Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

Tips menghadapi peperiksaan dan doa.


Tips menghadapi peperiksaan dan doa. Esok, pelajar-pelajar darjah enam akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, aku nak ucapkan semoga maju jaya dan dipermudahkan menjawab semua soalan. Disini, aku ingin kongsikan beberapa tips menghadapi peperiksaan. Bukan sahaja untuk peperiksaan UPSR sahaja ya, malah untuk semua jenis peperiksaan yang ada. InsyaAllah.

Tips menghadapi peperiksaan.

1. Bersedia dan datang awal.

Pastikan kita datang awal dan bersedia dengan kelengkapan untuk menghadapi peperiksaan. Kelengkapan itu adalah, pen, pensil, pemadam, kakulator, pembaris dan lain-lain. Bila semua ini tersedia, anda akan lebih bersemangat untuk menjawab soalan.

2. Bersikap tenang.

Perasaan gementar hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin ketika menjawab soalan. Jadi sentiasa bersikap tenang.

3. Lihat dahulu soalan dan sediakan jawapan ringkas.

Ambil masa untuk melihat kesemua soalan yang diberi. Kemudian buat satu rumusan/kata kunci untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Idea menjawab soalan tidak datang setiap masa. Jadi buat dahulu rumusan mengenai semua soalan yang diberi.

4. Jawab soalan yang paling mudah dahulu.

Jangan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang sukar. Ini hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin untuk menjawab soalan seterusnya. Jadi, jawab soalan yang paling senang dahulu. Apabila kesemua soalan ini telah di jawab, anda boleh mula menjawab soalan yang sukar.

5. Sediakan kata kunci untuk menjawab soalan karangan.

Ambil kertas kosong dan sediakan point utama karangan anda. Sesudah selesai menyenaraikannya, anda boleh mula menjawab soalan berdasarkan point-point yang telah anda senaraikan.

6. Periksa semula jawapan-jawapan anda.

Selesai menjawab soalan, ambil masa untuk periksa jawapan-jawapan anda. Bagi soalan karangan, periksa semula ejaan perkataan.

7. Yakin.

Akhir sekali, anda mestilah yakin dengan apa yang telah anda lakukan. Anda sudah pasti telah melakukan pelbagai perkara sebelum menghadapi peperiksaan ini. Jadi jangan takut dan bersedialah untuk kertas seterusnya. Ya!


Doa menghadapi peperiksaan.

Bagi orang muslim, doa adalah senjata utama di dalam pelbagai perkara, termasuklah ketika menghadapi peperiksaan. Berikut adalah koleksi doa yang boleh anda amalkan.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Sunday, August 23, 2015

10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)


10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2). Baiklah, ini adalah sambungan dari bahagian 1. Jika anda belum membacanya, boleh baca di SINI. Apa yang aku boleh rumuskan dari bahagian 1 adalah, anda perlu betul-betul faham, apakah tujuan utama blog anda dibina. Apakah tarikan utama pembaca untuk ke blog anda. Dan apakah kebaikan yang anda boleh beri dan bakal pembaca anda terima. Selepas anda betul-betul faham, maka anda benar-benar jelas dengan tujuan anda mempunyai blog sekaligus menjadi blogger terbaik.

Baik. Cukup tentang itu,mari lanjutkan bacaan 10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)

6. Sentiasa hadir dengan idea-idea baru.

Langkah pertama di dalam mencapai kejayaan adalah, anda sentiasa tampil dengan idea baru dan bernas. Berikan tumpuan dengan menghasilkan idea baru. Jangan kongsikan apa yang telah di kongsikan oleh orang lain. Anda perlu menjadi unik!

7. Menjadi pakar.

Bila anda bercerita mengenai sesuatu perkara di dalam blog, sebagai contohnya kesihatan. Anda mestilah menjadi seorang yang pakar di dalam bidang kesihatan. Anda mestilah tunjukkan kepada pembaca anda yang anda sememangnya mempunyai banyak ilmu mengenai perkara yang anda bincangkan atau bangkitkan di dalam blog anda.

8. Mengikut peredaran zaman.

Anda perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada penulisan tetapi pada tema dan font blog anda. Blog anda perlulah mesra dengan semua usia pembaca. Sentiasa belajar dengan kehendak semasa. Warna juga memainkan peranan yang penting. Sentiasa update tema blog terkini.

9. Jangan lupa pada pemasaran anda.

Pemasaran blog juga memainkan peranan yang penting di dalam menarik pembaca baru ke blog anda. Ini adalah kerana pembaca baru tidak akan tahu mengenai blog anda jika anda tidak memberitahu kepada mereka. Disini pentingnya pemasaran blog. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah, memberikan sesuatu benda atau hadiah secara percuma . Dari situ cuba untuk dapatkan email mereka dan berikan mereka update terkini blog anda. 

10. Bina pasukan.

Wujudkan rangkaian rakan-rakan blogger. Jangan takut untuk perkenalkan diri anda pada blogger lain. Mereka mungkin tidak benar-benar mengenali anda. Jadi ambil peluang untuk berjumpa atau berbual mengenai diri anda kepada blogger lain.

Baik. Selesailah sudah 10 Langkah menjadi blogger terbaik. Selepas dari bacaan ini apa yang anda faham? Cuba senaraikan apa yang perlu dilakukan dan mula melakukan perubahan. Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang anda ingin dan sentiasa jelas dengan jalan anda di dalam dunia blogging. Perlu sentiasa tahu kehendak pembaca dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. terima kasih.

Wednesday, August 19, 2015

Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.


Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.

Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.

 Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.

1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.

Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

2. Belajar daripada orang yang salah.

Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.

3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.

Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.

4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,

Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya. 

Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!
Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.

5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.

Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.

6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.

Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.

Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka. 

7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.

Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.

8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.

Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu. 

Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!

9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.

Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.

Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus asa dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.

Monday, August 10, 2015

Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.

Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.


" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"

Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.

Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)

Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.

Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"

Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.

#2. Apakah kekuatan diri anda?

Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!

#3. Mula membaca.

Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.

Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!

Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.

Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.

Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!

Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!

#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.

Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.

Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?

Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.

Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.

Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.


*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."

Thursday, July 23, 2015

Apabila Pakar SEO malaysia sudi singgah ke blog kerdil ceritaejoy.

Pakar SEO malaysia|Ianya mungkin kedengaran seperti biasa bagi anda, tetapi cukup bermakna buat aku, manakan tidak, seorang pakar SEO malaysia ataupun dalam istilah mudah, otai blogger malaysia sudi singgah di blog ceritaejoy yang sememangnya terlalu kerdil. Sungguh! Aku rasakan blog aku ini, tak ubah seperti sebuah diari persendirian.

Rasa malu pun ada sebenarnya. Yelah, blog ceritaejoy ni *kalau ada yang perasaan la* masih dalam construction. Banyak perkara yang belum siap. Macam contoh, rumah belum siap, tapi dah ada orang tinggal kat dalam. Ha, macam itulah perumpaannya. Ini semua disebabkan oleh title aku *part time blogger* jadinya masa untuk benar-benar menghadap blog itu tersangatlah kurang. 

Jadi, apabila seorang yang memegang title yang pada aku sangat besar, Pakar SEO malaysia tu. Sudi singgah dan tinggalkan komen, terasa sangatlah aku menghargainya. Bukan kerana apa, semacam seorang anak murid berhadapan dengan seorang guru. Ha, semacam itulah rasanya diri aku sekarang.


Sebenarnya, banyak ilmu yang aku belajar dari beliau. Terlalu banyak ilmu SEO yang beliau kongsikan di blog. Dan terlalu banyak juga blogger copy paste yang ambil bulat-bulat dari blog beliau dan kongsikan di blog masing-masing *aku dah banyak jumpa ya*. Itu masing-masing la ye, aku pun tak boleh nak cakap banyak. Mungkin mereka juga ingin menjadi seorang Pakar SEO malaysia.

Apa pun, aku berasa sangat bertuah dan seronok harini. Ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus belajar dan belajar menjadi seorang yang bukanlah terlalu besar tetapi cukup sekadar di kenali orang. Insyallah. Jika boleh 1 hari, mungkin boleh berada sama level dengan Pakar SEO malaysia. Siapa tahu kan?

Asyik bercerita sahaja, siapa Pakar SEO malaysia yang aku maksudkan? Beliau adalah Hasrul Hassan

Wednesday, July 22, 2015

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang? Sila baca #5.

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang?|Ini adalah perkara biasa selepas habis cuti panjang. Kebiasaannya pada musim perayaan. Yelah, dah seronok bercuti panjang, kemudian masuk kerja, banyak perkara yang bermain di minda kita. Ianya mungkin samada ingin sambung cuti atau malas untuk buat apa sahaja kerja dalam masa beberapa hari bekerja *entry ini khas untuk diri aku juga*hehehehe. Jadinya, jom baca tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang.

1. Anggap ianya sebagai kenangan.

Ya. Anggap yang berlalu itu sebagai kenangan. Bila kita memikirkan kenangan indah kita semasa cuti panjang, mood bercuti itu akan terbawa sekali. Perkara ini sudah pasti akan membuatkan kita tidak bersemangat untuk bekerja. Jadi, lupakan apa yang sudah berlaku dan bersemangatlah untuk bekerja. yeah!

2. Banyak perkara yang perlu di selesaikan.

Bila ada banyak perkara atau kerja yang mesti kita selesaikan, secara automatik, mood bercuti itu akan hilang dengan sendirinya. Pernah juga aku berhadapan dengan mereka yang terlalu banyak kerja hinggakan sanggup tidur di syarikat semata-mata tidak cukup masa untuk selesaikan kerja mereka. *tak perlulah kita sampai ke tahap ini ya*hehehe. 

3. Fikirkan impian anda yang belum terlaksana.

Ya. Pasti anda ada impian anda yang tersendiri bukan. Ianya mungkin dalam bentuk percutian, kenderaan atau sebagainya yang ingin anda capai melalui pendapatan anda (Pekerjaan anda) jadi, fikirkan semula tentang perkara itu dan pasti semangat untuk anda bekerja anda kembali datang. Bersemangatlah! Go! Go!

Lihat apa yang 7 orang anak muda ini lakukan untuk tunjukkan kerinduan mereka kepada keluarga.

4. Fikirkan tentang anak-anak, keluarga dan sesiapa yang penting dalam hidup anda.

Ya. Ini yang biasa aku lakukan. Aku bekerja bukan untuk diri aku sahaja. Malah untuk mereka yang berada di sekeliling aku. Selalu fikirkan tentang mereka yang berada di sekeliling mereka dan pasti semangat bekerja itu akan meluak-luak. 

5. Kerja anda adalah 1 amanah.

Setiap pekerja pasti memikul tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apabila memikirkan tentang amanah yang di beri, ia haruslah di uruskan dengan baik. Amanah bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, fikirkan semula tentang amanah yang telah diberikan kepada anda.

Jadi inilah antara tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang yang dapat aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ini. Semoga ianya dapat mengembalikan semangat korang supaya kembali aktif bekerja. Tak gitu? Hehehe.

Wednesday, April 1, 2015

Hilang Kuasa Membeli.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Tahun 2015 adalah tahun yang mana di dalam pandangan aku, merupakan permulaan tahun kepada pengguna hilang kuasa membeli. Atau ianya sudah lama berlaku tanpa aku perasan sedikit pun?

Manakan tidak, bermulanya cukai baru ni, segala macam harga barang naik. Setahu aku, kalau dibandingkan dengan sistem pencukaian sebelum ni, harga barang sedia ada sepatutnya menurun. Kan?

Kalau kita tengok dengan harga barang semasa yang berkemungkinan meningkat lagi, di tambah dengan cukai sedia ada, mestilah lebih mahal kan? Ambil la contoh roti. Kalau sebelum ni, beli roti cuma RM0.80. Selepas sistem cukai yang baru, harganya sedikit naik kepada RM0.85. Tak mustahil, sedikit masa lagi, bila semua barang untuk membuat roti naik, harga roti pun naik dan menjadikan harga roti menjadi RM1.50 katakan. Harga semakin meningkat dengan bentuk yang semakin mengecil. Betul tak?

Dulu kalau kita beli, penuh je plastik tu dengan roti, sekarang ni, harga makin mahal, tapi penuh dengan ruang kosong je plastik tu sebab roti dah semakin mengecil. Ini yang aku maksudkan hilang kuasa membeli tu.

Lepas tu, sekarang ni, aku banyak dengar kawan-kawan bercakap perihal kad tambah nilai juga dikenakan cukai. Kalau sebelum ni, harganya adalah RM10, tetapi selepas cukai baharu, ianya menjadi RM10.60.

Ini juga aku maksudkan dengan hilang kuasa membeli. Kita beli dengan harga RM10.60 untuk kegunaan RM10. Bayar mahal untuk perkara yang kecil. Lainlah kalau kita beli murah dengan penggunaan maksima. Kan?

Ramai orang yang dah perasan dengan benda ni. Perbelanjaan rumah sekarang ni, boleh dikatakan beratus-ratus kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ni, lepas sistem cukai baru ni, sudah pasti jumlah ini akan bertambahkan? Kita keluarkan jumlah yang besar hanya untuk perkara yang sama tetapi dengan kuantiti yang semakin mengecil. Owh! Apakah yang sudah berlaku?

Nilai yang sama dengan pengunaan yang semakin mengecil. Pengguna semakin hilang kuasa membeli.

Bercakap tidak mendatangkan apa-apa. Kerana setiap tahun, kita perlu berhadapan dengan inflasi. Kalau sebelum ni, aku cukup risaukan, bagaimana kehidupan anak-anak aku kelak, tetapi sekarang, mindset aku berubah serta merta!

Aku sekarang lebih risaukan bagaimana kehidupan aku sekeluarga. Aku macam rasakan kehidupan yang ada sekarang semakin terhimpit. Mahu tak mahu, kita perlu berhadapan dengan semua perkara ni.

Tahun 2015 adalah permulaan kepada tahun-tahun sukar. Kehidupan mereka yang seperti aku, perlu menambah waktu kerja yang sememangnya sudah sampai ke tahap maksimum. Bukan kerana mahu hidup senang lenang, tetapi untuk meneruskan kehidupan sedia ada. Masa bersama keluarga akan menjadi lebih singkat.

Tumpuan kepada anak-anak akan menjadi semakin berkurang. Manakan tidak, keluar kerja, anak masih tidur, pulang kerja anak sudah tidur. Jadi, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak sekarang menjadi lebih "extreme"! Semua kerana kehidupan sedia ada.

Masa itu sentiasa ada. Betul. Cuma soalan aku adalah, cukup atau tidak masa itu? Sempat atau tidak? Ini bukan zaman dimana orang baru mengenal dunia. Ini adalah zaman dimana orang mengubah dunia menjadi sesuatu yang lain.

Jom kita sama-sama fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan dunia yang semakin extreme ni. Pengguna yang semakin hilang kuasa membeli.

Tuesday, March 31, 2015

Penyanyi terhebat di dunia.

Tips menyanyi dengan baik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Siapakah penyanyi terhebat di dunia? Apakah tips menyanyi dengan baik? Sebenarnya, entry ini langsung tidak menceritakan siapa penyanyi terhebat di dunia. Sebabnya, aku sendiri pun tak tahu siapakah penyanyi yang dimaksudkan tu.

Cumanya ianya sekadar perkongsian dari mata aku sendiri. Baik, siapa yang aku maksudkan ni? Mereka adalah penyanyi yang menjadikan bilik air atau tandas sebagai medan lontaran suara lemak merdu mereka.

Ha! Rasanya mereka tu termasuklah diri aku sendiri kot. Hahahaha. tapi itu dulu. Waktu aku muda remaja trang tang tang. Sekarang tak lagi. Kang aku dok sedap menyanyi dalam bilik air, apa pula kata anak aku kan? Hehehehe.

Sebenarnya, aku nak bercerita perihal pekerja di syarikat aku bekerja sekarang. Rasanya, beliau betul-betul menjadikan syarikat ini sebagai rumah keduanya. 

Selalu juga aku perhatikan rakan sekerja aku ni. Kalau dia masuk tandas, pasti akan diiringi bermacam-macam lagu yang dipasang melalui handphone dia yang besar sehingga menutup sebahagian muka tu.

Pernah sekali aku ada dalam tandas, betul-betul waktu dia pun ada kat dalam tandas tu. Situasi aku waktu tu, dah macam dekat konsert besar! Seperti berhadapan dengan penyanyi terhebat di dunia!

Rasanyanya, volume handphone dia dah tahap maksima dah + dengan suara dia! Adoi! Bang, dah macam konsert dah bang. Kalau 1 lagu ok la jugak kan. Ni dah macam complete 1 album dah!

Yang buat aku pelik adalah, dia boleh menyanyi macam tu sekali. Hamboi, betul punya feel ek? Lepas tu, tak lenguh ke kaki tu mencangkung lama-lama bang? Hahahahaha.

Tapi, perasankah anda, mereka yang suka menyanyi di dalam tandas ini, akan bernyanyi sepenuh hati dan bersungguh-sungguh? Rasanya, siap dengan tangan dan memek muka. Kot.

Inilah tips menyanyi dengan baik. Mungkin juga suatu keadaan yang terbaik di dalam melatih vokal suara di dalam perjalanan menjadi seorang penyanyi terhebat di dunia. Mana tahu kan?

Tetapi, janganlah menjadikan tandas di syarikat sebagai ruang untuk anda melontarkan suara merdu anda tu. Sebabnya mudah jer, ia adalah milik semua orang. Mungkin ada yang menyukai suara anda, tapi pasti ada yang tak suka. Kan?

Jadi, inilah di antara tips menyanyi dengan baik di dalam bergelar penyanyi terhebat di dunia. Hahahahha. Nak percaya boleh, taknak pun takpe. Hehehhehe. Daa~


Wednesday, March 18, 2015

Menang Dalam Perniagaan.

Teknik Berniaga Online

Aku sekarang ni, lebih suka berbual mengenai perniagaan. Ini mungkin disebabkan keghairahan aku dalam proses memiliki kehidupan sendiri. Bagaimana mahu menang dalam perniagaan.

Bukanlah bermaksud bekerja dengan orang bererti tiada kehidupan, cumanya, jika perniagaan milik kita, masa juga adalah milikan penuh kita.

Aku mencari-cari apakah teknik berniaga online yang terbaik. Dan hampir kebanyakkan orang berkongsi akan pentingnya iklan yang berkesan.

Kalau kita tengok dalam pasaran malaysia sekarang ni, boleh dikatakan hampir kesemua produk sudah ada. Jadi, bagaimana kita yang baru nak bertapak ni, nak masuk dalam pasaran?

Boleh juga aku katakan, dalam pasaran online pun, banyak blogger malaysia yang menjalankan perniagaan. Ini juga adalah cara jana income dengan blog.

Jadi, macamana nak bersaing? Jangan cakap dengan aku pakai bomoh bagai semua ya.

Aku nak bagi sedikit contoh, katakan ada 100 peniaga tudung, dan aku adalah peniaga yang ke 101. Macamana aku nak bersaing dengan 100 peniaga tudung yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Fikir punya fikir, makan punya makan, jalan punya jalan. Aku berbual dengan wife aku. Apa yang aku dapat adalah,

"Bila produk sudah semakin banyak, apa yang membuatkan kita unik dan menarik, kau memang dabomb adalah, penggunaan "ayat-ayat" berkuasa di dalam peniagaan serta tawaran-tawaran mengila untuk para pelanggan"

Ini sahaja caranya untuk kita menang dalam perniagaan. Ini sahaja caranya untuk kita menjadi unik di dalam perniagaan. Hehehe.

Aku teringat 1 ayat yang aku pernah baca kat dalam email aku, antara ayatnya berbunyi:

"Berikan tawaran kepada pelanggan yang mana pelanggan itu tidak akan mampu untuk menolaknya"

Tuesday, March 3, 2015

Tutorial Masukkan Description Dalam Blog.

Harini aku terasa nak buat tutorial pulak. Sebenarnya, tutorial yang simple je pun. Hehehe. Ok, untuk setiap blog, perlulah ada description. Ia semacam penerangan ringkas untuk blog kita. Ok, berhenti bercakap dan mula belajar. Hehehehe.

Mula-mula, click pada template dan click pada edit HTML, seperti contoh di bawah ye tuan-tuan dan puan-puan semua..:)

description dalam blog

Setelah itu ye, gunakan fungsi find (ctrl+f)* dan cari code ini:  

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

*Bagi yang tak tahu macamana nak buat. Tengok pada keyboard anda, ctrl ni ada pada bahagian kiri dan kanan, di bahagian bawah sekali. Ha, nampak tak ctrl tu? Tekan ctrl tu (jangan lepas) kemudian tekan f.

Kemudian pastekan code di bawah ini pada bahagian bawah code yang anda jumpa tadi:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><br/> <title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title><br/> <b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title><br/> </b:if>
<meta content='description blog anda ' name='description'/>

Sila masukkan penerangan tentang blog anda pada bahagian berwarna merah tu yer. Bila dah siap, tekan save template.

Tadaa. Dah siap. Hehehhe.

Lupa nak kasitau, sebelum nak ubah apa-apa coding dalam html ni, sila save dulu template lama yer.

Sekian terima kasih.

Friday, August 5, 2011

8 Tips berjimat cermat dibulan puasa

hilang ingatan jap tengok smua nih....

Prasan tak bila time puasa jer belanja makin meningkat ? *berat pun makin naik hee...*  bila nafsu makan dah menguasai diri tak terkawal jadi nya bila tengok pelbagai juadah di bazar ramadhan, tu pun blom tentu makan atau habis bila tiba waktu berbuka.. kan dah membazir haaa.. Tapiiii tak semua yang ada sikap cenggini masih ada lagi yang berbelanja dengan bijak dan kede huhu... Disini ada tips yang mungkin sesuwei atau tak sesuwei untuk mengawal nafsu makan dan jugak perbelanjaan ketika bulan puasa.

Tips pertama :
Kalau rasa payah sangat nak kawal nafsu membeli waktu mengunjungi bazar ramadhan,  kirim jer daripada member ataupun ahli keluarga yang lain.

Tips kedua:
Kawal diri tu jangan terlalu mengikut nafsu. ikutkan memang tergoda nak beli macam-macam bila tengok juadah di bazar ramadhan... tahan..tahan.. :)

Tips ketiga :
Kalau bleh jangan bawak duit lebih, cukup-cukup jer seperti apa yang nak dibeli dan rancang. Dah terbukti berkesan tau walaupun kekdah ni berat nak buat heee... tapi memang berkesan haa...cer cuba..



Tips keempat :
Ni cara paling jimat, apa kata berbuka kat masjid plak ? biasa nya ada masjid atau surau yang sediakan juadah berbuka sepanjang bulan ramadhan. tapi jangan la selalu yer,  selain daripada tu dapatkan bubur lambuk di masjid atau surau, bleh bawak balik untuk berbuka atau bersahur haa... berbaloi-baloi kita dapat berjimat cermat.. tapi jangan lupa lak solat berjemaah skali.. 





Tips ke lima :
Bagi yang dah bekeluarga , rajin-rajin la bertukar juadah dengan jiran tertangga.Dapat gak mengeratkan silaturrahim sambil bertukar-tukar dan share resipi.
Tips ke enam :
Untuk worang bujang yang duk reramai tuh, apa kata tong-tong sorang rm5 hengget or rm10 hengget ker, klu 6 orang dah lebih dari rm50 hengget yer tak ? siap berlebih lagi bro !  belen bleh beli beras atau barang dapur haa... apa yang penting 'kerjasama'  kalau tak lu....lu... gua...gua.. la jawab nyer..


sape nak abiskan nih ?!..
Tips ke tujuh :
Jangan biasa kan gi buka kat hotel, melainkan opis belanja or bos besarrr yang payung k, sebab nyer katakan la sekepala paling murah rm40-50 hengget , bukan tak mampuuuu tapi kita kena ingat, kita taknak membazir duit atau masa kan... dah bayor mahal-mahal sure kita kena melantak sampai perut sendat yer tak ? mesti tak larat punya nak gi solat terawih.. dah rugi...

Tips ke lapan : 
Deena rasa ... tips ni paling sesuwei dan semua mesti setuju siap angkat keyboard heee....masak sendiri lagi sonang ! sure bleh bajet belanja. Kalau kita pandai olah masakan walau bajet ciput, masakan bleh jadi setanding chef beb... apa susah gi skodeng blog kakjee ker, Kak Norsafone  ataupun Chef Mat Gebu. hehe...macam-macam menu ada. cer tengok dan belajar dari dorang mana tau dari situ akan timbul idea kita sendiri  memasak untuk keluarga tersayang.. lagi la berganda-ganda pahala kita dapat bila hari-hari masak untuk en suami dan keluarga dengan pelbagai menu...


Itu jer tips-tips kita kali ni yer... takleh banyak-banyak tu baru 8 tips,  satu pun blom tentu boleh ikut atau di praktikkan...   Mungkin kengkawan ada cara tersendiri kaedah berjimat terutama di bulan puasa ni. akhir kata dari deena rebutlah peluang dan ganjaran yang telah dijanji kan oleh Nya di bulan ramadhan yang mulia dan berkat ini...



p/s: lebih erat rasa bila sama-sama memasak di dapur untuk berbuka dan bersahur ...






Thursday, February 18, 2010

Yahoo Upgrade yang memakan Akaun Yahoo Anda

Ada kawan bertanya tentang ini. Kemusykilan ini nampak remeh, namun kadang-kadang kita ambil mudah tanpa semak dengan cermat. Penghantaran emel berupa spam ini sudah lama menjadi tektik penyangak siber merompak akaun anda, apatah lagi akaun emel anda mempunyai info-info penting seperti nombor-nombor akaun bank, data-data pembelian online dan lain-lain. Adakah benar emel berikut ini? Mari kaji.




Seakan-akan emel ini ditulis dari akaun info@yahoo.com, padahal itu hanyalah tajuk emel sahaja. Apa bukti? Cuba anda reply..


Mengapa bcavaness1@live.com pula? Banyak perkara yang perlu diambil kira jika benar ini emel dari pihak yahoo [dot] com:
- Pihak pengurusan Yahoo yang sudah berpuluh tahun pengalaman tidak dapat melakukan kerja-kerja upgrade dengan profesional? Bahkan meminta bantuan pengguna mengisi secara manual pula lagi..

- Kenapa tiada akaun sendiri? sebaliknya menggunakan emel @live pula.

- Sekiranya anda mengisi password, ia tidak akan menjadi ***** sebaliknya menjadi huruf-huruf sebenar. Ini memang sangat tidak logik dan sangat musykil
Oleh itu dinasihati para pengguna, baca terlebih dahulu.. dan semak, juga bertanya..

Info lanjutan: http://answers.yahoo.com/question/index;_ylt=AleazvXJ.hjDT1oxkF9qrxojzKIX;_ylv=3?qid=20090701191646AAxdXEE






Friday, January 29, 2010

Kopi Boleh Mengecilkan Payudara Wanita


LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.



Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. Agensi

Gambar Belangkas