RODA KEHIDUPAN - memang benar pepatah orang tua, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Ibarat sebuah roda bulat yang sedang berpusing, bukan sepanjang masa kita berada di atas, apabila roda berpusing, kita akan turun ke bawah.
Kerana itu dalam Islam, kita sentiasa diingatkan, walaupun kedudukan kita tinggi di mata masyarakat, kita tidak boleh mendabik dada, bermegah-megah. Kita tidak boleh sentiasa mendongak ke atas, sesekali kita perlu tunduk ke bawah, melihat mereka-mereka yang berada di bawah. Kemewahan hidup duniawi bukan lah milik kita selamanya. Ianya milik Allah yang kekal abadi.
Suatu hari Allah memberi, di masa lain Allah akan tarik balik, jika kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Kerana itu apabila kita berkemampuan, hulur-hulurkan lah kepada yang memerlukan, tanpa perlu kita menghebohkan ke seluruh dunia.
Sesungguhnya, tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima).
No comments:
Post a Comment