Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Jambatan Raksasa ADAM BRIGDE yang terbentuk 1 JUTA Tahun Lalu


Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu.





Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.

S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Di dalam Epik Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka, iaitu Rahwana.

Epik Ramayana, menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epik tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x768.




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x688.






This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 2818x1601.


27 Club : Kematian Lagenda Lagenda Dunia pada usia 27 Tahun


kebanyakannya legend banyak mati umur 27. something is not right here.

27 CLub

27 Club juga kekadang juga dikenali sebagai Forever 27 Club atau Club 27 adalah nama untuk golongan pemuzik rock yang berpengaruh dan blues yang semuanya meninggal dunia pada usia 27 tahun, kekadang dlm keadaan yg misteri.

27 Club terdiri daripada dua fenomena yang berkaitan, Yang pertama adalah senarai lima pemuzik terkenal yang meninggal pada usia 27 - Brian Jones, Jimi, Janis Joplin, Jim Morrison, dan Kurt Cobain. Yang kedua adalah idea bahawa banyak pemuzik terkenal lainnya juga meninggal dunia pada usia 27.

Ada beberapa pendebatan mengenai kriteria digunakan untuk masukkan pemuzik yang matil pada umur 27 di " 27 Club ". Dorongan untuk penciptaan kelab adalah kematian sejumlah yang nampaknya biasa dari pemuzik yg berumur 27 tahun yang menonjol dalam tempoh dua tahun, tepatnya: Brian Jones, Jimi Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison. Morrison dan Jones meninggal pada tarikh yang sama pada dua tahun berikutnya.
Kurt Cobain, yang mati pada tahun 1994, kemudian juga disenaraikan kerana populariti dan kematiannya berlaku pada puncak kerjayanya. Menurut buku Heavier Than HeavenPada lima belas tahun kematian Kurt Cobain, National Public Radio, Robert Smith mengatakan , "Kematian bintang rock ini pada usia 27 benar-benar mengubah cara kita melihat muzik rock" Buku " The 27s: The Greatest Myth of Rock & Roll" ada menyatakan butiran sejarah fenomena tersebut.
Ada kepercayaan pelik di antara budaya Stoner bahawa penggunaan pemetik api berwarna putih adalah karut & tahyul yang berasal dari khabar angin bahawa 4 dari 5 ahli terkemuka dari 27 Club (Hendrix, Joplin, Morrison, dan Cobain) masing-masing mempunyai pemetik api berwarna putih pada saat kematian mereka.


jimi hendrix

Jimi Hendrix mati pada 18 September 1970 akibat sesak nafas akibat muntah selepas menggabungkan pil tidur dengan anggur, Pelopor gitaris, Penyanyi dan pencipta lagu untuk The Jimi Hendrix Experience dan Band of Gypsys.Umur ketika mati 27 tahun dan 295 hari



kurt cobain
ketika masih kecil lagi cobain memang ada berkata pada kakaknya yg dia ingin "sangat" sertai "27 club", maka ketika beliau mati pada umur 27, kakaknya berkata "Hasratnya tercapai".
Kurt Cobain mati pada 5 April 1994 akibat membunuh diri dengan senapang patah. Penyanyi Lead Gitaris dan penulis lagu untuk Nirvana. Umur ketika mati 27 tahun dan 44 hari. nota bunuh diri cobain berbunyi "it's better to burn out than fade away".




jim morrison - the doors


Jim Morrison mati 3 Julai 1971 akibat " sakit jantung", namun, tidak ada otopsi dilakukan. Penyanyi, pencipta lagu dan pengarah video untuk The Doors. Umur ketika mati 27 tahun dan 207 hari.




janis joplin

Janis Joplin mati pada 4 Oktober 1970 akibat terlebih dos heroin, vokalis dan penulis lagu untuk Big Brother and Holding Company, The Kozmic Blues Band dan Full Tilt Boogie Band.Umur ketika mati 27 tahun dan 258 hari




brian jones - rolling stones

Brian Jones mati pada 3 Julai 1969 akibat lemas di kolam renang.(kemungkinan dibunuh), pengasas dan gitaris Rolling Stones .Umur ketika mati 27 tahun dan 125 hari



robert johnson - raja blues

Dipendekkan cerita, kalau takdak robert johnson, takdak musik blues. Beliau mati pada 16 Ogos 1938 kerana di racuni kawan beliau sendiri dengan minum whiskey yg penutup botolnya telah dibuka. mengikut sejarah (tak pasti benar tidak), beliau membuat perjanjian dengan iblis utk dapat skil main gitar terbaik dengan memberikan rohnya kepada iblis apabila beliau mati.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 807x630.



amy winehouse

23 july 2011 Penyanyi bermasalah Britain, Amy Winehouse meninggal dunia di rumah barunya di sini pada usia 27 tahun . Seorang lagi artis yg menyertai club 27.




pete de freitas (echo and the bunnymen)

mati pada 14 jun 1989 sedang memandu motosikal. pemain drum Echo and the bunnymen.




D. BOON - ketua, vokal & gitar - MINUTEMEN

Lahir pada 1 april 1958, mati pada 22 dec 1985 (27 tahun). Mati dalam nahas van jalanraya.


Servis SIDEK :Servis yang DIHARAMKAN






Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.



Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?


Sunday, April 14, 2013

Pangkalan Terapung TUDM di Pulau Layang-Layang





Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang atas arahan Tun Mahathir


Kedudukan pulau Layang-Layang

KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.


F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?


KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 858x543.

Binaan konkrit 3 tingkat milik China

Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

p/s Jarak operasi pesawat Sukhoi 30-MkM memang jauh berbanding pesawat tempur yang lain.

Peralatan Tentera yang tidak masuk akal yang pernah dicipta





Venezuelan Tortuga Tank, 1934.



M15A Gun Motor Carriage

Only one prototype was made of this ludicrously over-designed vehicle.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 740x505.

Focke-Wulf Triebfluegel

The Focke-Wulf Triebfluegel German concept Vertical Take-Off & Landing (VTOL) aircraft. At the beginning of time, no one could ever imagine being able to fly through the air. However, with no less than genius inventors, it has become a thing of the past in our world. Backing up a little in time, during WWII the Germans were able to create a working helicopter.

Though the aircraft was able to get off the ground, get to point B from point A, and land properly, the Nazis seemed to want more. To add more to their invention, they began to use ramjet engines.

The Focke-Wulf Triebfluegel soon became useless as it was much too hard to land it with rockets strapped to the propeller blades





Scooter-mounted Cannon

Used by the French during Vietnam, this vehicle was put together when the French military was lacking the money to provide more sophisticated equipment. They used what they had and often had to improvise in order to try to keep the military equipped.

The scooter-mounted cannon was a scooter like vehicle that held a 75mm cannon. The vehicle was mainly used by paratroopers during the 1950s. However, it’s safe to say that this didn’t last long, as it surely offered no type of protection or even stability during war.




mobile bunker



Nazi explosive chocolate bar- in pocket of every zombie nazi's blood diamond pants.



There’s no evidence that these were ever used, but the exploding chocolates were intercepted by British intelligence in World War II, and files on them were released decades later. MI5 officials have revealed that the Nazis had numerous covert explosive devices planned, including motor oil, coal and shaving brushes. They also intercepted a lot of Nazi propaganda intended for the British public (it was reportedly so “incredibly bad” that it might have been a spoof).*

The Nazis also pioneered the concept of the “shoe bomb” decades before Richard Reid, the “Shoe Bomber”, was caught trying to blow up an airplane in 2001.*





This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 797x600.


The Great Gustav Gun

Schwerer Gustav (English: Heavy Gustaf, or Great Gustaf) and Dora were the names of two German 80 cm K (E) ultra-heavy railway guns. They were developed in the late 1930s by Krupp as siege artillery for the explicit purpose of destroying the main forts of the French Maginot Line, the strongest fortifications then in existence. The twin guns weighed nearly 1,350 tonnes, and could fire shells weighing seven tonnes to a range of 47 kilometers (29 mi). The guns were designed in preparation for the Battle of France, but were not ready for action when the battle began, and in any case the Wehrmacht's Blitzkrieg offensive through Belgium rapidly outflanked and isolated the Maginot Line's World War I-era static defenses, forcing them to surrender uneventfully and making their destruction unnecessary.





Flying Tank
The Antonov A-40 Krylya Tanka (Russian: крылья танка, meaning "tank wings") was a Soviet attempt to allow a tank to glide into a battlefield after being towed aloft by an airplane, to support airborne forces or partisans.
A prototype was built and tested in 1942, but was found to be unworkable. This vehicle is sometimes called the A-40T or KT.

Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar di Dunia


Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.

INFO RINGKAS :
- Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.
- Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.
- Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.
- Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.


LIHAT GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA....









Gambar Belangkas