Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Ayahanda Rani Kulup & Uqasha Senrose Meriahkan 'Super Spontan' Musim 4


 PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose dipilih antara barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim lalu.

"Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan.

"Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak. Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media program Super Spontan musim keempat di Talent Lounge, di sini, Selasa.

Program Super Spontan All Stars bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang, dekat sini, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.

 Artis dan tenaga produksi yang terlibat dalam Super Spontan All Stars

Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Sementara itu, Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.

Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.

"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan.

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan.

Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Juara Super Spontan All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM75,000 dan RM50,000.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang RM20,000, RM10,000, dan RM5,000.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Sumber: mstar.com.my

Sunday, June 21, 2015

Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.


Sumber: Sinar Harian

Thursday, June 11, 2015

Aktor Filem Seram Christopher Lee Meninggal Dunia

Aksi Christopher bersama Barbara Shelley dalam filem 'Dracula: Prince of Darkness' pada tahun 1966.

LEGENDA filem seram, Christopher Lee meninggal dunia pada usia 93.

Pelakon yang terkenal sebagai bintang  filem seram pada 1950-an, sebelum terus mengecapi kemahsyuran dalam kehidupannya itu telah dirawat di hospital akibat kegagalan jantung dan masalah pernafasan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Chelsea and Westminster di London pada pagi Ahad selepas tiga minggu dirawat, tetapi balunya memutuskan untuk menahan berita itu sehingga hari ini supaya keluarga dan rakan-rakan dapat dimaklumkan terlebih dahulu.

Christopher memainkan watak Dracula dalam siri filem seram klasik yang dihasilkan oleh Hammer Horror, dan memegang watak penjahat yang 'tenang' dalam filem James Bond 'The Man With the Golden Gun' pada tahun 1974.

Beliau kemudian dikenali dalam generasi baharu peminat filem dengan peranannya dalam Lord of the Rings, di mana beliau memegang watak jahat Saruman dan juga dalam filem Star Wars.

Selepas berita ini disiarkan pada sebelah pagi, rakan-rakan artis dan peminat memberikan penghormatan kepada pelakon yang telah berjaya mengekalkan pengaruhnya selama beberapa generasi.

Jonathan Ross berkata: "Sangat sedih mendengar bahawa Sir Christopher Lee telah meninggal dunia. Seorang pelakon yang hebat, bintang besar, mengejutkan, beliau juga seorang penyanyi yang baik dan seorang lelaki yang budiman."

Boris Johnson menambah: "Sungguh sedih mendengar tentang kematian Christopher Lee, salah seorang pelakon paling berbakat besar British dan 'pakar' dalam watak mengerikan.

Christopher telah berkahwin selama 54 tahun dengan Birgit Kroencke, bekas model Denmark.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Christina.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Khas semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sering enggan untuk membincangkan apa yang telah dilakukan semasa perang, dengan berkata beliau terikat dengan sumpah kerahsiaan.



Sumber: mstar.com.my

Tuesday, June 2, 2015

Erra Fazira kini bertudung sepenuhnya


TEKA-TEKI mengenai khabar angin pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal Erra Fazira mengenai penghijrahannya terjawab selepas pelakon itu kini mengenakan hijab sepenuhnya.

Memetik laporan portal berita, Erra berkata, penghijrahannya ini sudah lama terdetik dalam hati  dan kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai.

"Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung," katanya.

Pelakon itu bertudung sepenuhnya sejak semalam sempena mengambil keberkatan malam nisfu syaaban.

Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagram milik pelakon itu turut gembira dengan keputusan Erra untuk bertudung.



Sumber: Sinar Harian

Friday, May 29, 2015

Masih bergetah di usia 45 tahun, apa rahsia JLo


Penyanyi dan pelakon berdarah Amerika Latin, Jennifer Lopez mendedahkan beliau mengamalkan dua perkara untuk kekal cantik dan jelita - tidak merokok dan tidak menyentuh minuman keras.

"Rahsia kejelitaan sebenarnya adalah cara gaya hidup sihat, syukur kepada tuhan kerana sejak kecil sehingga sekarang, saya masih nampak macam muda kerana tidak merokok dan minum arak," dedahnya ketika tampil di festival muzik tahunan di ibu negara berkenaan.

Memetik Mynewshub, Jennifer atau Jlo berkata, beliau juga mengelakkan menghadiri pesta liar, berbeza dengan kebanyakan selebriti Hollywood yang lain.

"Saya belum pernah sentuh dua benda itu, bahkan saya tidak pernah hadiri parti liar. Juga mujur saya bukan jenis suka berparti tetapi lebih suka kerja keras sepanjang hidup," ujarnya.

Maka tidak hairanlah bintang filem The Boy Next Door itu masih kekal menawan dan 'bergetah' walaupun telah menginjak usia 45 tahun! — Siakapkeli.my

Friday, May 15, 2015

Sid Vicious...Punk superstar yang mati katak!


 12 Oktober 1978

Pukul 11.00 pagi

          Kaunter Hotel Chelsea di Bandar New York menerima suatu panggilan aduan dari seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya memberitahu sesuatu sedang berlaku di bilik 100. Kerani yang menjawab talian berkenaan meminta pertolongan salah seorang bellboy yang bertugas untuk bergegas ke bilik berkenaan. Seketika kemudian, telefon meja kaunter hotel berdering semula, kedengaran suara lemah seorang lelaki berkata “Seseorang sedang sakit, perlukan bantuan..”

Pada ketika itu, bellboy yang naik ke atas tadi telah pun berada di bilik 100. Sebaik memasuki bilik 100, kelihatan darah berlumuran di kebanyakan tempat di atas katil. Bellboy berkenaan tersentap apabila dia menyaksikan seorang gadis berumur awal 20an dengan separuh bogel berlumuran darah terduduk bersandar di dalam bilik mandi.


Kepala gadis berambut blonde platinum itu tunduk menghadap lantai dengan matanya terbuka dibawah sinki. Gadis itu hanya bercoli dan  berseluar dalam berwarna hitam, kedua-duanya dibasahi dengan darah pekat yang berlajau-lajau. Di perutnya tercacak sebilah pisau setebal lima inci.

Beberapa minit kemudian, ambulans tiba bersama pihak polis. Setelah pasukan paramedik mengesahkan kematian gadis tersebut yang bernama Nancy Spungen, polis melakukan pemeriksaan sekitar bilik berkenaan dan menjumpai dadah dan alatan untuk menyuntik,  bersama-sama senjata iaitu sebilah pisau Jaguar K-11 yang dipenuhi dengan darah. Mangsa tinggal dengan teman lelakinya yang sebelum itu ditahan di laluan ruang tamu.

Pasangan ini menginap di suite mewah ala Bohemia, Hotel Chelsea di mana sering mendapat kunjungan bintang-bintang popular seperti Bob Dylan, Eugenne O’Neille, Janis Joplin, Jane Fonda serta beberapa nama besar lain lagi.


 Pasangan ini mendaftar masuk dengan menggunakan nama ‘Mr. And Mrs. John Ritchie’ walhal kedua-duanya masih belum berkahwin. Teman lelaki Nancy adalah Sid Vicious, ataupun nama sebenarnya Simon John Ritchie, superstar punk yang bermain bass untuk kumpulan muzik punk Sex Pistols.

Vicious dijumpai merayau-rayau di laluan ruang tamu, menangis, menggigil-gigil sebaik tibanya polis di tempat kejadian. Wajahnya lebam-lebam seperti dipukul dengan benda yang keras kerana bergaduh dengan seorang petugas hotel malam sebelumnya. Dia ditumbuk dan dibelasah oleh petugas itu kerana cuba menegur bunyi bising kerana pada malam itu bilik 100 berparti sehingga menganggu penginap yang lain.

 Sebelum ketibaan polis, tetamu yang menginap di hadapan bilik Vicious telah keluar melihat kejadian yang berlaku. Vicious menyatakan yang dia tidak membunuh Nancy. Dengan keadaan yang khayal, Vicious memberitahu kepada wanita di hadapan biliknya bahawa Nancy terjatuh di atas pisau. Dia mengatakan dia teramat menyayangi Nancy dan tidak akan melakukan perkara itu terhadap kekasihnya.

Walau bagaimanapun, Vicious digari dan dibawa ke balai polis dengan tuduhan membunuh kekasihnya.


Sid Vicious adalah individu gila yang paling kuat pengaruh serpihan budaya punk pada tahun 70-an. Siapa tak kenal dengan Sid Vicious? Pemain gitar bass kumpulan Sex Pistol ini merupakan ikon kepada dunia punk 70an sehinggalah sekarang.

Terlalu ramai remaja di seluruh dunia menjadikan Sid Vicious  sebagai idola mereka.     Raja penagih heroin ini atau nama sebenarnya Simon John Ritchie lahir pada 10 Mei 1957. Ibunya Anne Ritchie seorang hippie (juga penagih heroin tegar) manakala bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di istana Buckingham serta bermain muzik  semi-profesional secara sambilan di London. Walaubagaimanapun, sebaik Sid dilahirkan, kedua ibubapanya berpisah.

          Bapa kandung Sid lari dari tanggung jawab, tinggallah Sid terkontang kanting bersama ibunya. Anne memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa Sid, bekerja di pub-pub sekitar London sehinggalah ke Ibiza, Sepanyol. Walaubagaimana pun, setelah pulang ke London, Anne turut berkahwin dengan beberapa lelaki lain termasuklah seorang lelaki kaya iaitu Chris Beverly sehingga mampu menghantar Sid ke sekolah swasta.

          Benci dengan persekitaran anak-anak orang kaya, Sid menjadi anak yang agak pasif tetapi liar. Dia mula bercampur dengan remaja-remaja yang rosak akhlak mereka dan terjebak dengan najis dadah. Dia membesar dengan semangat anarki disamping tabiat mencederakan diri sendiri. Semuanya gara-gara heroin. Anne bingung dengan perangai anak bujangnya itu kerana ada-ada saja hal yang dilakukan di sekolah. Akhirnya Sid berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh di sebuah kilang fabrik.

          Ketika zaman remaja, Sid juga pernah mengaku mempunyai nafsu seks songsang terhadap lelaki. “Saya pun tak tahu mengapa saya boleh bernafsu sebegitu, sebenarnya saya gemar bereksperimen dengan seks!” jelasnya yang pernah melakukan hubungan sejenis itu walaupun hanya selama dua bulan sahaja. Pengakuan ini berdasarkan tabiatnya yang gemar memakai pakaian perempuan semasa tidur ketika berumur 14 tahun!


MUZIK PUNK, SEX PISTOLS DAN SID VICIOUS


Kumpulan Sex Pistols sudah ditubuhkan pada tahun 1975, band ini adalah pencetus budaya punk yang bersifat anti kerajaan dan mengamalkan ideologi punk paling kuat. Hanya pada tahun 1977, Sid Vicious menyertai Sex Pistols yang kebetulan pemain bass asal kumpulan ini, Glenn Matlock mengundurkan diri.

Sebenarnya Vicious tidak pandai pun bermain bass. Vicious diterima menyertai Sex Pistols kerana perangai ‘punk’ gilanya yang ‘sejati’. Malcolm Mclaren adalah individu yang bertanggung jawab membawa Sid Vicious ke lembah kemasyhuran dan bertindak selaku pengurus band ini.

Kehadiran Sid telah membuatkan populariti band ini terus melonjak naik dan menjadi bertambah rebel. Ini kerana Sid sendiri seorang yang aggresif dan ganas sesuai dan kena dengan imej Sex Pistols. Gayanya berseluar jeans ketat dan koyak rabak, susuk tubuh kurus sehingga nampak tulang, jalan membongkok, menagih heroin, rambut tidak terurus seperti kena renjatan elektrik, berjaket motosikal yang lusuh serta pin-pin yang menjadi aksesori jaket, memakai rantai besi seperti anjing bersama-sama dengan mangga.

Sid juga banyak mempertonton aksi yang ganas semasa berada di atas pentas seperti mengkelar dada dengan pisau, vandalisme, berperlakuan jijik dengan membuat isyarat lucah serta beraksi kurang ajar seperti suka meludah dan kencing di atas pentas sehingga membuatkan Menteri Pendidikan Britain pada ketika itu melabelkan mereka sebagai 'Agen Keruntuhan Moral Masyarakat'.

Ketika itu, seluruh dunia dahagakan sesuatu muzik rock yang segar, walaupun pada dasarnya mereka hanya memainkan muzik rock yang mudah, cuma kelajuan temponya saja ditambah. Dengarkan saja lagu-lagu daripada album Nevermind The Bollocks, kebanyakannya anak-anak muda di seluruh dunia mula berfikiran haluan kiri setelah ‘karya’ yang menghasut minda dengan lagu-lagu seperti Anarchy in U.K, dan God Save The Queen. Semuanya berunsurkan hedonisme dan mengajak anak-anak muda memberontak. Dia menjadi ikon pada muda-mudi!


          KEMATIAN SID VICIOUS


 Pada suatu petang 1 Februari 1979, sebuah parti kecil diadakan di rumah kekasih Vicious iaitu Michelle Robison untuk meraikannya yang dibebaskan dari Penjara Riker’s Island kerana menyerang adik kepada Patti Smith (penyanyi punk).

          Tempoh 7 minggu pastinya begitu lama buat penagih tegar mengekang dirinya dari sebarang dadah. Malam itu Vicious menyuntik dadah seakan tiada hari esok. Pada malam itu, dia tidur bersama teman wanitanya itu dalam keadaan yang betul-betul khayal.

Keesokan harinya, Vicious tidak lagi bernyawa. Selepas bedah siasat dilakukan, laporan menunjukkan kandungan heroin yang begitu tinggi dalam paru-parunya. Jarum, sudu dan heroin dijumpai berhampiran mayatnya. Sid Vicious dikatakan menyuntik heroine asli pada dos ketiga dan dengan serta merta nyawanya turut melayang. Ya, esok memang tidak ada buatnya.


 Selepas beberapa hari kematian Vicious, ibunya terjumpa sekeping nota bertulis ; ‘kami telah membuat perjanjian untuk sehidup semati, kini giliran aku melaksanakan janji itu. Tolong kebumikan aku bersebelahan dengan cintaku. Tanamlah aku dengan jaket kulitku, jeans dan but motosikalku. Selamat tinggal! Sekian, - Sid’

Mayat Nancy ditanam di tanah perkuburan orang yahudi tetapi Vicious, bukan seorang yahudi tidak boleh dikebumikan di sebelahnya. Akhirnya mayat Vicious dibakar dan abunya ditabur di pusara kekasih cintanya itu. Matilah seorang ‘pesona punk’, anak muda yang kojol pada usia yang muda, terlalu muda (21 tahun) yang diangkat-angkat oleh pengikut-pengikut punk.



Kredit: KL Thugs


Thursday, May 14, 2015

Lindsay Lohan peluk Islam?


 Lindsay Lohan Pilih Al-Quran

SELEBRITI terkenal Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan memilih agama Islam apabila didapati memegang Al-Quran disampingnya di Brooklyn, New York pada Rabu.

Selebriti berdarah kacukan Ireland dan Itali terbabit dibesarkan sebagai seorang Katholik dan dilaporkan memegang Al-Quran selepas selesai menjalankan satu sesi khidmat masyarakat di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.


 Al-Quran yang merupakan kitab suci menetapkan gaya hidup bebas tanpa alkohol dalam Islam selain mengajar kepada cara hidup lebih sopan dan tenang.

Daily Mail Online memberitahu, ini juga bukan pertama kali selebriti tersebut menunjukkan minat terhadap ajaran agama yang lain.

Selain itu, Lindsay sebelum ini dikatakan menghadiri beberapa kelas Kabbalah (tradisi kuno agama Yahudi) dan sering digambarkan memakai gelang tangan merah Kabbalah, yang dikatakan boleh menghindari musibah yang disebabkan oleh 'mata jahat'.


Selebriti terbabit turut dilaporkan menyertai sebuah kumpulan keagamaan, 'Courtney Love Buddhist' pada 2012, sebelum akhirnya memilih Al-Quran.

Pada tahun lalu, Lindsay menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'lebih berohaniah' menerusi satu siri dokumentari terkenal Amerika Syarikat, Oprah Winfrey.

"Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa," katanya.


Sumber: mstar.com.my

Thursday, May 7, 2015

Miley Cyrus beli rumah baru lengkap dengan ladang anggur


PENYANYI Miley Cyrus dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru yang dilengkapi ladang anggur dan kawasan menunggang kuda bernilai RM17.9 juta.


Menurut laporan TMZ, rumah itu terletak di dalam kawasan tanah seluas lima ekar serta mempunyai hampir 500 pokok buah anggur di ladang tersebut iaitu di Hidden Hills.

Miley dikatakan memilih kediaman di kawasan berpagar bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

Terdahulu, rumah kediaman keluarganya di Toluca Lake sebelum ini telah dibuka untuk dijual pada awal Januari lalu.

Rumah lama tersebut dibeli kedua ibu-bapanya Ray Cyrus dan Leticia Cyrus pada tahun 2007.



Sumber: mstar.com.my

Saturday, May 2, 2015

(Gambar) Megan Fox makin hot dengan rambut blonde

Pelakon seksi cantik Megan Fox muncul dengan rambut blonde ketika penggambaran filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2.

Namun, rambut blonde tersebut hanyalah wig yang dipakai olehnya untuk filem itu.  






Sumber: dailymail.co.uk

Friday, May 1, 2015

Captain America masih teruna kata Chris Evans


"Dia (Captain America) mungkin adalah seorang teruna. Aku tak tahu bila itu (kehilangan teruna) akan berlaku," kata Chris Evans, pemeran karakter Captain America.


Chris juga yakin filem ketiga Captain America akan jadi sesuatu yang hebat.

"Aku rasa kami akan melakukan sesuatu yang hebat (dalam CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR) kerana banyak perkara yang perlu dikuak lebih dalam. Bukan hanya evolusi karakterku dan Anthony Mackie, hubungan dengan Bucky (dilakonkan Sebastian Stan), dan yang terpenting Captain dengan seorang wanita , "tegasnya.



Sumber: Kapanlagi.com

Wednesday, April 29, 2015

Michelle Keegan Wanita Paling Seksi 2015


MODEL dan pelakon Michelle Keegan menduduki senarai teratas sebagai wanita paling seksi di dunia dalam senarai terbaharu bagi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh majalah antarabangsa FHM.


Michelle yang sebelum ini menduduki tangga kedua kini menewaskan pesaingnya pelakon Jennifer Lawrence yang menduduki tempat ketiga dalam senarai tersebut.

Sementara itu, adik Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner yang pertama kali tersenarai telah berjaya menduduki tempat kedua.

Dalam pada itu, tunang wanita ini iaitu pelakon Mark Wright pernah memberitahu tidak selesa apabila wanita itu kerap memuat naik gambar-gambar seksinya di laman sosial.

Dia bimbang Michelle cuba didekati lelaki lain dengan tujuan tertentu.


Sumber: mstar.com.my

Monday, April 27, 2015

Sandra Bullock wanita tercantik 2015


PELAKON popular Hollywood, Sandra Bullock diiktiraf wanita tercantik dunia bagi tahun 2015.

Pengiktirafan daripada majalah People ini sekali gus menjadikan Bullock sebagai wanita tertua pernah mendapat gelaran tersebut.

Pemilihan Sandra  tidak hanya berdasarkan kecemerlangan dalam bidang lakonan semata-mata sebaliknya kriteria lain turut diambil kira seperti personaliti, kecantikan dalaman dan luaran.

Sebelum ini, penyandang gelaran wanita tercantik bagi tahun 2014 adalah milik pelakon Mexico-Kenya, Lupita Nyong’o.

Sandra gigih membina nama dengan membintangi filem seperti Love Potion No.9 (1992), Demolition Man (1993), The Vanishing (1993) dan Speed (1994).

Lakonannya pada mulanya mendapat kritikan pedas namun semuanya berubah apabila dia membintangi filem Speed bersama aktor, Keanu Reeves dan terus meletakkan namanya di persada kegemilangan.


Sumber: Sinar Harian

Saturday, April 25, 2015

Pelakon cantik ini disaman kerana curi ayam jiran


MILA Kunis disaman oleh jiran sendiri apabila pelakon itu dikatakan mencuri ayam peliharaan jirannya 25 tahun lalu.

Daily Mail melaporkan wanita berkenaan, Kristina Karo mendakwa Mila adalah rakan baiknya dan sering bermain dengan ayam peliharaannya itu yang diberi nama Doggie.

Bagaimanapun kata Kristina, Mila mengaku telah mencuri Doggie dan berjanji akan menggantikan ayam lain bagi menebus kesalahannya itu.

Dakwanya lagi, akibat kejadian itu, dia mengalami tekanan perasaan dan pernah mendapatkan rawatan terapi.

Malah katanya, sehingga ke hari ini dia masih lagi berjumpa dengan pakar jiwa bagi membantunya melupakan ayam peliharaannya itu.

Kristina menuntut Mila membayar USD5,000 (RM15,000) bagi membayar bil rawatan terapi selain ganti rugi akibat tekanan perasaan disebabkan kejadian itu.

Sementara itu, Mila dalam satu kenyataan menerusi video berkata, dia menganggap dakwaan dan saman difailkan wanita berkenaan mengarut dan tidak berhasrat untuk melayan perkara itu.


Sumber: mstar.com.my

Monday, April 20, 2015

Daniel Craig Dibayar Hampir RM18 Juta Hanya Pegang Telefon Bimbit

 
BINTANG filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera "EWA FLIGHT 226 9pm" yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Jurucakap Sony enggan mengulas mengenainya manakala wakil Craig pula tidak dapat dihubungi berhubung perkara yang sama. - MIRROR



mstar.com.my

Monday, April 13, 2015

Gambar 'Hantu' Paul Walker Bersama Vin Diesel Jadi Viral

Gambar 'hantu' Paul Walker (kiri) berdiri bersebelahan dengan Vin Diesel dimuat naik oleh seorang peminat di Facebook sebagai tanda penghormatan.

SEORANG peminat kepada mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.


Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.

Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror


Sumber: mstar.com.my

Wednesday, April 8, 2015

Penyanyi rap maut ditembak ketika penggambaran video muzik

Lokasi dimana Ivy membuat penggambaran video muziknya bersama 20 penari lain. Gambar kecil: Lafonzo Leonard Iracks

SEORANG bakal penyanyi rap yang sedang sibuk merakamkan video muziknya maut selepas ditembak di bahagian dada menggunakan pistol yang dijadikan prop dalam penggambaran itu.

Menurut Mirror, insiden yang menyebabkan kematian artis prolifik YouTube Keaway Lafonz Ivy, 21, atau nama pentasnya Kealo, didakwa dilakukan salah seorang penarinya.

Menurut penyelidik, Ivy terbunuh akibat terkena peluru tunggal ketika penggambaran bersama 20 penari lain di sebuah tempat letak kereta di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat, sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, Lafonzo Leonard Iracks, 21, ditahan Jumaat lalu dan dituduh mempunyai kaitan dengan kematian Ivy. Dia dituduh terlibat dalam penggambaran video tersebut dan didakwa beredar dari tempat kejadian selepas kematian penyanyi itu.

Dia bagaimanapun kemudiannya dikesan di barat laut Washington.

Pada awalnya, pihak polis menahan beberapa orang untuk disoal siasat bagi menyiasat punca kejadian sama ada tembakan berkenaan adalah tidak sengaja atau disengajakan. - Sinar Harian

Sunday, April 5, 2015

'Elvis' Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun


SIBU: John Sia, salah seorang 'peniru' gaya Raja Rock N Roll, Elvis Presley yang terkenal di negara ini meninggal pada usia 61 akibat strok.

Isterinya, Juliana Wong, berkata John sepatutnya akan mengadakan persembahan dalam satu majlis gala di Kuching pada 30 April ini tetapi sekarang ianya hanya tinggal kenangan kerana beliau sudah tiada lagi.

John meninggal secara mengejut kira-kira pukul 8.40 malam dipercayai berpunca daripada serangan strok yang disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapinya.

"Beliau tidak sihat selepas keluar dari bilik air. Saya kemudiannya mengurut lehernya tetapi dia jatuh pengsan dan terus meninggal," kata Juliana di sini, Ahad.

Menurut Juliana, John menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin selepas mengadu tidak sihat sebelum itu.

"John baharu sahaja menghasilkan sut baharu untuk persembahan akan datang," katanya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki.

Penyampai radio Red FM Kuching, Jennifer Lau berkata John yang menggunakan nama gelaran 'John Jack Siaz De'King' menghantar mesej kepadanya sempena Good Friday dengan menyatakan bahawa beliau teruja untuk membuat persembahan.

"Dia bertanya sama ada saya akan hadir pada majlis itu dimana empat Elvis lain, termasuk seorang dari Singapura telah dihubungi penganjur untuk mengadakan persembahan di restoran tersebut.

"Saya emcee untuk majlis itu tetapi tidak memberitahunya kerana ingin membuat kejutan kepada John," katanya.

Salah seorang daripada tujuh 'peniru' gaya Elvis di negeri itu, Sebastian El Bong berkata mereka turut dijadualkan untuk mengadakan persembahan pada 1 Mei ini.

"John dan saya antara dua Elvis berbangsa Cina di negeri ini. Pemergiannya amat kami rasai," kata Sebastian.



Sumber: mstar.com.my

Friday, April 3, 2015

Insurans tubuh selebriti, dari payudara hingga sperma

Dilapor oleh Therichest, berikut deretan artis dunia yang rela membayar mahal untuk menginsuranskan bahagian tubuh mereka:
 
  Foto: Therichest.com

Holly Madison

Holly Madison atau nama sebenarnya Holly Sue Cullen ini menginsuranskan payudaranya sebanyak USD 1 juta. Keputusan ini diambil karena Holly kerap tampil separuh bogel ketika show di Vegas.

Holly Madison adalah artis terkenal dari siri TV The Girls Next Door. Dia kemudian meninggalkan siri tersebut dan membuat program sendiri iaitu Holly's World.

Foto: Therichest.com

Madonna

Tidak seperti artis lainnya, Madonna tidak memiliki implan atau pembedahan untuk membesarkan ukuran payudara.

Walaupun telah berusia 56 tahun, Madonna tetap menginsuranskan payudaranya sebanyak USD 2 juta

 Foto: Therichest.com

Julia Roberts

Salah satu aset yang paling berharga dimiliki Julia adalah senyuman. Senyumannya yang lebar dan giginya yang putih menarik perhatian orang lain untuk tersenyum. Sedar akan mahalnya sebuah senyum, Julia Roberts akhirnya mengambil polisi insuransi untuk senyumannya bernilai USD 30 juta


Jennifer Lopez

JLo telah menginsuranskan punggung cantiknya dengan nilai USD 300 juta

 Foto: Therichest.com

David Lee Roth

Penyanyi rock, David Lee Roth mendatangi agensi insurans Lloyd of London untuk meminta polisi insurans sperma. Sperma bintang rock ini telah diinsuranskan dengan nilai sebesar USD 1 juta.




Sumber: merdeka.com

Wednesday, April 1, 2015

Artis cantik ini gemar makan serangga


PELAKON Shailene Woodley mengakui dia merupakan seorang yang pelik kerana gemar memakan serangga.

Shailene berkata serangga yang dimakan mempunyai rasa berbeza dan sukar untuk digambarkan melainkan seseorang itu perlu mencuba terlebih dahulu untuk mengetahui rasanya.

"Saya pernah memakan serangga seperti semut serta kumbang dan ia mempunyai cita rasa yang unik.

"Makanan tersebut sangat sedap dan ia baik untuk perut saya," katanya kepada  E-Online.

Bintang kelahiran Amerika Syarikat itu juga meramalkan serangga akan menjadi makanan asas kepada dunia pada masa hadapan.


Sumber: mstar.com.my

Tuesday, March 24, 2015

Nora Danish sering terima komen lucah dari kanak-kanak di Instagram


 Komen Lucah: Nora Danish Anggap Anak-Anak Semakin Biadab

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yang biadap dan berunsur lucah.

"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak.

"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya," ujarnya seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.

 Nora meluahkan rasa kecewanya di Instagram pagi Selasa

Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya tanpa perasaan malu.

Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram menganggap tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut.

"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.

"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak," ujarnya.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas