Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Monday, December 1, 2014

PERCUTIAN PERCUMA DI MELAKA BERSEJARAH

TAKDE IDEA NAK PERGI MANA CUTI SEKOLAH INI?
ATAU TAKDE MODAL NAK BAWA ANAK-ANAK BERJALAN?

Takde masalah.... JOM KE MELAKA... !!

Melaka adalah antara negeri yang paling kerap dikunjungi pelancong, tak kiralah rakyat Malaysia sendiri atau dari luar negara. Sebab yang amat ketara ialah kerana Melaka amat kaya dengan sejarahnya yang unik. Selain daripada itu, Melaka juga mempunyai taraf hidup yang sederhana, dan ini membolehkan ramai orang berkemampuan untuk ke sini.

Sebenarnya Melaka mempunyai banyak tarikan PERCUMA untuk semua. Jadi, kalau korang kekurangan bajet untuk bercuti bersama keluarga atau kekawan, datanglah ke Melaka. Sekurang-kurangnya terdapat sepuluh (10) tempat/tarikan yang korang musti pergi tanpa memerlukan sebarang kos :

1. A Famosa - pintu kota pertahanan yang dibina oleh orang Belanda ini adalah satu tempat yang wajib dilawati kalau ke Melaka. Senang cakap, tak sah ke sana kalau tak tengok A Famosa.
 Depa mai dari Penang untuk posing depan A Famosa nih..

2. Panjat Bukit St. Paul - dah alang-alang kat A Famosa, pastikan panjat bukit itu. Atas bukit tu ada perkuburan saja, tapi pemandangan dari atas bukit itu terlalu menarik untuk dilepaskan. 
 Kat Bukit St Paul

3. Stadhyus - bangunan merah binaan Belanda sememangnya berwarna merah. Jangan lupa try cendol mamak yang kat depan Stadhyus ni tau. Memang terbaik!
Pemandangan di Red Square

4. Beca - ini saya punye faveret. Beca di Melaka amatlah cantik dihias pelbagai dekorasi dan meriah dengan lagu-laguan. Kat tempat lain memang takde cenggini. Hanya di Melaka! Kalau setakat tengok saja, memang PERCUMA. Kalu nak naik, harga RM40 untuk pergi balik 1 round. .
 Meriah tul beca depa.. (pic from richardtulloch.wordpress.com)

5. Sungai Melaka - terdapat kawasan pejalan kaki di sepanjang sungai Melaka. Kalau korang nak tau, sungai Melaka amat cantik dan airnya bersih, antara sungai terbersih di Malaysia. Pemandangan amat indah dan romantik. Ada yang kata, pemandangan diwaktu malamnya ada mirip2 Venice gitu...
 River by night (pic from tripadvisor)

6. Masjid Tengkera, Masjid Tanjung Kling dan beberapa masjid yang lain - sekali pandang mungkin ada yang menyangka bangunan masjid itu adalah bangunan tokong sebab siap ada pagoda. Pengaruh Cina meresap ke dalam binaan bangunan di Melaka sebagaimana budaya Melayu meresap kepada kaum Cina hingga terhasilnya Baba & Nyonya. Apa kata buat solat sunat Masjid di salah satu masjid ini?
 Pandangan Masjid Tengkera dari luar

7. Jonker Walk - di sini korang boleh menjamu mata melihat binaan bangunan lama dengan rekabentuk Cina. Di sini ada banyak kedai menjual barangan antik mampu milik, kedai-kedai makan kopitiam dan hotel bajet. 
 Chinatown Melaka - Jonker Walk

8. Pantai Klebang, Pantai Puteri dan beberapa pantai yang lain - sesuai untuk lepak2 dan piknik bersama keluarga. Petang2 pasti ada yang main layang2 di sini. Dataran 1 Malaysia terletak di Pantai Klebang. Ambillah peluang untuk melihat bas-bas lama dijadikan kedai makan dan kedai di Dataran 1 Malaysia ini. Kalau nak bermalam dalam bas pon boleh, cubalah BUSTEL.

9. Dataran Pahlawan  - tahukah korang yang Melaka adalah tempat di mana Perdana Menteri yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan negera? Haa... sinilah tempatnye!
 Gambo arkib nih..

10. Last sekali, Mahkota Parade. Mahkota Parade dah sinonim dengan Melaka.. sebab ia adalah antara shopping complex yang tertua di Melaka.. dan bertahan sampai sekarang.

Dengan adanya 10 tempat menarik di atas, saya rasa kita tak perlu takut lagi bila anak-anak ajak bercuti ketika kita pokai. Jom ke Melaka!



Thursday, October 23, 2014

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..




Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan

Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung

Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. Kebanyakan tempat-tempat lawatan di Melaka ni PERCUMA jer.. tak perlu bayar untuk masuk/tengok. Saya ada share 10 tempat menarik di Melaka yang tidak perlu keluar duit untuk tengok/masuk. KLIK DI SINI.
 

Tuesday, October 14, 2014

APARTMENT SEWA HARIAN (HOMESTAY) DI KLEBANG MELAKA

Sah ada plan cuti-cuti famili pada cuti sekolah hujung tahun ini? Apa kata bawa anak-anak ke Melaka untuk mengenali sejarah negara dengan lebih dekat lagi.

Jika anda hendak ke Melaka dan mencari tempat untuk menginap, bolehlah mencuba apartment ini. Lokasi yang strategik. Murah dari menyewa hotel, terutamanya bila menginap beramai-ramai.

Jom menyewa apartment yang dilengkapi swimming pool ini. Anak-anak pasti gembira!


GOLDEN SHOWERS APARTMENT

Terletak di Klebang Kecil, Melaka.
5min pemanduan ke Pantai Klebang
Hanya 5-10min pemanduan kereta ke Banda Hilir / Mahkota Parade / Hospital Mahkota
Within walking distance to the famous Klebang Coconut Shake

3 bilik tidur ( 2katil Queen + 1 katil Single)
Fully furnished - boleh memasak
Terdapat swimming pool dan taman permainan kanak-kanak
Gated dan guarded - keselamatan anda terjamin

 Suasana menghijau yang menyejukkan mata memandang..

 Ruang makan dan ruang tamu

 Sofa di ruang tamu

 Dapur untuk memasak

 Bilik utama dan bilik kedua

Bilik ketiga

Harga sewaan :
Malam pertama : RM200/night
Malam kedua dan seterusnya : RM100/night

Deposit : Separuh daripada jumlah sewaan perlu dijelaskan jika mahu confirmed booking.

Cancellation : Pembatalan yang dibuat sekurang-kurang 1 minggu sebelum tarikh menginap akan dipulangkan deposit 100%.Deposit hangus jika pembatalan dilakukan kurang dari seminggu.

Nota :
  • Ini adalah walk-up apartment di tingkat 3 (jadi tidak sesuai untuk ibu mengandung, warga tua atau Orang Kurang Upaya)
  • Bagi menghormati privacy dan keselesaan penghuni dan anda, maksimum 10 orang sahaja dibenarkan menginap di sini.
  • Maksimum 2 keping car access card akan diberikan kepada penyewa.
Jika berminat, sila SMS/Whatsapp di 012-697 0005 (prefer whatsapp).

Selamat bercuti di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah!

Saturday, September 6, 2014

TRIP KE ZOO MELAKA PADA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah yang pendek kali ini kami ke Zoo Melaka. Ini adalah untuk memenuhi permintaan Ammar yang mahu ke sana. Kebetulan baru je belikan mereka buku bergambar tentang haiwan, jadi Zoo adalah pilihan terbaik untuk memberikan mereka gambaran yang lebih jelas tentang rupa-paras haiwan-haiwan yang tertera dalam buku tu.



Kami tiba di Zoo dalam pukul 10am, dan masa tu parking dah hampir penuh. Inilah penangan cuti sekolah kepada tempat-tempat lawatan di Melaka. Memang susah nak cari parking. Sementara En. Suami cari parking, saya pergi beli tiket. Kos tiket masuk ialah RM15/adult dan RM6/child. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk free. Masuk tak boleh bawa makanan atau minimum dari luar. Dorang check beg satu persatu (tapi saya berjaya juga smuggle 1 botol air mineral.. huhu..)

Masuk-masuk je terus nampak burung kakak tua. Sebelah kanan ada playground. Bebudak pon terus jadi tak keruan, sebab dorang memang pantang nampak playground mesti nak pergi main. Tapi alhamdulillah saya berjaya beri macam-macam alasan dan mereka meneruskan pengembaraan tanpa bantahan atau tunjuk perasaan.


Pengembaraan mengenali haiwan pon di teruskan... let the pictures tell all la ek..

 Di kandang haiwan berleher paling panjang di dunia..

Tanduk seladang yang besar dan kuat

 "Apa pandang-pandang?" mungkin itulah yang dikatakan mamat ni..

Brader ni tak peduli kat orang..

Zoo Melaka punya layout agak mesra pelawat. Ia direka agar sekali round kita dah boleh cover semua. Tak perlu nak patah balik atau pusing-pusing. Ada tram disediakan jika tak larat nak jalan. RM5/pax. Boleh turun di mana-mana pon dan naik semula bila-bila masa. Tapi untuk memaksimumkan pembelajaran, sebaiknya jalan kaki lah. Kami memang habiskan ronda dengan berjalan kaki.

Tram Zoo Melaka bermotifkan harimau belang

Antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak ialah harimau, singa dan gajah. Tapi biasalah haiwan-haiwan kat zoo langsung tak menunjukkan keghairahan mereka dikunjungi ramai. Dorang duk terlepek je kat situ. Dah boring kot.. hari-hari tengok orang datang tengok depa. Dah takde feel.. huhu...

Harimau bintang kelihatan gelisah ~ mundar-mandir sepanjang kami berada di kandangnya.

Kesimpulannya, worth it la bawa budak2 yang baru nak mengenal dunia ke sini. Dorang memang enjoy. Seronok aper, tengok haiwan-haiwan secara live. Selama ni tengok kat dalam buku dan TV jer. Mana sama dengan tengok depan mata.

Sunday, December 15, 2013

MELAWAT PLANETARIUM MELAKA; TRIP 1 JAM JER

Sejak berbulan-bulan dulu Ammar dah bising ajak pergi Planetarium di MITC. Dia dah pernah ke sana mengikut rombongan sekolah tadika, dan semenjak itulah dia beria-ia mahu mengajak ahli keluarga yang lain merasa keseronokan menonton wayang dari skrin bulat sambil tidur. Haha.. saya dengar pon rasa teruja. Betul ke ada skrin bulat besar dan boleh baring2 semasa menontonnya?

"Nanti banyak stars jatuh2 atas kita, tapi tak jatuh pon", haa.. begitulah Ammar explain tentang tayangan tu. Kan ke best tu... huhu..

Arini bila Ammar sebut lagi pasal Planetarium, saya pon terus kata 'OK'. Lagipun hari ini takde aktiviti khusus memandangkan En. Hubby takde di rumah. Lepas Zohor, kamipon bertolak ke sana.

 

Planetarium ni terletak di tengah-tengah roundabout besar di MITC Ayer Keroh. Kalau dah sampai kat MITC tu, takkan terlepas punyelah..

Entrance ke bangunan Planetarium.. wow!

Amir wat cat-walk pulok.. huhu..
Anyway, tu tengok tangga dah ngeri beb. Selamat mendaki.

Bayaran masuk hanya dikenakan untuk yang berumur 7 tahun dan ke atas. So anak-anak saya semua free belaka.

 Kiri : Jadual bayaran masuk
Kanan : Jadual tayangan 3D

Masuk-masuk sahaja kami terus tengok2 pameran dan baca apa2 yang patut. Memang sesuai untuk kanak-kanak sebab kebanyakan info agak basic. Tapi orang dewasa macam saya pon seronok juga tengok sebab dah lupa dah pasal semua ni.. dulu kat sekolah menengah memang ada belajar. Tapi sekarang dah lupa. Dalam setengah jam baca-baca apa yang patut dan layan anak-anak berlari-lari dalam bilik pameran yang suram2 cahayanya tu, kitorang pon naik ke atas untuk 'tayangan dari skrin besar sambil tidur'.

Ammar kata dia nak jadi Astronaut.. tapi dia wat gaya Ultraman... hmm..

 Anak-anak sedang memandu spacec shuttle.. huhu..

"Mama.. tu bumi.. tu bumi!"

Tayangan dari skrin besar sambil tidur yang Ammar katakan itu adalah tayangan 3D di skrin cembung. Skrin tu yang membentuk bumbung kubah bangunan Planetarium ni. Tayangan di tingkat 2, boleh naik tangga atau naik lift. Takde pantang-larang untuk naik.. dari baby sampailah orang tua, semua boleh masuk belaka. Kerusinya pula agak horizontal sket, so kita akan memandang skrin yang berada di atas.

Keadaan dalam dewan tayangan (sebenarnya di sini zon larangan mengambil gambar.. huhu..)

Mereka menayangkan dokumentari pasal planet2 dan galaksi2.. dari mula terjadinya planet bumi hinggalah ke kejadian galaksi2 di dunia ini. Masha Allah, maha besar Allah.. bila tengok tayangan ni, saya rasa amat insaf. Kita ni umpama debu halus yang tak nampak dek pandangan bila dibandingkan dengan besarnya alam semesta ini.



Tayangan tu dalam 30min. Lepas selesai menonton, kitorang pon keluar. Tepat 1 jam kami berada di sini. Iyelah, Planetarium ni kecil je.. bukan macam yang kat KL tu.

Secara keseluruhannya, saya rekemen tempat ini pada ibu-bapa untuk bawa anak-anak ke sini sebagai pendedahan tentang keajaiban dunia yang kita huni secara sementara ini. Secara rohaniah nye boleh memberikan pengajaran agar kita sentiasa sedar yang kita ni kerdil sahaja, jadi janganlah kita berasa besar diri dan merasa kita bagus sangat..

Signed off!

Monday, December 17, 2012

Menara Taming Sari


Ahad lepas aku dan anak-anak meronda di Melaka nak naik menara taming sari katanyer... alhamdulillah bior pun orang ramai penuh sesak dengan si kembar mengamuk nak tido kitorang redah gak demi menara taming sari :)

abaikan jer pic aku tuh... dlm proses turunkan berat badan ! :)

Harga tiket bagi dewasa Rm10 hengget dan kanak-kanak Rm5 hengget jer. tapi kena sabor la beratur menunggu giliran.

sampai tertido si rara

Bila kita sampai di atas, menara ni akan berpusing 360 darjah haa.. jangan risau takkan pening punya, duduk jer diam-diam situ sambil menikmati pemandangan bandar melaka.


danish asyik masyuk...

mamat ni dlm hati ada taman arr...

Hajat hati nak naik river cruise si kembar dah meragam lapar, ngantuk dan kepenatan gamaknyer maka terpaksa la di tunda di lain kali... yang penting kita enjoy dan makanan sana pun sedap-sedap belaka..



p/s: kena gerak awal kalau nak kesana takut sangkut dalam jem..

Gambar Belangkas