Wednesday, December 29, 2010

Yes.. ! Malaysia bawa pulang piala AFF Suzuki !


Tahniah pada pemain-pemain " Harimau Malaya" dgn kemenangan aggregate 
4-2, kepada Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.
cayok... !!  walaupun deena tak berapa minat sukan bola ni, teruja gak bila melihatkan corak permainan pemain2 terutama penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat  ( Apek ) menepis sepakan penalti Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama... dan jaringan Mohd Safee Mohd Sali.



Cewahhhh... semangat tul deena beri komen kali ni, teruja beb biarpun diancam pelbagai provokasi dari pihak media, isu laser dan penyokong Indonesia, pemain Harimau Malaya tetap mempunyai kekuatan mental dan fizikal menahan hingga ke titisan akhir dengan kemenangan sebagai raja bola sepak Asia Tenggara. 

Nampak gaya Sotong Gudel nyer ramalan tak menjadi sama sekali, elok nyer di buat sambal sotong lagi sodappp... wakakakaa... haiyaa tipu punya sotong !
 

P/s : esok PM umum cuti... pakat gi pasar sok cari sotong masak lomak... =)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas