Showing posts with label Jejak Masjid Perak 2014. Show all posts
Showing posts with label Jejak Masjid Perak 2014. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014




Macam yang awok pernah war-warkan sebelum ini....
Program Jejak Masjid Perak 2014 merupakan inisiatif  Tourism Malaysia Perak, Tourism Perak Management Berhad & Port Koloni Karyawan Amanjaya  dan telah dirasmikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Perak pada 3 Julai 2014 yang lalu......

bila dah nama Jejak Masjid ....
pastilah ada trail masjid-masjid yang akan kita lawati dan kita imarahkan..
dibawah ini awok sertakan jadual perjalanan/lawatan ke 7 buah masjid yang telah dipilih...
apa yang awok tau...
masjid-masjid ini dipilih berdasarkan keunikan serta nilai sejarah yang ada pada masjid-masjid tersebut........
ada masjid yang dipilih telahpun berusia lebih dari 100 tahun.....

1. Masjid Pakistani, Ipoh - 11/07/2014
2. Masjid Muhammadiah / Masjid Cina - 18/07/2014 (3.00 - 4.00 ptg)
3. Masjid Sultan Idris Shah  II / Masjid Negeri - 18/07/2014 (5.00 - 6.00 ptg)
4. Masjid India Muslim, Ipoh - 19 Julai 2014 (3.00 - 5.00 ptg)
5. Masjid Dato Panglima Kinta, Ipoh - 19 Julai 2014 (5.00 - 7.00 ptg)
6. Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar - 22 Julai 1014 (10.00 pagi - 12.00 tgh)
7. Masjid Kg Paloh, Ipoh - 23 Julai 2014 (4.00 - 5.00 ptg)

moh kome....ramei2 kita memeriah dan mengimarahkan Masjid!!!!!!!

Friday, July 4, 2014

Perak Mosque Trail / Jejak Masjid Perak 2014




Alhamdulillah ....
Semalam bertempat di PORT (Place Of Remarkable Talent) di Ipoh...
telah selamat dilancarkan program Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014 ....
Program inisiatif PORT dan Tourism Malaysia Perak ini...
Insyallah akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ni...

sebanyak 7 buah Masjid (dalam banner kat atas tertera 8 buah masjid) telah dipilih untuk program perintis....
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid India Muslim Ipoh, Masjid Pakistani Ipoh, Masjid Negeri Ipoh, Masjid Paloh Ipoh, Masjid Dato Panglima Kinta Ipoh, Masjid Muhammadiah Ipoh (Masjid Cina Muslim)...
pelbagai program Insyallah akan diatur untuk mengimarahkan Masjid selain dari meraikan Masjid2 yang ada nilai sejarah...
kebanyakan masjid yang dipilih merupakan antara masjid yang berusia lebih dan hampir 100 tahun.....

lebih meriahnya semalam....
sebabnya Majlis Pelancaran ni juga serentak dengan Program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil......
selain itu jugak, semalam Imam dari Syria didatangkan khas untuk mengetuai Solat Tarawikh ....
serta ada persembahan bercirikan Islamik dipersembahkan....

Majlis Pelancaran telah dilakukan oleh YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian ....
Dato' Nollee Ashilin Dato Mohamed Radzi bersama-sama dengan Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) Encik Zul Said, Pengarah Tourism Malaysia Perak Tn Hj Ibrahim Seddiqi Talib dan Pengerusi Buraq Oil Encik Khairul ......
Gambo copy dari FB bro Dino ...
photographer rasmi Program Ziarah Ramadan3 Buraq Oil ...
antara pihak media dengan pihak agensi pelancongan yang hadir....
awok?? macam biasa... menyelit ....hikhihkikh....

Ana Raffali turut sama mengikut program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil ....
Gambo copy dari FB bro Dino ...

Gambar Belangkas