Showing posts with label tutorial blog. Show all posts
Showing posts with label tutorial blog. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Rutin setiap pagi.


Rutin blogger.
Rutin aku setiap pagi adalah memikirkan cerita atau apakah perkongsian aku untuk blog ceritaejoy. Ya. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Ada masanya, terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsikan, ada masanya, aku hilang arah. Inilah kelebihan yang ada pada top bloggers tetapi tidak pada aku. Mereka punya banyak variasi cerita yang ingin dikongsikan.

Disinilah pentingnya niche blog. Blog tanpa niche ni, agak susah mencari bahan cerita. Bila ada orang yang tanyakan pada aku, apakah niche blog ceritaejoy. Aku akan ambil masa untuk berfikir. Jawapan yang biasa aku berikan adalah, blog ini berkongsikan tips-tips motivasi, personal, perkongsian gambar-gambar menarik, keibubapaan, fesyen lelaki dan sedikit tutorial blog. Secara rumusannya, aku sendiri tak tahu apakah niche blog aku ni.


Aku juga masih lagi mencari blogger template yang betul-betul ngam dengan blog aku ini. Sejujurnya, aku masih belum puas dengan appearance blog ni. Buat masa sekarang, aku hanya mencari free template. Bila sebut pasal barang/perkara percuma ni, almaklumlah, tak semua yang betul-betul memenuhi keinginan kita. Sampai masanya aku betul-betul serius menjadi seorang blogger, aku akan memilih template berbayar. Kerana bila kita perlu mengeluarkan wang, ini bermakna ada sesuatu yang istimewa di situ.


Aku juga masih berusaha dan terus berusaha dalam mencari "kelulusan" adsense. Orang kata, jika ada usaha, disitu terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar. Aku pun hampir lupa, kali ke berapa blog ceritaejoy ini di reject oleh adsense. Mulanya hati sedikit berbunga bila diluluskan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, segalanya berubah. Terlalu banyak tips adsense yang aku belajar, dan hampir kebanyakkannya telah aku aplikasikan pada blog, tetapi masih juga di reject. 

Sebenarnya, penulisan blog yang memainkan peranan di dalam kelulusan adsense. Bila aku tengok balik cerita-cerita lepas, memang sedikit cacamerba. Nak buat blog memang senang, nak menulis pun senang, tapi nak menghasilkan yang betul-betul berkualiti dan tak nampak copy paste memang susah. Memang benar, kadang tu, penulisan kita adalah lahir dari diri kita sendiri, tetapi search engines bukan tahu pun, nampak sedikit ayat atau keyword yang lebih kurang, dikatanya kita copy paste. Hish.


Bercerita pasal keyword, siapa yang benar-benar faham mengenai keyword blog? Adakah top bloggers memang mahir akan keyword atau mereka ada medium khas? Aku setakat ni, cuma guna adwords keyword tool. Beza tau adsense dengan adwords ni. Nak cerita panjang pun, aku bukan hebat sangat. Yang aku faham, adsense ni medium buat duit dengan blog. Adwords pula adalah medium pengiklanan google. Isikan apa yang patut dan iklan anda akan keluar di google.

Kaitan keyword blog dengan adwords keyword tool ni adalah, ada ruangan khas di dalam adwords yang membolehkan kita search apakah keyword yang boleh kita gunakan dalam penulisan di blog. Mungkin ini adalah medium mudah (easy) bagi seorang bloggers picisan semacam aku. Banyak lagi sebenar keyword search tool yang ada. Yang mungkin salah satunya digunakan oleh top bloggers/blogger malaysia di dalam menghasilkan penulisan berkualiti mereka. Itu kenalah tanyakan sendiri pada mereka ya. 


Hmm, rasanya cukuplah aku bercerita mengenai rutin setiap pagi aku ni. Inilah yang selalu aku buat dan fikirkan hampir setiap pagi *selain daripada memikirkan cara-cara untuk lebih serius dengan blog*. Bukan mudah untuk meniti kejayaan. Semuanya perlu dengan usaha. Semua ingin jadi yang terbaik, tetapi aku ingin jadi yang terbaik daripada yang terbaik. Oleh yang demikian, usaha bukan setakat usaha, malah perlu lebih usaha daripada usaha. Ha, faham tak? Hehehe. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog ceritaejoy. Jumpa lagi dalam ceritaejoy yang mendatang. Daa~.

Saturday, August 29, 2015

Tutorial letak privacy dalam blog.

Tutorial letak privacy dalam blog. Privacy adalah satu halaman dalam blog yang menerangkan tentang privasi blog. Halaman ini adalah sangat penting untuk sesebuah blog. Dan ia juga adalah salah satu syarat untuk mendapat kelulusan daripada google adsense.

Jika dahulunya, adalah sedikit menyukarkan para blogger untuk menghasilkan satu bentuk penulisan privacy di dalam blog. Tetapi kini, terdapat cara yang lebih mudah dan senang. Anda tidak perlu bersusah payah memerah minda anda untuk berfikir. Jom teruskan bacaan Tutorial mudah letak privacy dalam blog.

#1 Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah klik pada laman web ini: http://www.privacypolicyonline.com/

#2 Seterusnya, isikan data-data yang diperlukan.


#3 Selepas klik pada generate policy, akan keluarlah ayat yang panjang, padat dan lengkap. Salin ayat itu dan postkan pada blog anda.


#4 Save dan siap. Mudah kan? Hehehe.

Dengan adanya halaman privacy di dalam blog anda, selain memenuhi pensyaratan blog, ia juga memenuhi pensyaratan adsense. Blog anda juga akan kelihatan seperti sebuah blog profesional. Hebat bukan? Hehehehe. Semoga ia memberi manfaat dan selamat mencuba.

Monday, August 24, 2015

Teknik promosikan diri melalui blogging.


Teknik promosikan diri melalui blogging. Blogging adalah mengenai penulisan di blog oleh seseorang atau secara berkumpulan. Penulisan blog umumnya mengenai perihal diri, kesihatan, minat dan sebagainya. Banyak kelebihan memiliki blog dan salah satunya adalah popularati. Jika anda mahu pembaca kerap datang ke blog anda dan mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda, maka tips berikut pasti akan membantu anda.

Teknik promosikan diri melalui blogging.

#1 Kandungan yang baik.

Kandungan yang baik di dalam penulisan blog anda adalah ciri yang paling penting di dalam menentukan popularati anda. Kata-kata yang digunakan hendaklah dipilih dengan teliti dan tepat.

#2 Jadikan ianya seperti perbualan.

Penulisan berbentuk syarahan adalah sedikit membosankan. Oleh yang demikian, jadi kreatif di dalam penulisan anda. Jadikan pembaca seperti sedang berbual dengan anda.

#3 Kekerapan penulisan.

Lebih banyak post anda, lebih banyak orang yang ingin mengenali anda. Kekurangan cerita akan menyebabkan pembaca menganggap anda kurang aktif.

#4 Jadikan ia menarik.

Jangan hanya menulis di blog. Tetapi cuba wujudkan contest, segmen ataupun pemberian hadiah kepada pembaca bertuah. Ini pastinya akan menarik lebih ramai pembaca ke blog anda. Post berkaitan gambar dan juga video juga boleh menarik ramai pembaca ke blog anda.

#5 Bantu pengunjung anda.

Adalah sangat baik jika blog anda mampu menyelesaikan masalah pembaca anda.  Jika pembaca berjaya mencari apa yang mereka inginkan dari blog anda, popularati anda akan meningkat. Dengan cara perkongsian blog anda kepada orang lain.

Akhir kata, penulisan blog bukan sahaja mengenai penulisan yang bagus tetapi adalah baik jika penulisan anda mampu menyelesaikan masalah orang lain. Tetapi pada masa yang sama, mengekalkan keaslian penulisan itu. Jangan hanya tahu copy paste sahaja.

Sunday, August 16, 2015

Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog.


Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog. Secara terus terangnya, aku sendiri tak tahu macamana nak masukkan ruangan penafian di dalam blog ceritaejoy ini. Puas aku terbang dari blog ke blog untuk mencari ilmu ini. Akhirnya, aku bertanyakan kepada sifu HH. Rupa-rupanya tersangatlah mudah! Huhuhu.

Apakah kepentingan penafian di dalam blog? Ia merupakan peringatan daripada pemilik blog mengenai penulisan dan penceritaan di dalam sesebuah blog itu. Ia juga merupakan salah satu cara untuk melindungi diri penulis daripada terlibat dengan mereka yang menyalahgunakan artikel dari blog penulis. Oleh yang demikian, jika blog anda menjadi bacaan umum, adalah sangat penting untuk anda meletakkan penafian di dalam blog anda.

Baik. Mari pelajari Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog. Ia sememangnya tersangatlah mudah. Ya.

Mula sekali, kenalah log in kedalam blog anda. Kemudian klik layout-> add gadget -> text.

Kemudian akan keluar seperti ini:



Isikan penafian anda di dalam ruangan content. Ayat yang anda gunakan biarlah ringkas tetapi padat. Dan yang paling penting adalah, kemukakan keinginan anda berkaitan polisi yang ada di dalam blog anda. Selepas anda benar-benar berpuas hati, anda bolehlah save dan letakkan di ruangan yang sesuai di dalam blog anda. Taraa! Dah siap. Mudah bukan? Di harap Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog ini berguna kepada semua. Terima kasih.

Friday, August 7, 2015

Tutorial betulkan H1 pada chkme.


Tutorial betulkan H1 pada chkme|Ok, para blogger semua mesti dah biasa gunakan chkme untuk tengok berapa score SEO blog mereka. Jika ada yang belum biasa atau tak pernah langsung dengar apa itu chkme, bolehlah click di SINI. Masukkan URL blog anda dan lihat keputusannya ya!

Tapi bukan itu yang aku ingin ceritakan. Yang aku ingin ceritakan adalah Tutorial betulkan H1 pada chkme. H1 sering menjadi masalah utama kepada mereka yang selalu menggunakan chckme. baik, jom tengok apa yang korang perlu buat untuk betul H1 pada chkme.

Mula sekali, korang click pada template dan click pada edit HTML. Kemudian cari code semacam di bawah ini:

<div id='header-inner'>
<a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'>
<img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId +&quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' 
style='display: block'/></a>

</div>

Macamana setakat ini berjaya tak? Mungkin ada yang tidak berjumpa jika ambil semua code di atas. Korang mungkin boleh copy <div id='header-inner'> sahaja dan cari coding yang lebih kurang sama seperti coding di atas ya!

Selepas jumpa, korang cuma perlu masukkan tag H1 pada awal dan akhir coding tersebut. Seperti ini:

<div id='header-inner'>
<h1><a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'>
<img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId +&quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' 
style='display: block'/></a></h1>

</div>

Selepas siap, korang boleh save dan lihat semula hasilnya di chkme. Semoga Tutorial betulkan H1 pada chkme dapat membantu korang semua. Terima kasih ya!

Friday, July 24, 2015

Header baru untuk blog ceritaejoy.

Header baru untuk blog ceritaejoy|Akhirnya! Hehehehe. Selepas mencari beberapa tutorial buat banner blog cara mudah, akhirnya aku berjaya juga menghasilkan banner sendiri. Wahahaha. Sebenarnya, tidak ada apa-apa makna pun, sebabnya ianya sekadar perkara kecil pada ramai blogger malaysia, tetapi bagi aku, ianya semacam sesuatu perkara yang besar, lebih-lebih lagi bagi blogger picisan semacam aku ni. Hehehe.

Sebenarnya, banyak juga blog yang aku singgah ni, rata-rata mencadangkan photoscape dan photoshop. Disebabkan komputer aku ni tak boleh nak install application tu, terpaksa la aku mencari lagi kalau-kalau ada rakan blogger yang berkongsikan cara mudah buat banner blog tanpa menggunakan application yang dinyatakan tadi. Alhamdulilah. Ketemu juga  


Selepas berusaha dan mempelajari langkah demi langkah, akhirnya berjaya juga aku hasilkan header baru untuk blog ceritaejoy ni. Tak terlalu sarat sebabnya aku suka yang simple sahaja. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diubah dan di tambah, tetapi biarlah dahulu, bila dah terasa bosan nanti, barulah di tambah dengan idea-idea yang lain. Hehehehe.

Baiklah, dah habis bercerita pasal header baru blog ceritaejoy ni, aku nak kongsikan pula cara-cara macamana nak hasilkan header untuk blog korang. Caranya tersangatlah mudah. Korang cuma perlu terbang ke blog ini : sinuhadentist.blogspot.com dan ikut langkah demi langkah seperti yang di ajarkan nuha. Yer. *kredit haruslah di berikan pada beliau, yelah dia yang ajar, takkan aku nak ambil macam tu je, kenalah kongsikan blog beliau pada yang lain juga, kan? hehehe*

Thursday, July 23, 2015

Apabila Pakar SEO malaysia sudi singgah ke blog kerdil ceritaejoy.

Pakar SEO malaysia|Ianya mungkin kedengaran seperti biasa bagi anda, tetapi cukup bermakna buat aku, manakan tidak, seorang pakar SEO malaysia ataupun dalam istilah mudah, otai blogger malaysia sudi singgah di blog ceritaejoy yang sememangnya terlalu kerdil. Sungguh! Aku rasakan blog aku ini, tak ubah seperti sebuah diari persendirian.

Rasa malu pun ada sebenarnya. Yelah, blog ceritaejoy ni *kalau ada yang perasaan la* masih dalam construction. Banyak perkara yang belum siap. Macam contoh, rumah belum siap, tapi dah ada orang tinggal kat dalam. Ha, macam itulah perumpaannya. Ini semua disebabkan oleh title aku *part time blogger* jadinya masa untuk benar-benar menghadap blog itu tersangatlah kurang. 

Jadi, apabila seorang yang memegang title yang pada aku sangat besar, Pakar SEO malaysia tu. Sudi singgah dan tinggalkan komen, terasa sangatlah aku menghargainya. Bukan kerana apa, semacam seorang anak murid berhadapan dengan seorang guru. Ha, semacam itulah rasanya diri aku sekarang.


Sebenarnya, banyak ilmu yang aku belajar dari beliau. Terlalu banyak ilmu SEO yang beliau kongsikan di blog. Dan terlalu banyak juga blogger copy paste yang ambil bulat-bulat dari blog beliau dan kongsikan di blog masing-masing *aku dah banyak jumpa ya*. Itu masing-masing la ye, aku pun tak boleh nak cakap banyak. Mungkin mereka juga ingin menjadi seorang Pakar SEO malaysia.

Apa pun, aku berasa sangat bertuah dan seronok harini. Ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus belajar dan belajar menjadi seorang yang bukanlah terlalu besar tetapi cukup sekadar di kenali orang. Insyallah. Jika boleh 1 hari, mungkin boleh berada sama level dengan Pakar SEO malaysia. Siapa tahu kan?

Asyik bercerita sahaja, siapa Pakar SEO malaysia yang aku maksudkan? Beliau adalah Hasrul Hassan

Thursday, June 4, 2015

Tutorial nama pada tab menu bergerak.

Tutorial nama pada tab menu bergerak|Ok, ini khas untuk mereka yang sukakan nama pada tab menu bergerak-gerak. Sebagai contoh, cuba lihat pada bahagian atas komputer anda. Perasan tak yang nama blog ceritaejoy bergerak-gerak? Ha, ini adalah tutorial nama pada tab menu bergerak.

Caranya mudah sahaja. Mula-mula kenalah login blog anda. Kemudian click pada bahagian template, dan click pada bahagian edit html. Ok, setakat ini berjaya tak? Hehehe.


Seterusnya, gunakan fungsi find (ctrl+f) dan cari code ini : </head>

Amacam? Ada jumpa tak? Jangan tersalah ya! Sebab ada 2 code ni. Satunya <head> dan satu lagi </head>.

Bila dah jumpa, Copy script di bawah dan pastekan betul-betul pada bahagian bawah </head>

<script language='JavaScript'>var txt=&quot; AYAT ANDA &quot;; var kelajuan=120;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);segarkan=setTimeout(&quot;bergerak()&quot;,kecepatan);}bergerak(); </script>

Sila letakkan ayat yang anda mahukan pada "AYAT ANDA". Anda juga boleh mengubah kelajuan ayat itu pada "kelajuan=120".

Selepas anda berpuas hati, bolehlah save dan lihat hasilnya. Hehehhe. Semoga berjaya ya!

Saturday, April 27, 2013

Cara guna HTML editor terbaru blogger

HTML editor adalah tempat dimana kita boleh mengubahsuai template mengikut citarasa sendiri.Blogger telah mengeluarkan HTML editor terbaru.Sebelum ini anda perlu tandakan Expand widget template jika hendak memaparkan keseluruhan kod yang ada pada template.Berbeza dengan yang baru kita boleh memilih untuk terus ke widget widget tertentu pada template.Jika sebelum ini anda menggunakan fungsi search (Ctrl+F) pada browser (contohnya seperti Mozilla Firefox) untuk mencari kod pada template,pada HTML editor terbaru ini kod tidak akan dijumpai jika menggunakan Ctrl+F pada browser.



 Untuk mencari kod pada HTML editor terbaru ikutilah langkah berikut ini



Klik dimana mana bahagian didalam HTML editor dan tekan butang Ctrl + F pada keyboard.Ruangan search akan dipaparkan pada bahagian atas ruangan HTML editor.

 
Taipkan teks yang hendak dicari pada ruangan search dan tekan butang enter.Teks yang dijumpai akan dihighlightkan.Bagaimana pun sesetengah browser tidak boleh digunakan untuk mencari teks pada editor baru ini.Saya menggunakan Mozilla Firefox dan ia berfungsi.Editor lama rasanya lebih senang digunakan dan sesuai untuk kebanyakan browser .

Thursday, February 21, 2013

Cara pasang widget Live Traffic

Widget live traffic memboleh anda mengetahui dari mana datangnya pengunjung sebaik saja mengunjungi blog anda.Jika anda ingin memasangnya.ikutilah langkah dibawah ini.

live traffic











 

1.Masuk ke web feedjit.com
2.Klik pada choose your Feedjit


traffic







3.Pilih feedjit completely free dan klik pada sign up


signup









4.Bahagian ini anda boleh mengubah saiz widget,background,jenis teks,border dan button



trafik blog




















Pada bahagian bawah kita boleh memilih untuk memasang widget ini pada blogger blog,wordpress dan sebagainya. Kemudian klik pada go

5.Kemudian muncul instruction for installing on blogger

pasang widget




















Klik pada butang click to open a new window and install on blogger.

6.Muncul Add Page element...Klik pada add widget
pasa blog













7.Live traffic telah siap dipasang pada blog anda



layout blog

Saturday, December 29, 2012

Cara pasang artikel terkait linkwithin

Widget ini akan memaparkan secara rawak artikel yang berada didalam blog anda.Pemasangan nya adalah baik kerana akan meningkat pageview bagi blog anda.Ia akan meningkatkan populariti blog yang memasangnya kerana kemungkinan pengunjung akan klik artikel lain yang terpapar pada widget ini.
 Cara memasangnya.
1.Masuk ke web linkwithin.com
2.Disebelah kanan akan terpapar satu form seperti dibawah ini


   Isikan maklumat berikut:
   Email:masukkan alamat email anda
   Bloglink:alamat blog anda yang bermula dengan http://
   Platform:pilih blogger
   Width: pilih bilangan artikel yang hendak dipaparkan.
Tick pada My blog has light text on a dark background jika blog anda mempunyai latarbelakang gelap dengan tulisan cerah.
Kemudian pilih get widget

3.Klik pada install widget

4.Pada page element pilih blog yang ingin dipaparkan linkwithin jika anda mempunyai lebih dari satu
   blog.Kemudian klik pada add widget

   
Masuk semula keblog anda widget tersebut akan terpapar.Kedudukan dibawah posting adalah yang terbaik.Jika berada ditempat lain anda boleh pindahkannya.

Cara memindahkannya:
Kemudian masuk pada dashboard blog anda
Pilih layout  dan kedudukan linkwithin akan terpapar.Anda Cuma perlu seret dan ubah kebawah ruangan catatan blog.


Friday, August 24, 2012

Membuat facebook page dan like box

Facebook like page adalah satu jaringan sosial yang penting bagi meningkatkan populariti  sesuatu blog atau web site.Pemasangan facebook like box pada blog akan membolehkan pengunjung mengklik like jika suka dengan blog anda


facebook like box



Cara membuat facebook page
1.Log in dahulu ke facebook anda
2.Pada senarai menu sebelah kiri terdapat pages----create a page
atau boleh juga masuk ke http://www.facebook.com /pages/create.php
3.Kemudian pilih brand or product
brand

4.Pilih website dari senarai option dan namakan page yang anda
   inginkan pada  brand or product name, 
5.Tandakan pada I agree with facebook page terms dan klik pada get started
 6.Kemudian anda akan dibawa ke paparan setup page anda
 7.Pada profile picture anda boleh masukkan imej untuk page anda
 8.Kemudian pada about masukkan keterangan berkenaan page anda
    (Boleh juga skip pada bahagian ini kerana anda boleh memasukkan
    kemudian pada page anda)
  9.Kemudian dapatkan dan salin url page anda pada ruangan url dibrowser.

 Langkah seterusnya:

Cara membuat like box
Masuk ke halaman berikut http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

Setting pada Facebook Like Box:
- Facebook Page url: Masukkan url page anda disini
- Width: Lebar like box
- Color scheme: pilihan warna terang atau gelap
- Show Faces: Jika anda ingin menampilkan imej profail bagi facebook
- Border color: Masukkan  kod warna jika ingin meletak border atau kosongkan untuk transparent.
- Show stream: Jika ingin memaparkan posting terakhir anda.
- Show header: akan memaparkan tulisan header "Find Us on Facebook".
   Preview akan terpapar di sebelah kanan form setelah disikan.
   Klik pada get code (salin kod likebox anda disini)

  Paparan kod akan keluar terdapat kod dalam kategori HTML5,XFBML,
  IFRAME dan URL .
  Salin kod  pada IFRAME

Memasukkan widget pada blog

Kemudian masuk kedashboard blog anda:
Bagi dashboard baru:
Pilih Layout….Add a gadget



..HTML/Javascript 

bagi dashboard lama:
Pilih design…page elements…add a gadget
Dan masukkan kod facebook like anda disini dan klik save

update 8/5/2013

Sunday, January 9, 2011

menghapus broken link dari blog

Mungkin korang ada menghapus artikel dari blog korang.Tetapi halaman itu sebenarnya masih  terindeks pada google.Hal yang sebegini akan menyebabkan terjadinya broken link.Broken link bermaksud pautan  tidak sah,rosak atau link mati Broken link pada laman blog atau web boleh menurunkan page rank dan juga hasil carian pada google.Selain dari itu juga broken link juga wujud pada komen pengunjung yang mana tidak mengkemaskinikan profail masing masing pada blog.


Untuk menghapusnya:

1.Buka laman google webmaster tools.Jika belum ada akaun google,daftarlah terlebih dahulu.
2.Pada dashboard pilih add a site.masukkan alamat blog korang disini hingga proses verifikasi selesai.abaikan jika sudah memasukkan blog sebelumnya.
3.Bila sudah dimasukkan nama blog akan muncul dibahagian bawah.Klik pada nama blog.
add a site

4.Kemudian muncul paparan dashboard blog disini.
5,Pada sebelah kiri menudashboard pilih Diagnostics--crawl errors-disini kita boleh lihat error yang ada pada blog


6.untuk menghapus nya,klik pada site configuration--crawler access-remove url-new removal request

7.masukkan link yang hendak dihapus--pilih opsyen pertama disini -tandakan pada The page returns a 404/410 ...  dan klik submit request
8.Link akan dihapuskan beberapa hari selepas itu.
#Bagi komen yang mempunyai broken link,terpaksalah di delete.Saya gunakan link checker di http://www.web-site-map.com/broken-links.php bagi mencari broken link .

Tuesday, September 14, 2010

Cara membuat butang buka dan tutup widget pada blog

Tips buat kali ini adalah cara bagaimana menyembunyikan widget pada side bar. Maksud saya disini ialah widget ini boleh dibuka dan ditutup dengan hanya klik pada butang tajuk widget pada sidebar dan boleh juga pada footer.Kebaikan dengan menggunakan cara ini sidebar nampak lebih tersusun rapi dan juga loading pun lebih laju kerana disembunyikan terutama widget yang mengandungi imej.

Kalau ingin membuatnya ikuti langkah seterusnya:
Sebelum membuatnya adalah disarankan backup template terlebih dahulu supaya dapat mengembalikan semula kepada yang asal jika ada kesalahan.
Pada Design--pilih edit HTML--dan tandakan pada Expand Template Widget

Kemudian cari widget yang hendak disembunyikan:
(boleh juga rujuk artikel sebelum ini)
-Untuk contoh ini, saya pilih widget Pelawat untuk disembunyikan
Cara lebih mudah gunakan Crtl +F untuk mencarinya,taipkan

title='Pelawat'

Kemudian enter.

Kemudian muncul kod seperti dibawah:
<b:widget id='HTML12' locked='false' title='Pelawat' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<!-- only display title if it's non-empty -->
<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
<h2 class='title'><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<data:content/>
</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>
Gantikan kod ini :
<h2 class='title'><data:title/></h2> (warna merah)
Dengan kod dibawah :
<h2 class='title'><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ if(typeof(rnd) == 'undefined') var rnd = ''; rnd = Math.floor(Math.random()*1000); rnd = 'id-' + rnd; document.write('<a href="#" onclick="tmp = document.getElementById(&quot;' + rnd + '&quot;); tmp.style.display = (tmp.style.display == &quot;none&quot;) ? &quot;block&quot; : &quot;none&quot;; return false;" style="float:right;margin-right:0px;font-weight:bold; color:#FFFFFF;">[Open -+]<\/a>'); /* ]]> */ </script><data:title/></h2><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<div id="' + rnd + '" style="display:none;">'); /* ]]> */ </script>
Tulisan berwarna merah boleh diganti mengikut kesesuaian.Kod color untuk font juga boleh ditukar mengikut keperluan.Pada kod ini adalah berwarna puteh:

Seterusnya salin kod ini :
<script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<\/div>'); /* ]]> */ </script>
dan letakkan sebelum kod :
</b:includable>
Kemudian preview terlebih dahulu dan seterusnya save template.


Thursday, May 27, 2010

Membuat table pada artikel

Mungkin pada masa membuat artikel kita perlu membuat jadual bagi memasukkan butir butir tertentu agar nampak lebih tersusun.Dengan cara ini artikel Nampak lebih kemas dan menarik.Berikut adalah cara bagaimana hendak membuat jadual.
Caranya amat mudah cuma perlu memasukkan sedikit kod..

Jadual(table) satu ruang(column):

Nama
 <table border="1"><tr><td>Nama></td></tr></table>
Dua column

NamaAlamat
 <table border="1" width="200">
<tr><td>Nama</td><td>Alamat</td></tr>
</table> 
Tiga column dan tiga baris

NamaAlamatUmur
AliKedah23
AhmadPerlis24
Anuarperak25

<table border="1" width="300">
<tr bgcolor ="#E0F8E0">
<td align="center">
<b>Nama</b></td><td align="center"><b>Alamat</b></td><td align="center"><b>Umur</b></td>
</tr><tr><td align="center">Ali</td><td align="center">Kedah</td><td align="center">23</td></tr>
<tr><td align="center">Ahmad</td><td align="center">Perlis</td><td align="center">24</td></tr>
<tr><td align="center">Anuar</td><td align="center">perak</td><td align="center">25</td></tr>
<tr><td align="center">Abu</td><td align="center">Pahang</td><td align="center">26</td></tr>
</table>

Selamat mencuba.

Monday, March 29, 2010

Membuat search engine pada blog

Tentu anda sudah tahu apa itu Search Engine Search Engine tidak boleh dipisahkan dalam dunia internet. Dengan Search Engine kita boleh mencari tentang suatu hal yang kita inginkan sesuai dengan keyword yang kita masukkan Berikut adalah bagaimana caranya membuat search engine di blogger . Caranya sangat mudah:

1. Login ke blogger klik Design,pilih page elements >kemudian pilih Add Gadget 

    Untuk dashboard blogger baru - klik pada layout dan pilih add a gadget 
2. kemudian paparan Add a gadget muncul-pilih basic.Dalam senarai tersebut pilih HTML/Javascript kemudian copy/paste script/kod berikut ini di dalam ruangan content.




<form action="http://namabloganda.blogspot.com/search"
method="get"> <input class="textinput" name="q" size="30" type="text"/> <input value="search" class="buttonsubmit" name="submit" type="submit"/></form>


Ganti namabloganda dengan nama blog Anda. Angka 30 menunjukkan panjang kotak (text box)search tersebut>kemudian jangan lupa klik butang save

Gambar Belangkas