Showing posts with label Wafa'. Show all posts
Showing posts with label Wafa'. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

MMU

Entri yang tertunda ...
13 Jun 2015
Seharian dari pagi menguruskan pendaftaran dan kemasukan anak ke-lima ke Universiti Multimedia di Cyberjaya.  Alhamdulillah Wafa' berjaya diterima masuk ke Universiti Multimedia mengambil jurusan Bachelor of Engineering (Honours) Electronics majoring in Telecommunication.

 Aisyah Humaira; tidak ketinggalan hendak menghantar
Cik Wafa' masuk MMU

Doa ummi dan abi agar Wafa' akan diPermudahkan dalam segala urusan sepanjang pembelajaran di MMU dan Semoga diberi Rahmat dan Hidayah sepanjang masa di sana. Semoga Wafa' sentiasa bijak dan waspada dalam membuat segala keputusan sepanjang masa, menjaga adab dan akhlak sepanjang pergaulan dengan kawan-kawan satu bilik dan sekelas, mematuhi dan menghormati pensyarah2 dan pekerja di MMU dan yang paling penting dan utama Semoga Wafa' sentiasa menjaga agama dan tidak meninggalkan solat setiap waktu, dan sentiasa menumpukan perhatian didalam kelas agar mendapat keputusan yang cemerlang ...
AAmeenn

Monday, October 22, 2012

Pengantin Baru

Hari Ahad yang lalu kami sekeluarga telah ke Bukit Beruntung Golf and Country Resort di Bukit Beruntung untuk menghadiri perkahwinan anak saudara sepupu. 

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fikhair
Azalia & Mohd Izali

Sepupu sepapat yang hadir

Mak Ndak & Pak Ndak dan Abah serta sepupu
Kami singgah di SBPI Rawang untuk ambil Wafa' outing dan hantar semula selepas selesai majlis kahwin.
Bila tengok gambar ini baru perasan bahawa Wafa sudah sama tinggi dengan saya ..tak lama lagi mungkin dia akan potong pula saya ...
Mohon doakan untuk Wafa' kerana beliau akan menduduki peperiksaan besar SPM tidak lama lagi ...
Ameen

Saturday, September 22, 2012

SPM 2012 - lagi 42 hari

Pagi ini sewaktu sedang berkemas-kemas barang-barang yang hendak dibawa ke sekolah Wafa' di Rawang, teringat hendak check berapa hari lagi peperiksaan SPM 2012 akan berlangsung. Wafa' anak saya ke-5 akan menduduki peperiksaan SPM 2012.

Terus tanya Mr. Google.. tiba-tiba berdebar rasa hati ...(macamlah saya pulak nak menduduki peperiksaan SPM kan...hehehe) 
Lagi 42 hari! 

ok...Insyaallah saya akan update semula entri ini...nak pergi melawat Wafa' di sekolahnya...

Tuesday, March 1, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Thursday, February 24, 2011

Tawaran ke-2

Selepas kembali semula ke sekolah lama..anak ke5 saya mendapat pula tawaran lagi. Kali ini ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP Integrasi) Rawang. Kali ini saya amat berhati-hati...melihat kepada bidang yang ditawarkan, Sains Teknikal, anak saya kelihatan gembira, kerana itulah bidang yang dikehendakinya. Namun begitu beliau masih kelihatan ragu adakah perlu mengambil subjek PQS, Bahasa Arab TInggi dan Syariah seperti SMKA yang lain.  
Lalu saya mengambil inisiatif menalipon ke sekolah tersebut bertanyakan guru atau sesiapa yang tahu mengenai perkara tersebut, sambil itu saya juga mencari maklumat tersebut di internet. Alhamdulillah, nampaknya semua seperti yang dikehendaki.
Sekarang sedang menyediakan barang2 yang diperlukan oleh beliau membawa ke asrama.
InsyaAllah hari Isnin 28hb Februari 2011 ini saya dan suami akan menghantar beliau ke seolah ini. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tuesday, February 22, 2011

Akhirnya...

Genap seminggu selepas saya menghantar anak ke-5 saya masuk asrama...saya juga membawa suami mengadap Pengetua SMKA tersebut untuk membawa pulang anak ku itu... 

Setelah berfikir semasak-masaknya dan membuat solat istikharah...saya rasa tiada gunanya saya "memaksa" anak saya itu belajar di situ, jika dirinya sendiri tidak mahu.  Setiap petang dan pagi selepas subuh saya pasti mendapat panggilan telefon darinya.  Pada mulanya dia tidak dapat masuk ke kelas Sains Teknikal seperti yang dikehendaki. Anak saya itu hendak mengambil LK(Lukisan Kejuruteraan), dan tidak mahu mengambil subjek Biologi.. tetapi kelas Sains Teknikal telah penuh lalu Pengetua masukkan dia ke kelas Sastera Agama (bermakna anak saya harus mengambil subjek Perakaunan dan Perdagangan) Bila saya tanya, sebenarnya dia tidak kisah kena ambil subjek tersebut, cuma disebabkan sekolah itu adalah sekolah aliran agama, maka semua pelajar diwajibkan mengambil subjek Syariah, Bahasa Arab Tinggi dan PQS. Subjek2 ini lah yang beliau tidak mahu ambil...

Mengenali anakku itu sejak dari kecil, sememangnya saya tahu dia adalah seorang yang "very determine person" ... kalau dia cakap hitam, hitam lah...kalau dia cakap putih, putih lah...bermakna jika dia tidak mahu belajar di situ, saya dan suami rasa kami tidak boleh memaksa beliau... kerana yang hendak belajar adalah dia, bukannya ummi bukan abi...
Walau apapun, kami sebagai parents selalu memberi nasihat dan panduan agar beliau tahu keputusannya yang dibuatnya adalah yang terbaik buat dirinya...


Wednesday, December 22, 2010

Keputusan PMR 2010 - TAHNIAH!

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah SWT di atas kejayaan anak ke-5, Wafa' dalam keputusan PMR 2010 yang baru diumumkan pagi tadi. 
Walaupun beliau agak sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka, namun boleh dikatakan masih baik. 
Wafa' mengambil 9 subjek kerana beliau berada di kelas KAA (Kelas Aliran Agama), tambahan 1 subjek Bahasa Arab. Itulah satu-satunya subjek beliau dapat B.  
Wbgmnpun saya bersyukur kerana keputusan yang lain masih cemerlang.  Setinggi-tinggi TAHNIAH ummi ucapkan buat wafa' .... kerana Wafa' sudah buktikan tanpa tuisyen pun Wafa' boleh mencapai keputusan yang cemerlang...
 Gurubesar sedang memulakan sedikit taklimat mengenai keputusan PMR 2010
 Pelajar-pelajar cemerlang tersenyum gembira
 Alhamdulillah syukur di atas kejayaan masing-masing...
 Sahabat sekelas yang mendapat keputusan cemerlang
 Kumbang yang menjadi rebutan! satu-satunya pelajar lelaki dari kelas KAA 3 Imtiyaz yang mendapat 9A
 Bersama Gurubesar sekolah

Keputusan PMR 2010

TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI....

SIAPA YANG BELUM TIDUR LAGI TU?
SILA ANGKAT KEYBOARD...

DUP DAP DUP DAP DUP DAP...

Apa-apa pun, saya ingin mengambil kesempatan in iuntuk mengucapkan salamat maju jaya dalam kehidupan anda sebagai pelajar di masa akan datang... 
percaya lah...PMR ini hanyalah "warm-up" sahaja dalam kehidupan sebenar anda di dunia luar sana...
tiada apa-apa yang memudaratkan walau apa pun keputusan yang anda perolehi..
namun begitu PMR juga asas kepada yang seterusnya...
yang Paling Penting...Jangan lupa sentiasa berdoa kepada ALlah SWT...

Gambar Belangkas