Wednesday, March 23, 2011

Demi Yasmin Damia..


Hari ni baru 5 hari usia Yasmin damia, dalam keadaan yg masih lemah tanpa sempat deena susu kan apetah lagi pelukan erat pada yasmin. 3 hari yasmin di masukan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. dan semalam yasmin terpaksa dipindah kan ker Icu kerana komplikasi pernafasan.

Ada beberapa kemungkinan yg doktor bgtau semalam, tapi masih lagi dalam pemeriksaan lanjut. sebagai ibu deena tak terdaya rasa nak menanggung ape lagi mengadap keadaan yasmin dengan bantuan alat pernafasan di icu. Pagi tadi deena dan suami sempat tengok yasmin, alhamdulillah dia boleh buka mata. cuma dia mcm mamai skit mkin kesan ubat antibiotik yg paling kuat doktor beri.

Keadaan deena plak makin lemah, bayang kan la dr bersalin hari tu tak berurut dan makan ubat. badan pun dah macam nak demam. tak  menyusukan yasmin lagi la bengkak buah dada. Tengahari tadi deena balik ke langkawi, memandangkan tak bleh tunggu yasmin di Icu, abang jer yang akan gi melawat buat sementara waktu. ikut kan hati tak sanggup nak tinggal kan Yasmin sorang2 kt hospital.

Doktor nasihat suh balik dan rehat. dia minta deena selalu hubungi pihak hospital utk perkembangan lanjut keadaan yasmin, alhamdulillah... senang hati skit bila doktor bgtau yasmin okay waktu deena call tadi. Buat anak ibu dan babah, demi Yasmin Damia ibu dan babah sanggup berkorban ape sahaja wlaupun nyawa sebagai ganti.. Yasmin mesti kuat !

p/s : trima kasih pada kwn2 semua yg beri kata2 semangat pada deena dan suami...

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas