Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Sister Lai Kitchen, Teluk Intan

Assalammualaikum...

Lepas kekenyangan makan kat Restoran Thailand De' Seafood malam tadi, kami terus balik ke umah Dayah... Tido 1 malam kat umah chumell dia. So, untuk brunch (breakfast + lunch) Dayah dah plan nak bawak ktorang makan kat Sister Lai Kitchen Teluk Intan, restoran cina. Tak caya??? Meh tengok gamba kat bawah ni :)

Sebelum g brunch, amik gambar dlu :)






Amacam korang... nak try tak kalo datang sini...

Masa kami datang tuh, kami order ;
- Fish Fillet Baked with Cheese
- Chicken Chop Baked with Cheese
- Teriyaki Chicken with Rice
- Semilo
- Air longan
- Cappucino Blended ( kalo tak silap la )

Yang kiri skali ni la Semilo

Chicken Chop, Teriyaki, Fish Fillet



Owner kedai, bukan ktorang ea... yang kat belakang kami ngan auntie yang kat cashier tuh.

Overall makanan dia sedap... Owner kedai ni pun ramah je. Dah la malam tadi Dayah Belanja, brunch ni Nazrol lak belanja, murah betul rezeki kitorang... TQ korang... :) Ramai orang Melayu makan kat sini. Kalo korang nak makan, better buat reservation dulu takpun jangan datang time lunch okkaip...

Ok, ni alamat Sister Lai Kitchen ye :

No. 3311,
Jalan Sekolah,
36000 Teluk Intan,
Perak.

No. Tel: 012 - 515 1208

Buka dari pukul 10.30 pagi - 6.30 petang ( Isnin tutup)

Kalo nk proper direction, boleh la contact no kat atas tuh... Mrs. Yan pun orang bawak. Tapi dia dekat dengan The Store la... Deret kedai belakang The Store kalo tak silap... Kalo datang Teluk Anson, jangan lupa try ye :)

-Thanks for reading-





 



Sunday, July 20, 2014

Restoran Thailand De' Seafood

Assalammualaikum...

Minggu ni minggu terakhir puasa untuk tahun 2014... Hopefully korang still sihat wal'afiat la ye sampai hari ni... Baju raya da beli ke, kuih raya korang tunjuk-tunjuk je ke korang buat... Mrs. Yan tak buat apa pun lg... Tengoklah, kalo rajin, ada lah kuih yang kami buat... Hikhikhik... 

Sebenarnye nak cite alkisah Mrs. Yan ngan Mr. Aid g ke Lost World Tambun sebelum puasa hari tuh... Dah alang-alang, ktorg plan nak g Teluk Intan jumpa si gedik Dayah dulu... Balik je keje hari Jumaat, ktorang terus bertolak ke Teluk Anson. Sampai sana lebih kurang pukul 10 malam, Dayah bawak la kami makan kat Restoran Thailand De' Seafood ni... Memang da janji pun kalo datang sana Dayah nak blanje makan kat restoran nieh :)




Ktorang amik set 1, RM35.00;
- Tomyam
- Siakap 3 rasa
- Kangkung belacan
- Telur dadar
- 2 pinggan nasi putih
- Laicikang, RM3.00
- 2 gelas kecil air tembikai, RM5.00






 Ni special kat sini, Dayah request sebab dia slalu datang sini kan... Roti telur tuh letak susu pekat ngan gula... Sedap baq hang... :)

Overall makan sedap... Staf restoran ni memang dari Thailand so tomyam dia best, siakap 3 rasa ktorang tukar siakap stim pun sedap gak, plus dengan roti telur yang superb tuh... Tak sia-sia la makan kat sini...

So, kalo korang bercuti kat Teluk Intan, korang try la search Kampung Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak. Direction dia kalo korang dari Kolej Komuniti Teluk Intan, nanti KKTI kat belah belah kiri korang, terus je nek jambatan, pastu terus je lagi sampai korang jumpa jambatan kedua, pastu terus lagi, korang tengok kt belah kanan korang, jumpalah Thailand De' Seafood :) Lepas ni Mrs. Yan cite ktorang brunch katne lak sebelum gerak g Tambun...

-Thanks for reading-
 

Sunday, April 21, 2013

Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Di Perak aje ada 8 homestay kesemuanya...
Homestay Maju Manik merupakan antara 2 homestay terbaru yang diluluskan pendaftaran tahun 2012 yang lepas.....
Homestay Maju Manik ni lain daghi homestay yang ada di Perak...

Sebabnya kebiasaannya, tertubuhnye homestay baghu le ada koperasi diwujudkan...
tapi kat sini, homestay diwujudkan disebabkan adanya Koperasi...
Koperasi Maju Manik Hilir Perak Berhad le yang punye idea wujudkan homestay ni...
Dengan 20 buah rumah yang telah diperiksa dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelancongan.....

Baghu le rumah-rumah ni diluluskan untuk program homestay...
macam yang awok ada kabo sebelum ni...
tuan2 rumah ni kesemuanya diwajibkan mengikuti kursus yang diadakan Kementerian Pelancongan...

Ok..ok... berbalik pada ceghite homestay Maju Manik tadi ni...
Homestay Maju Manik ni letaknya lebih kughang 10 kilometer daghi Bandar Teluk Intan...
Dan terletak dibawah daerah Hilir Perak.....
Homestay Maju Manik ni secaghe spesifiknya terletak dikawasan Sungai Manik, Teluk Intan...

dan meghupekan gabungan 2 buah kampung iaitu Kg Sungai Batu dan Kg Tanjong Keramat...
kome jangan pandang Homestay ni sebelah mate oooo...
tahun lepaih saje (2012) Homestay Maju Manik ni menerima 3 kali kunjungan rombongan dari Jepun ke tempat deme....

disini macam-macam acaghe boleh dibuat...
diantaghe aktiviti yang selalu deme buat adalah seperti berikut:-

- Jamuan Makan Chim Chum
- Lawatan ke IKS (Bengkel Kerisik, Bengkel Biskut, Industri Ikan Dalam Sangkar, Burung Puyoh & Sos Cili)
- Persembahan Pukong 


- Demo Tanaman Padi Cedong Menggunakan Kuku Kambing
- Demo Menuai Padi

- 'Mengago' Ikan Menggunakan Serkap 

- Sukan Bendang

- Lawatan ke tempat bersejarah di Teluk Intan (contoh : Menara Condong, Kompleks Sejarah Pasir Salak)

Antaghe rumah yang terlibat program Homestay di Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Untuk maklumat lanjut atau info yang lebih mendalam...
kome boleh menghubungi penyelaras Homestay Maju Manik
iaitu Encik Ahmad Ismail atopon lebih dikenali dengan nama Pak Leh ditalian 
012-4946158 & 01124139238 atopon email ke alamat dibawah...

Gambar Belangkas