Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru Azam Baru

Selalunya awal tahun Masehi kita akan sibuk memperbaiki azam tahun baru kita. Merenung kembali azam tahun lepas, adakah semua sudah tercapai atau masih ada lagi yang belum sempat di usahakan? 

Maka mari kita ubah resolusi tahun baru kita mengikut tahun Hijriah pula. 
Hari ini 1 Muharram 1432H, hari bermulanya buku amalan kita yang baru. Maka marilah kita tanya diri kita sendiri, apakah azam tahun baru kita? 

Sebelum itu renungkan lah hari-hari yang telah berlalu pada tahun lepas... 
 sepanjang setahun apakah yang kita telah lakukan untuk memperbaiki amalan kita?

Khatam Al-Quran
Jika tahun lepas kita hanya dapat khatam Al-Quran sekali sahaja, maka pada tahun ini, mari kita cuba tanamkan azam untuk dapat khatam 2 kali pula...

Bagaimana pula solat fardhu kita? 
Adakah kita solat tepat pada waktunya? 
atau masihlah bertangguh-tangguh? 
Adakah apabila ibu bapa panggil suruh solat, kita masih lagi menjawab, "sekejap mak...sekejap abah..."? 
Tanamkan azam untuk solat fardhu tepat pada awal waktunya.

Bagaimana pula solat sunat Rawatip kita? 
Iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat waktu? 
Tidak pernah lakukan? 
Sekejap buat sekejap tidak?
Marilah kita cuba lakukan sedikit demi sedikit (bagi yang belum pernah lakukan)... 
mulakan dengan solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh...dan tambah sedikit demi sedikit
Solat sunat ini ibarat ia dapat menampal koyakan dibaju kita (solat fardhu)

Bagaimana pula sedekah jariah kita? 
Pernahkah kita bersedekah atau menderma kepada mana-mana / sesiapa yang memerlukan?
Jika tidak pernah, mungkin kita boleh mulakan sedikit demi sedikit...target berapa peratus dari duit gaji kita / elaun yang hendak kita sedekahkan...

Bagaimana pula amalan puasa kita? 
Mungkin puasa sebulan Ramadhan lengkap...(yg perempuan tu of course lah tak lengkap sebulankan...hehe)
Bagaimana pula puasa sunat? 
Adakah pernah lakukan puasa sunat Isnin/Khamis setiap bulan?
Atau tak pernah langsung puasa sunat selain puasa bulan Ramadhan?
Mungkin boleh tanam azam mulakan dengan berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, di awal bulan, pertengahan dan akhir bulan.

Sudah mengerjakan haji? 
Jika belum, wajiblah kita sekurang-kurangnya menanam niat dalam hati hendak mengerjakan haji. Kerana ia adalah salah satu rukun Islam yang lima. 
Jika masih tidak mampu, sekurang-kurangnya berusahalah memperuntukkan sedikit dari gaji kita untuk simpanan haji. Langkah pertama, pergilah ke pejabat Tabung Haji untuk membuka akaun Tabung Haji. 
Kemudian setiap bulan cubalah masukkan walaupun RM10 paling kurang ...bak orang-orang tua kata, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit .
Kalau hendak senang, tak mahu pergi beratur dikaunter TH, isi borang dan minta majikan buat potongan setiap bulan, dengan itu wang gaji kita itu terus masuk ke akaun TH, senang saja...
Kalau kita boleh berhutang dan bayar setiap bulan beratus-ratus dan beribu-ribu untuk motor, kereta, dan lain-lain, rasanya utk TH pun boleh juga...
Dah buat? mulakan dari bulan ini...


  SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H. 
SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA KITA SEMUA.
AMIN.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca PMA samada yang saya kenal atau tidak, pernah berjumpa atau tidak ...dan semua kaum keluarga sanak saudara sahabat handai ...

Penghujung tahun hijrah 1431 akan berakhir tidak lama lagi, dan buku amalan kita akan di tutup sehingga lah kita dibangkit semula di Hari Perhitungan di Padang Masyar nanti untuk dihisabkan. Manakala sebuah buku baru pula akan dibuka dengan bermulanya tahun baru hijrah 1432...Ibarat kain putih bersih, begitu juga buku amalan kita itu...semua helaiannya masih putih bersih belum terconteng apa-apa...

Sebelum ia ditutup dengan rasminya...saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon ampun maaf jika sepanjang saya berblogging ini, terdapat tutur kata, coretan-coretan dan nukilan hati yang menyinggung perasaan anda sekelian .... Maaf kan saya...sesungguh nya saya ini hanyalah hamba Allah yang kerdil yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...

Apakah yang hendak kita isikan di dalam buku itu? Ibarat kita tidak suka melihat buku latihan kita diconteng-conteng oleh anak-anak kita, adik-adik kita yang masih kecil...begitu juga kita harapkan dengan buku amalan kita itu. Hendaknya apa yang dicatitkan adalah amalan yang baik-baik belaka...amalan-amalan baik yang diterima oleh Allah SWT sebagai ibadat yang kita lakukan HANYA untuk DIA ...dan semoga ia dipenuhi dengan amalan-amalan yang akan mendekatkan lagi diri kerdil kita ini kepada Allah SWT...
InsyaAllah.

 DOA AKHIR TAHUN
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
(Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.)


 DOA AWAL TAHUN
(dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.)

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya  syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

sumber: http://syedas.wordpress.com/2007/01/19/doa-awal-tahun-akhir-tahun-hijriah/

Gambar Belangkas