Showing posts with label tips lulus temuduga separa perubatan. Show all posts
Showing posts with label tips lulus temuduga separa perubatan. Show all posts

Monday, April 6, 2015

5 Cara Tak Nak Lulus Temuduga Separa Perubatan | Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

5 Cara Tak Nak Lulus Temuduga Separa Perubatan | Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Ramai yang mohon latihan Separa Perubatan setiap tahun. Ada yang memang benar-benar berminat dan ada juga yang mungkin tiada pilihan lain. Jawapannya ada dalam diri masing-masing.

Tahniah jika anda dipilih untuk sesi temuduga latihan Separa Perubatan tahun ini. Bermakna anda selangkah menghampiri kerjaya impian anda. 

Mungkin anda kali pertama menghadiri sesi temuduga untuk latihan Separa Perubatan. Mesti tertanya-tanya bentuk dan contoh soalan yang bakal dihadapi semasa temuduga nanti. Pengalaman mereka yang pernah temuduga Separa Perubatan pasti boleh membantu anda menghadapi temuduga dengan lebih yakin. 

Ok. Jika anda tak nak lulus temuduga caranya cukup mudah. Tak perlu sampai 5 cara sebenarnya. Cukup anda tak hadir temuduga, anda dikira gagal temuduga. 

Tapi, saya yakin anda seorang yang sudah menetapkan halatuju dan punyai impian untuk menyertai Latihan Separa Perubatan. Mungkin ini bukan kali pertama anda hadir sesi temuduga separa perubatan, gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. 

Rujukan Pantas Lulus Temuduga Separa Perubatan

Ok. Rujukan pantas ni adalah usaha untuk lulus temuduga separa perubatan. Ianya bukan untuk calon yang memang merancang untuk tak nak lulus. 

Apa yang ada dalam rujukan pantas "lulus temuduga separa perubatan"? Antara bab penting yang bakal anda perolehi melalui rujukan pantas temuduga ini ialah:

  1. Kriteria yang dinilai dalam temuduga separa perubatan
  2. Tugas-tugas khas jawatan yang dipilih
  3. Paling penting ialah bab simulasi sesi temuduga Separa Perubatan. Sesi ni bakal memberi anda soalan yang asas seperti sesi memperkenalkan diri sehinggalah soalan mencabar seperti "Mengapa anda memilih untuk mengikuti latihan separa perubatan berbanding menyambung pelajaran di IPTA/IPTS?"
Ini antara bab-bab yang ada dalam rujukan pantas lulus temuduga separa perubatan

Jika anda berminat, dapatkan dulu PREVIEW COPY. 

ISI BORANG INI - KLIK SINI- 
contoh soalan temuduga separa perubatan

PERHATIAN: (salinan preview copy rujukan pantas lulus temuduga separa perubatan akan dihantar terus ke emel anda - sila berikan emel yang boleh dibuka)


Saturday, April 4, 2015

Tips Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan | Contoh Soalan Temuduga

TEMUDUGA. Tips Lulus Temuduga Separa Perubatan April | Contoh Soalan Temuduga. Dah semak jadual temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma? Kalau belum, terus semak di laman SPA di bawah. Klik gambar yer.

temuduga latihan separa perubatan taraf diploma

Semak di sini jadual temuduga:  Semak jadual temuduga
Tahniah jika anda salah seorang calon temuduga latihan Separa Perubatan bertaraf diploma. Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi temuduga latihan SEPARA PERUBATAN? Sudah mendapatkan tips-tips dan mungkin juga anda tercari-cari contoh-contoh soalan dari panel penemuduga. Malah, apa jawapan yang paling terbaik untuk anda berikan semasa sesi temuduga Latihan Separa Perubatan nanti. 

Tips Lulus Latihan Separa Perubatan 

Temuduga Separa Perubatan dijadualkan bermula 5 April 2015 - 17 April 2015. Calon-calon latihan Separa Perubatan seharusnya bersedia mental dan fizikal untuk lebih menonjol berbanding calon-calon temuduga separa perubatan yang lain. 

Soalnya, bagaimana calon temuduga latihan Separa Perubatan perlu bersedia? Dah ada idea?

Saya kongsikan beberapa tips ringkas tapi power untuk anda bersedia dan buat semasa sesi temuduga nanti.

  1. Pakaian. Paling penting biarlah kemas dan pakai tali leher jika perlu. Bagi calon temuduga perempuan, pakailah baju kurung yang kemas. Jangan menjolok mata.
  2. Cara masuk dan duduk. Masuk ke bilik temuduga bila diarahkan. Duduk bila diarahkan dan duduk dengan tertib. Tegak dan jangan silang kaki. Rapatkan kaki. Jangan kangkang pula cara duduknya semasa sesi temuduga.
  3. Cara perkenalkan diri semasa sesi permulaan temuduga Separa Perubatan. Seeloknya mulakan sesi kenalkan diri apabila diarahkan panel penemuduga. Mulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi temuduga Separa Perubatan. Lagi bagus, kalau anda tahu siapa panel penemuduga pada hari itu. Biasanya, panel penemuduga akan minta anda terangkan maklumat diri seperti nama, sijil dan bidang pengajian, kerja semasa atau pengalaman kerja jika ada.
  4. Maklumat pendidikan. Ceritakan keputusan SPM/diploma anda. Mungkin ada soalan berkaitan semasa temuduga separa perubatan berkaitan apa yang anda pelajari di sekolah.

Soalan popular semasa temuduga latihan Separa Perubatan

Antara soalan popular yang ditanya semasa "temuduga latihan separa perubatan" ialah seperti soalan-soalan berikut:
  1. Mengapa anda tidak sambung belajar di IPTA? Soalan ini lebih kepada soalan untuk menguji minat dan halatuju anda. 
  2. Pengalaman kerja. Anda pasti akan ditanya soalan tentang pengalaman kerja anda. Mungkin anda perlu cerita cabaran dan bagaimana anda mengatasi cabaran tersebut. Dengan cara ini, penemuduga akan nampak kelebihan yang anda ada berbanding calon-calon Latihan Separa Perubatan yang lain.
  3. Soalan berbunyi, "kenapa anda memohon jawatan ini". Jawatan yang anda pilih semasa membuat permohonan akan ditanya oleh penemuduga. Soalan jenis ini ingin menguji minat dan sedikit kefahaman anda tentang bidang yang dimohon. Bersedialah!
  4. Dalam banyak-banyak kementerian, organisasi, malah ada pelbagai peluang ditawarkan oleh pihak swasta, soalan "Kenapa mahu berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?". Agaknya, apa jawapan anda?

Soalan-soalan lain temuduga Latihan Separa Perubatan Ambilan Julai 2015

Soalan-soalan pengetahuan Am berkaitan jawatan dan kementerian. Penting untuk anda persiapkan diri dengan soalan-soalan am terutamanya berkaitan perkara berikut:

  1. Nama Menteri Kesihatan/Timbalan/Nama-nama dalam organisasi KKM
  2. Apa latihan pilihan & mengapa pilih latihan tersebut.
  3. Apakah ciri-ciri seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan).
  4. Apakah tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan pilihan anda)
Anda masih blur dan tak pasti nak studi apa sebagai persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan?

Panduan & Rujukan Temuduga Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

Jika anda masih perlukan rujukan khas untuk lulus temudaga Separa Perubatan, saya syorkan anda panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan berikut:

tips lulus temuduga latihan separa perubatan

DAPATKAN SEKARANG PANDUAN LULUS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN AMBILAN JULAI 2015
atau  
KLIK PAUTAN DI BAWAH & ISI BORANG KHAS UNTUK CALON TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: 

Nota tambahan tips untuk lulus temuduga Separa Perubatan. 
  1. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. 
  2. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  3. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. 
  4. Jangan pakai selipar, tshirt atau apa jua pakaian yang tak sesuai. Jangan musnahkan peluang anda sebaik saja panel penemuduga lihat penampilan anda!

Gambar Belangkas