Showing posts with label Cicak. Show all posts
Showing posts with label Cicak. Show all posts

Friday, June 26, 2015

OLAF CICAK BERKEPALA DUA


Seorang lelaki terkejut selepas cicak jenis `beaded dragon` peliharaannya menetaskan telur mengandungi anak berkepala dua, dipercayai antara empat seumpamanya di seluruh dunia.


Stephen Evans, 34, yang membela cicak spesies itu sejak 17 tahun lalu berkata, dia pada mulanya menyangka dua anak cicak menetas dari satu telur sebelum menyedari ia sebenarnya satu haiwan dengan dua kepala.

Malam sebelumnya, saya melihat di dalam alat pengeram dan memang melihat dua kepala. Saya mengandaikannya kembar tetapi ia sebenarnya kembar siam.

“Keluarga dan rakan terkejut dan berkongsi gambar itu di laman sosial. Esok (hari ini) hari jadi saya dan mungkin ini hadiah untuk saya. Malah saya membeli tiket loteri kerana nampaknya saya bertuah,” katanya.

Evans dan isterinya Jodie membela hampir 50 cicak dengan memberi tumpuan kepada jenis ‘bearded dragon’ atau nama saintifiknya ‘pogona’ yang mempunyai warna serta corak badan pelik dikenali sebagai ‘morph.’

Cicak yang baru menetas itu dipercayai cuma yang keempat seumpamanya di dunia dan dinamakan Olaf oleh anaknya berdasarkan watak orang salji dalam filem animasi Frozen.

Saya membuat pencarian di Internet dan hanya menemui tiga atau empat cicak berkepala dua.

Memang ia sesuatu yang unik dan tidak mungkin anak lain yang menetas juga akan mempunyai dua kepala seperti ini.

“Olaf nampak kuat dan sihat, malah menetas sendiri tanpa bantuan. Ini satu lagi petanda baik,” katanya.

Thursday, November 22, 2012

Cicak Hidup Yang Tinggal Dalam Batu


Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan.




Ini menimbulkan persoalan, bagaimana haiwan-haiwan itu masuk

Gambar Belangkas