Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Berurut lepas pantang..

picture credit to pokcik google

Seksa dalam pantang abis dah..." macam la berpantang sangat yer.. siap merayap ape cer ? " heheh.. menjadi kebiasaan pada deena sejak anak pertama dulu habis jer pantang, deena akan berurut 3 hari berturut-turut. dan amal bertungku tiap bulan seelok nya lepas habis datang bulan dan makan jamu harus gitu.. :-)

Alhamdulillah bila kita ikut kata org tua-tua nakkan badan sihat luar dan dalam, semasa dalam pantanglah terutama dari anak pertama perlu jaga btul-btul dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...  sure body tak lari punya la ! dan badan sihat..huhu.. cer tentang bentuk badan lepas bersalin ni, rasa nya tentu ramai yg risau bila badan tak seperti dulu, nak plak tang perut mcm ngandung 3 bulan ko.. aset tuuu ! klu prut buncit terpaksa la lupakan niat nak pkai kebaya ke aper haa.. gi la slimworld dulu ker.. or rajin-rajin buat senaman =)

Kat sini dapat plak tukang urut orang lama, umur tok ni tak silap 70 lebih tapi kuat lagi kudrat dia. memang berbeza cara urut tok ni dari tukang urut lain. banyak gak la petua dan pantang larang dia turunkan, insyaallah deena akan amalkan di samping petua-petua yang lain. tak rugi klu kita pandai bela badan baik dari segi luaran dan dalaman... 


p/s: segar badan pas urut dengan tok tadi...

Saturday, March 26, 2011

Gamat...


Sambil perah susu yasmin pagi tadi, tingat lak air gamat dan ibu gamat yang abang beli. sejak yasmin masuk hospital dan mula minum susu badan, deena tak berani nak makan jamu bersalin. so buat sementara waktu makan vitamin c dan air gamat dulu.

Janji dah urut dan pakai bengkung ni, sedap skit badan. klu tak masa tunggu yasmin di wad ari tu rasa nak tumbang, ngan badan sakit2, kebas dan sakit nak berjalan. pic ibu gamat yg dalam plastik tu direbus dan minum air nya, deena blom buat lagi tah ape la rasa nya ekkk :). Setakat air gamat dalam botol tu okay lagi bau tak kuat sangat. nak tak nak untuk kesihatan deena mesti minum gak..

Tentang menu makan tengahari deena hanya makan yang rebus, seperti sayur sawi, ikan bilis,ikan tenggiri. nak bagi sedap tambah la lada hitam,daun kunyit,asam keping atau serai, kira lauk orang pantang tu jer la yang bleh makan . Ikut kan takde selera nak makan, mikir kan yasmin di hospital, klu tak makan nnt mana nak datang susu utk yasmin. 

Dalam sehari deena perlu sekurangnya 1-2 botol walau susu tak banyak kdg tak sampai 1 oz pun deena cuba perah sebanyak yg boleh. Dan skang deena perlu makan lebih sayur sawi, kurma sehari sebiji dan lebih kan air masak untuk tambah air susu badan.

p/s: sesape yg ada petua mcm mn nk tambah air susu badan share la kat sini yer...

Gambar Belangkas