahan juga lumayan nya...
yang pastinya hadiah adalah mengikut kepada agensi/produk pelancongan yang bersiaran pada hari tersebut....
apalagi.....
silalahhhhh....

P/S: Insyallah pejabat Tourism Malaysia Perak akan menganjurkan satu lagi kuiz pelancongan yang hanya eksklusif keluar di FB Tourism Malaysia Perak ........

Sunday, October 20, 2013

Kuiz Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014


Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti...
Opis awok ade menganjurkan kuiz pelancongan yang akan ke udara setiap haghi Khamis jam 5.45 - 6.00 petang....
Kuiz Pelancongan yang dah pun bermule minggu lepas ni akan bersiaran di stesyen Radio PerakFM  .......
yang awok tau ...hadiah2 nye memang lumayan....
contohnye macam minggu lepas (17 Oktober 2013)... Lost World of Tambun dijemput untuk minggu tu ....
dan hadiah yang deme beghikan bernilai RM600.00........

setiap soalan serta hadiah diberikan berdasarkan tetamu jemputan pada minggu tersebut......
kalo minggu tu Gua Tempurung....... soalan dengan hadiah nye deme le yang bagi....... dan sama le mengikut minggu...lupe pulak nak bagi nombor telefon nye ye!!! 05-545 0343......
pade yang berkesempatan kome bulih mencube....

errr....awok ade try caghi streaming link PerakFM....
tapi awok tak bulih bukak..... tapi takpe awok tinggei kan link nye dibawah untuk kome cube....

Link 1
Link 2
Link 3

Sementaghe Yob dengan Yong yang ade di Perak dan sempadan Perak ...
kome bulih tuko frekuensi kome mengikut tempat kome beghade....


IPOH                                    FM 95.6 MHz
CHANGKAT REMBIAN       FM 97.3 MHz 
GUNUNG BRINCHANG       FM 94.7 MHz
BUKIT LARUT                    FM 104.1 MHz
GRIK                                   FM 96.1 MHz
LENGGONG                         FM 94.2 MHz
PERAK SELATAN              FM 97.3 MHz  &  89.6 MHz
Selamat Mencube!!!!!

Gambar Belangkas