Showing posts with label Sesat. Show all posts
Showing posts with label Sesat. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

AWIE DI SIHIR ISTERI?


Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.


Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Mohd. Zaidi berkata demikian semasa memberi hujahan lisan ketika kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) bagi hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain yang dimohon Rozana, 37.

Saturday, October 18, 2014

'SI HANTU COLOMBIA'


Dengan wajahnya yang menakutkan, lelaki ini tidak mungkin diterima bekerja.Malah, mungkin dia akan diusir sebaik memasuki bilik temuduga.

Inilah Si Hantu dari Colombia yang bangga dengan tatu hitam pada bola matanya, beberapa implan tanduk dan begitu banyak tindik.

Dengan wajahnya itu, Caim Mortis sudah pasti menjadi lelaki yang tidak perlu berpakaian khas bagi menghadiri majlis seperti Halloween.


Lelaki berusia 42 tahun ini menghabiskan 11 tahun daripada hidupnya untuk 'mengubah suai' tubuhnya, termasuk mentatu seluruh bola matanya menjadi hitam, membuat implan tanduk pada dahi dan lengan.

Tidak cukup dengan itu, dia menindik tanduk itu.Akibat daripada tindakannya itu, keluarga Caim yang taat kepada ajaran Katolik, enggan menerimanya menyebabkan dia berpindah dari Colombia ke Mexico, tempat dia boleh diterima masyarakat.

"Apabila orang melihat saya kali pertama, reaksi mereka ialah terkejut atau hairan.

"Soalan pertama mereka tanya ialah 'tidak sakitkah' atau 'siapa yang melakukan ini terhadap kamu,'" katanya.

Menurutnya antara perkara yang mendorongnya melakukan pengubahsuaian pada tubuhnya ialah keinginan untuk menjadi unik dan berbeza berbanding orang lain.

Seperti Caim, ramai lagi yang ingin kelihatan pelik dan dia membantu mereka dalam tugasnya selaku artis tatu.

Minggu ini, Caim berkata, dia akan melancarkan karier baru musim Halloween akan datang, bersama-sama dengan rakannya, Gisella, yang akan memegang watak 'malaikatnya.'- Agensi


Wednesday, October 15, 2014

"PAZUZU" SI SYAITAN BUNUH, MAKAN, BAKAR MANGSANYA..


USA: Seorang lelaki yang menggunakan nama sempena nama syaitan dalam filem 'The Exorcist' adalah antara tiga orang yang ditangkap di Carolina Utara atas tuduhan membunuh.

Mereka ditangkap selepas polis menemui rangka dua mangsa mereka dalam kubur cetek di belakang sebuah rumah di Clemmons, tempat jiran berkata Pazuzu Illah Algarad, 35, sering mengadakan upacara penyembahan syaitan.



Seorang jiran mendakwa dia memberitahu semua orang mengenai mayat itu tetapi tidak seorang pun mempercayainya.Algarad juga menceritakan bagaimana dia membunuh mangsa, makan sebahagian mayatnya dan membakar bakinya dalam unggun api.

Amber Nicole Burch, 24, yang tinggal bersama-sama Algarad dan dikatakan isterinya dalam Facebook, juga menghadapi tuduhan membunuh sementara Krystal Nicole Matlock, 28, ditahan kerana membantu menanam mayat itu.

Mangsa pertama dikenali sebagai Joshua Fredrick Wetzler, 37, sementara kedua, Tommy Dean Welch, 36.

Menurut laporan, Algarad dilahirkan di San Francisco sebagai John Alexander Johnson, tetapi ibunya, Cynthia Lawson, juga pemuja syaitan menukar namanya kepada Pazuzu Algarad atas alasan agama.

'Pazuzu' adalah nama syaitan yang merasuk budak perempuan dalam filem 'The Exorcist' dan mendakwa berketurunan Iraq.

Pada pintu depan rumah Algaerad yang dimiliki ibunya, terdapat papan tanda memberi amaran supaya polis tidak memasukinya serta lambang tengkorak.Di bawahnya tertera perkataan bermakna 'Kejahatan akan menang.'

Ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Hakim Daerah Forsyth Gordon Miller memberitahu tertuduh bahawa mereka akan dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.Ketiga-tiganya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 23 Oktober depan. - Agensi

Sunday, September 28, 2014

LELAKI "666" SEMBAH "SYAITAN" DIJATUHI HUKUMAN

Caius Veiovis ketika dijatuhi hukuman

Springfield (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dengan dua baris tanduk serta tatu ‘666’ pada dahinya semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga lelaki dan mencincang mayat mereka.


Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.” 

Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.

Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.

Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.

Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.

Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.

Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara.

Gambar Belangkas