Showing posts with label berat mata memandang. Show all posts
Showing posts with label berat mata memandang. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Berat mata yang memandang... bantulah adik Luqman Hakim

kisah luqman pernah dipaparkan dlm majalah mingguan wanita
Adik Luqman Hakim yang aku kenal sewaktu si kembar ( rara) 45 hari dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman paru-paru. Hampir seminggu rara ditahan di wad kanak-kanak  di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Luqman atau mesra di panggil 'Abang' tidak seperti kanak-kanak lain yang bebas bermain, dan tidak dapat ke sekolah. Masa beliau banyak dihabiskan di hospital, hanya beberapa hari dirumah. Luqman tidak dapat ke sekolah semenjak jatuh sakit pada tahun 2011 lagi.

Untuk pengetahun, adik luqman mengidap penyakit paru-paru kronik, sebahagian paru-parunya (bahagian kiri) telah dibuang akibat rosak teruk. Selama aku berada di wad itu jugalah aku dapati adik luqman walaupun dalam keadaan kesakitan beliau amat ceria, hinggakan mencuit hati doktor dan jururawat :). Beliau pandai bergurau dan kadang kuat merajuk. Ibunya Siti Aisyah cukup sabar, amat tabah melayani si anak. adik luqman memerlukan mesin oksigen kuasa bateri bagi memudahkan pergerakan terutama ke sekolah dan kosnya adalah RM21,000. Sebelum ini adik luqman menggunakan mesin oksigen kuasa eletrik dirumah tetapi tidak sesuai untuk aktiviti luar.



keadaan luqman sebelum di pindahkan ke nicu
Sehingga kini kos untuk membeli mesin oksigen buat adik luqman masih tidak mencukupi dan besarlah harapan sekiranya para sahabat sekelian dapat menghulurkan bantuan walau sedikit bagi membantu meringankan beban adik luqman. Atau sekurang-kurangnya dapat memanjangkan kisah adik lokman di blog mahupun di wall facebook anda semua. Sumbangan anda boleh dimasukkan ke akaun Public Bank : : 4508259208 / BSN : 0510529000174596 - Siti Aisyah (Ibu)



p/s: perkembangan terkini adik luqman dimasukkan ke nicu, 80% bergantung pada mesin
       mohon kwn-kwn semua mendoakan agar adik luqman melepasi tahap kritikal. Ya Allah
       berikanlah kekuatan pada adik luqman dan permudahkan segala-galanya..amin :((
        

Tuesday, July 26, 2011

Betapa berat dugaan mu norma....

sumber: http://miera301.blogspot.com

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.... situasi yang terpaksa dihadapi oleh pasangan Norma dan Talib iaitu adik ipar kepada sahabat blogger Moon. Beliau mula disahkan mendapat cancer tumor pada march 2011 yang lalu,dan pasangan ini baru sahaja berkahwin (tahun lepas) dan dikurnia cahaya mata yang masih bayi lagi serta  tak berkesempatan menyusu dari susu badan, apetah lagi mendapat belaian kasih sayang dari ibu tersayang...



sumber: http://miera301.blogspot.com
saat-saat manis dihari persandingan norma dan talib.. tak siapa dapat menjangka selepas disahkan mengandung dan melahirkan beliau trus jatuh sakit dan disahkan mengidap cancer tumor stage 4...



suami yang tetap tabah diuji dengan ujian maha hebat.. 

sumber: http://miera301.blogspot.com

sentiasa berada disisi isteri tersayang... semoga kalian berdua tabah dan kuat hadapi dugaan ini...


sumber: http://miera301.blogspot.com

si kecil ( rafiq) yang masih tak mengerti penderitaan yang harus ditanggung oleh ibu nya..


Untuk ketahui lebih lanjut kisah norma ketika mula disahkan kanser tumor, klik disini, dan dapatlah kira nya kita memberi sedikit sumbangan (sila klik disini) pada norma bagi menampung kos perubatan yang kabarnya mencecah ribuan ringgit . Semoga norma terus tabah dalam menghadapi ujian dariNya demi si kecil Rafiq. amin....



p/s: sebak dan tak mampu di ucapkan dengan kata-kata bila membaca entri kisah norma... :(

Wednesday, December 15, 2010

DUGAAN DATANG BERSILIH GANTI...DAN AKHIRNYA TAKDIR MENJADI JURI


Dua hari lepas deena baru jer hantar anak2 balik Klang dan semalam sampai Langkawi. Pagi tadi dapat panggilan dr kakak bgtau yang umah mak di Puchong hangus di jilat api.  x pasti apa punca menurut kata adik deena ( nomi ) api mula marak dari bilik stor, dan dorang mmg x sempat nak selamatkn dokumen2 penting yg terlintas hanya anak-anak, mak dan abah jer.

Abah cedera skit melecur di bahu dan petang tadi dah boleh kuar wad. syukur yg mampu deena katakan walau kehilangan tempat tingggal sekurang2 nya semua selamat. adik beradik ada gak nasihat agar deena x perlu balik coz baru jer balik ari tu .

Tapi deena tetap akan balik dalam sehari dua ni, risau kn keadaan mak, adik serta anak2 dorang. punca kebakaran x pasti dan pihak bomba masih siasat.
sedih gak byk barang2 deena letak di umah mak hangus.. deena redha dan harap mak dan abah tabah hadapi semua ni...


Deena  : tetap tabah dgn dugaan...



Gambar Belangkas