Showing posts with label citer la. Show all posts
Showing posts with label citer la. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Jasa dan pengorbanan guru

credit to google

" Selamat pagi cikguuuu..." itu lah ucapan yang wajib murid-murid ucapkan tiap kali cikgu masuk kelas, bila habis waktu kelas sebelum cikgu beredar skali lagi ucapan terima kasih berkumandang dgn irama yang tersendiri . mengimbau dizaman persekolahan dulu tahun 1980 deena mula bersekolah darjah 1 di Sek. Keb Puchong sehinggalah tahun 1985 dan seterusnya di Sek. Men.Puchong Bt 14.

Banyak kenangan manis dan kelat hehe.... tika zaman persekolahan dulu, yang kelat bila selalu kena denda berdiri atas kerusi dan piat telinga. anti tul ngan cikgu tu !  Balik dari sekolah plak ajak kengkawan mandi sungai sambil menangguk anak ikan pelaga.. comey ikan tu warna warni lagi haaa.. malam gi ngaji, slalu kena sergah sebab malas melancar ayat ,asyik blur jer keje.. rindu dan masih ingat lagi pada cikgu zainun, cikgu mastura, cikgu shaari, cikgu patmanathan, ustazah halimah, cikgu razali..


credit to google
Kalau nak tau cikgu patmanathan pandai tulis tulisan jawi, klakar pun yer gak cikgu ni. ape la kabar dia skang. kenangan yg paling deena tak bleh lupa bila cikgu memilih karangan deena dan membaca di depan kawan-kawan, sampai sebak cikgu baca.. ! rasa nya biasa-biasa jer deena karang kisah penderitaan hidup sebuah keluarga dan rasa dihargai sangat masa tu.   Peranan dan tanggungjawab seorang guru di samping mendidik anak bangsa bknnya mudah, banyak pengorbanan dan halangan perlu hadapi untuk memastikan anak didik berjaya hingga ke manara gading dan menjadi manusia yang berguna.. " Tak terbalas jasa-jasa mu cikgu "... Selamat hari guru....


Guru Oh Guru ~ Usman Awang 1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.....

Dialah pemberi setia..
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca..

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...


p/s : guru ibarat lilin membakar diri  untuk menerangi orang lain.. hargailah jasa guru

Sunday, January 30, 2011

Kelebihan dan kekurangan Kidal

kredit to google
Deena kidal sebenarnya, boleh kata semua kerja guna tangan kiri terutama menulis, makan ngan sudu or pegang sesuatu, kecuali makan dengan tangan ( tangan kanan). zaman sekolah dulu malu gak ada yang ejek kita guna tangan t***k.. ampehhh btul !  ;-)

Orang-orang tua selalu ingatkan jangan biasa guna tangan kiri tak sopan bila orang tengok. even dalam islam pun mengajar kita tiap pekerjaan baik elok di mulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan. dan melarang makan dengan tangan kiri.. lain2 tu insyaallah deena cuba ubah tapi bab menulis memang dah dari azali xkn bleh tukar ke tangan kanan. nak buat mcm mana kan, penah gak cuba tulis tangan kanan memang x bleh langsung ! bila tengok anak2 guna tangan kiri cepat2 deena suruh tukar tangan kanan.. :)

Deena nak share info tentang kekurangan dan kelebihan individu kidal ni :-
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah); Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar


. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.


p/s: sambil makan bleh menulis... :)


Gambar Belangkas