Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru Azam Baru

Selalunya awal tahun Masehi kita akan sibuk memperbaiki azam tahun baru kita. Merenung kembali azam tahun lepas, adakah semua sudah tercapai atau masih ada lagi yang belum sempat di usahakan? 

Maka mari kita ubah resolusi tahun baru kita mengikut tahun Hijriah pula. 
Hari ini 1 Muharram 1432H, hari bermulanya buku amalan kita yang baru. Maka marilah kita tanya diri kita sendiri, apakah azam tahun baru kita? 

Sebelum itu renungkan lah hari-hari yang telah berlalu pada tahun lepas... 
 sepanjang setahun apakah yang kita telah lakukan untuk memperbaiki amalan kita?

Khatam Al-Quran
Jika tahun lepas kita hanya dapat khatam Al-Quran sekali sahaja, maka pada tahun ini, mari kita cuba tanamkan azam untuk dapat khatam 2 kali pula...

Bagaimana pula solat fardhu kita? 
Adakah kita solat tepat pada waktunya? 
atau masihlah bertangguh-tangguh? 
Adakah apabila ibu bapa panggil suruh solat, kita masih lagi menjawab, "sekejap mak...sekejap abah..."? 
Tanamkan azam untuk solat fardhu tepat pada awal waktunya.

Bagaimana pula solat sunat Rawatip kita? 
Iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat waktu? 
Tidak pernah lakukan? 
Sekejap buat sekejap tidak?
Marilah kita cuba lakukan sedikit demi sedikit (bagi yang belum pernah lakukan)... 
mulakan dengan solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh...dan tambah sedikit demi sedikit
Solat sunat ini ibarat ia dapat menampal koyakan dibaju kita (solat fardhu)

Bagaimana pula sedekah jariah kita? 
Pernahkah kita bersedekah atau menderma kepada mana-mana / sesiapa yang memerlukan?
Jika tidak pernah, mungkin kita boleh mulakan sedikit demi sedikit...target berapa peratus dari duit gaji kita / elaun yang hendak kita sedekahkan...

Bagaimana pula amalan puasa kita? 
Mungkin puasa sebulan Ramadhan lengkap...(yg perempuan tu of course lah tak lengkap sebulankan...hehe)
Bagaimana pula puasa sunat? 
Adakah pernah lakukan puasa sunat Isnin/Khamis setiap bulan?
Atau tak pernah langsung puasa sunat selain puasa bulan Ramadhan?
Mungkin boleh tanam azam mulakan dengan berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, di awal bulan, pertengahan dan akhir bulan.

Sudah mengerjakan haji? 
Jika belum, wajiblah kita sekurang-kurangnya menanam niat dalam hati hendak mengerjakan haji. Kerana ia adalah salah satu rukun Islam yang lima. 
Jika masih tidak mampu, sekurang-kurangnya berusahalah memperuntukkan sedikit dari gaji kita untuk simpanan haji. Langkah pertama, pergilah ke pejabat Tabung Haji untuk membuka akaun Tabung Haji. 
Kemudian setiap bulan cubalah masukkan walaupun RM10 paling kurang ...bak orang-orang tua kata, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit .
Kalau hendak senang, tak mahu pergi beratur dikaunter TH, isi borang dan minta majikan buat potongan setiap bulan, dengan itu wang gaji kita itu terus masuk ke akaun TH, senang saja...
Kalau kita boleh berhutang dan bayar setiap bulan beratus-ratus dan beribu-ribu untuk motor, kereta, dan lain-lain, rasanya utk TH pun boleh juga...
Dah buat? mulakan dari bulan ini...


  SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H. 
SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA KITA SEMUA.
AMIN.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas