Tuesday, March 1, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas