Thursday, December 30, 2010

cara letak border pada widget

search widget
Meletak border pada widget ini boleh dianggap sebagai penyeri pada sesuatu widget, juga sebagai pemisah diantara suatu widget dengan widget yang lain.

Sebagai contoh saya nak masukkan widget search pada blog ini dan saya hendak letakkan border dan juga background.

Mula mula masuk ke dashboard dan pilih Layout



Kemudian pilih Add a Gadget ..


pada senarai yang terpapar pilih search box.



Seterusnya klik butang save pada widget tersebut:
Untuk mendapat widget id anda perlu membuka semula widget tadi dan paparan seperti dibawah

custom search


widget id bagi  search box  tadi yang bertanda warna hijau seperti rajah diatas.

Widget id berada dibahagian atas dihujung sekali iaitu CustomSearch1  Biasanya berakhir dengan widgetId=CustomSearch1.

Kemudian masuk semula ke dashboard—Layout--edit HTML
Cari kod  ]]></b:skin>

Dan letakkan kod seperti dibawah ini diatasnya:

#CustomSearch1{
border: 3px solid ;padding:3px;
-moz-border-radius-bottomleft:10px;
-moz-border-radius-bottomright:10px;
-moz-border-radius-topleft:10px;
-moz-border-radius-topright:10px;
background:url(letak url imej disini)repeat;
}

Pada background url masukkan url untuk imej jika ingin meletak latarbelakang
Kemudian save template.
Untuk widget lain anda cuma perlu dapatkan widget id dengan membuka semula widget yang nak dimasukkan border dan masukkan widget id tersebut pada ruangan teks hijau pada kod diatas.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas