Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Reunion Findlay-Bowling Green

12hb Feb 2013, satu hari yang sangat bermakna bagi ku dan suami.  Alhamdulillah, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan semasa di USA 26 tahun yang lalu ... 
1986 - 2013 

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Allah kerana masih memanjangkan umur  dan memurahkan rezeki kami untuk bertemu kembali ...
Sebenarnya ini adalah reunion teman seuniversiti suami, di Findlay College, 1981 - 1982, kemudian masing-masing berpindah universiti, ramai yg berpindah ke Bowling Green Uni dan Ohio State Uni di Columbus Ohio ..manakala saya pada mula di hantar ke Heidelberg College di Tiffin, Ohio .. lebih kurang 1/2 jam perjalanan ke Findlay , dan Bowling Green... Tiffin terletak di tengah-tengah, sebelah barat Daya Findlay  dan Defiance, sebelah barat Bowling Green, sebelah utara, Toledo, selatan Columbus dan Athens... 
Disebabkan kami berempat sahaja di Tiffin (ya, kami pioneer dan tiada seniors semasa kami datang) maka setiap kali weekend atau cuti semester, kami akan pergi ke tempat-tempat berdekatan yang ramai seniors ... seperti Findlay dan Bowling Green. Jadi rakan2 suami adalah rakan2 kami juga ...
5 orang di atas akan berumur setengah abad, 50 tahun pada tahun ini,
manakala 3 orang akan berumur 49 tahun ...
tetapi mereka kelihatan masih tegap dan sihat , Alhamdulillah..

Antara makanan yang ada, acara pot luck, nampak tak Apple Pie, atas meja tu? 
(kemaruk buat Apple Pie skrg...)
Kaum ibu makan di ruang makan ... 
Red Velvet Cake 6 lapis, anak Bro Megat yg buat ...sedap ...
Alhamdulillah

Berbual, berborak sakan hingga tak sedar sudah ke petang.  Solat Asar berjemaah bersama-sama berimam kan Imam Muda Ammar Al-Hafiz ...
Akhirnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 7 petang...kami pun mula beransur pulang ...
masing-masing membawa lebihan makanan yang melimpah ruah ...rezeki murah , Syukur Alhamdulillah...
Tuan rumah, Kak Suba buat soto dan roti jala, kak Anoi bawa karipap sardin yang sangat sedap... Saya bawa Apple Pie, Bro Gee bawa Aglio Olio , Bro Shidi@Pak Lang bawa spagetti ,  Bro megat bawa 3 biji kek pelbagai rasa ... Red Velvet, Kek Coklat dan Orange Sponge Cake..ada yang bawa sate ..dan lain-lain ...
Masing-masing pulang dengan perasaan puas hati dan masih terbayang kenangan bersama-sama di Ohio 26 tahun dahulu ... NOSTALGIA!!!

Tuesday, September 11, 2012

Semester Baru

Alhamdulillah, Syukur. masih dapat bernafas menempuh semester baru bermula semalam, Isnin 10hb September 2012. Selepas lebih kurang 2 bulan cuti semester, hari ini dapat bertemu semula kumpulan pelajar-pelajar yang sangat saya teruja bertemu mereka. Alhamdulillah juga pada semester ini saya mendapat kursus baru untuk di ajar dan bertemu dengan kumpulan pelajar yang sama dengan semester lepas. 
Saya sangat teruja untuk bertemu mereka semula, kerana ini adalah kumpulan yang pertama sepanjang hayat saya menjadi pensyarah, di mana keputusan peperiksaan final semester lepas adalah yang terbaik! lebih 50% daripada pelajar dalam kumpulan ini telah mendapat A-. A dan A+ dalam subjek yang saya ajar pada semester lepas...
TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan CS2303A.

Mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat ceria, sentiasa memberikan maklum-balas dengan cepat apabila disoal dsbnya...kerana itu sepanjang 1 semester mengajar mereka , saya langsung tidak berasa bosan ... mereka saya anggap seperti anak-anak saya sendiri...
Semoga dengan bermulanya semester baru ini akan memberikan satu pengalaman baru bagi saya dan anak-anak murid saya nanti ...
Yang paling kita doakan adalah, ilmu yang diajar dan diterima semuanya diBerkati dan diRahmati oleh Allah SWT...semoga ianya menjadi ilmu yang berguna dan dapat dimenafaatkan oleh anak-anak muridku di masa hadapan...InsyaAllah..

Wednesday, March 23, 2011

Ekspo Selangkah ke UiTM 2011

Alhamdulillah ...Keputusan Peperiksaan SPM telah pun diketahui semalam. Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada yang telah berjaya meraih keputusan yang cemerlang, dan tidak lupa mungkin yang tidak menyerlah hendak mencuba sekali lagi atau meneruskan ke alam pekerjaan. 
Semua calon-calon SPM 2010 telah pun mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing.  Sekarang adalah masanya pula calon-calon SPM 2010 ini memikirkan hala tuju masa depan masing-masing pula.... samada mereka hendak meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi lagi, atau ada pula yang hendak menceburi bidang perniagaan dll...
namun majoriti semestinya sedang berkira-kira kursus apa yang hendak dipohon nanti yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Adakah hendak ke IPTA atau IPTS? Dalam negara atau luar negara?
Oleh itu, marilah beramai-ramai memeriahkan lagi Ekspo Selangkah ke UiTM hujung minggu ini...

Ekspo Selangkah ke UiTM 2011

Ekspo ini juga di adakan serentak di seluruh negara di kampus-kampus cawangan UiTM. Sila klik pada image di atas untuk mengetahui tarikh dan tempat Ekspo di negeri masing-masing.

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/406-ekspo-selangkah-ke-uitm-2011

Wednesday, December 1, 2010

Kampus kembali sunyi

Peperiksaan akhir telah berlalu, pembentangan projek tahun akhir juga sudah berlalu, begitu juga pembentangan untuk pelajar post-graduate (MSc dan Phd) juga sedah berlalu, 
meeting peperiksaan juga sudah habis, 
ALHAMDULILLAH...

kini boleh memberi tumpuan kepada penulisan yang paling penting...
kampus sunyi, 
tiada deretan kereta dan motorsikal yang memenuhi jalan dan parkir ...
datang ke pejabat ...rasa aman saja...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,
Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, para sahabah, muslimin dan muslimat.
Engkau Kurniakanlah kesihatan yang baik, kelapangan masa dan serta ketenangan fikiran,
dan semoga kelancaran ilham dan kata-kata yang dapat menambahkan lagi  ilmu hambaMu yang dhaif dan hina ini ...
Engkau Permudahkan segala urusan kami Ya Allah..

Amin.

Friday, November 12, 2010

Formal atau kasual?

Dalam pemerhatian saya, kebanyakan bloggers adalah terdiri dari pelajar-pelajar peringkat tertiary (pelajar universiti/kolej/etc). Oleh itu saya ingin mendapatkan maklumbalas dari bloggers yang terdiri dari pelajar ini (yang bukan pelajar pun boleh juga bagi pendapat anda). 

(ini adalah emel yang saya terima dari rakan sekerja saya)
Lebih 300 pelajar semester ini dihadapkan ke lembaga tatatertib yang bersabit dengan kegagalan hadir ke program wajib fakulti dan juga tidak mematuhi pakaian sesuai ketika kuliah seperti pakaian sangat mencolok mata (siswi), berselipar dan berambut panjang (siswa). Ramai tu. Apakah masalah ini harus diberi perhatian serius atau ia masalah picisan untuk seorang sarjana fikirkan. 
Gilles Lipovetsky dalam buku yang sangat menarik "The Empire of Fashion: Dressing Modern Democracy"  tapi cukup perit juga untuk saya fahami dalam kata penghantar menulis:

"The questions of fashion in not a fashionable one among intellectuals. Fashion is celebrated in museums, but among serious intelelectual preoccupations it has marginal status. It turns up everywhere on the street, in industry and in the media, but it has virtually no place in the theoretical inquries of our thinkers. Seen as an ontologically and socially inferior domain, it is unproblematic and undeserving of investigation; seen as a superficial issue, it discourages conceptual approaches."

Buku ini di tulis oleh seorang profesor Perancis dalam bidang falsafah sosial, yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jadi masalah fashion pakaian yang melanda tidak menjadi perhatian kita kerana dianggap isu kecil yang tidak sangat harus diberi perhatian. Beliau mengemukakan persoalan  "Why in the West and not elsewhere?"  Masalah fashion adalah asalnya masalah orang Barat sebenarnya.

Sebenarnya pelajar yang berpakaian tidak semenggah (tak senonoh dalam bahasa Jawa) adalah sebahagian besarnya pelajar yang ada masalah disiplin lain. Kalau ditanya mereka kenapa tak pakai baju kurung. Mereka jawab: "Ada sepasang aje. Tak ada masa nak gosok." Pakai seluar jeans lusuh ni tak perlu gosok dan basuh selama dua minggu pun tak apa. 

Hai, macam sibuk benor dia orang ni. Orang yang tak ada masa nak gosok baju seperti ini, orang itu  juga  tak ada masa nak baca buku dan tak ada masa untuk semua perkara. Jawaban tak ada masa itu tandanya orang malas.

Saya suka meronda untuk membuat pemantauan. Kalau 8.00 pagi, pelajar siswi yang datang berduyun-duyun kebanyakannya memakai baju kurung. Nak tangkap yang pakai tak senonoh, kena tunggu lewat sikit. Jam 9.00 - 9.30 pagi, barulah muncul pelajar yang datang lewat ni dengan seluar jeans ketat dan lusuh, dengan seliper Jepun atau rambut pelbagai fesyen. Tanpa rasa bersalah, masuk ke bilik kuliah yang sudah sejam berlalu. Inilah pelajar yang sama berpakaian tak senonohdatang lewat dan selalu ponteng. Duduk pun belakang-belakang. Mereka tidak serius dalam serba serbi. Jadi pakaian itu hanya satu tanda (symptom) sahaja yang menunjuk kepada masalah lain  yang lebih besar.

Saya petik daripada buku "The Lord's University: Freedom and Authority at BYU (Brigham Young University):
"We have found out through some careful checking we have been doing, that those who violate dress standards
are often those who are traffic violators; that very often they are those short on church attendence, often also
they are those who have poor academic records"

Saya ingin mengalu-alukan kalau ada yang ingin mengkaji tentang korelasi perkara di atas. 

Oleh kerana kuliah kita di UAA ini adalah suatu sistem pendidikan formal, kelas formal, maka pakaian juga harus formal. Kalau mahu belajar santai-santai di rumah, pakailah yang santai. Saya anjurkan supaya pakaian formal siswi adalah baju kurung dan siswa pula pakaian yang bersesuaian. Kalau kita benarkan mereka berseluar jeans ke kuliah: itu pakaian kasual. Kalau kita beri kelonggaran: kita pasti sukar mengawalnya. Seorang karyawan atau pekerja pejabat bekerja selama 8 jam. Pengawal pula harus bertugas 24 jam. Kerja kawalan (control) adalah 3 kali lebih lama berbanding kerja lain. jadi kita ada dua pilihan:

1. Beri kebebasan dan kita terpaksa habis masa, tenaga dan fikiran mengawal mereka.
2. Tetapkan peraturan pakaian formal dan kita boleh relaks sikit dan boleh tumpukan perhatian untuk kerja yang lebih produktif.


Akhirnya apa yang berlaku adalah, kita beri kebebasan kepada mereka, tiada siapa mengawal sepenuh masa dan kita terus hilang kawalan. Kita penat-lelah buat persiapan mengajar, tapi pelajar tidak siap untuk terima ilmu. Ini macam angin lalu.

Wassalam

Gambar Belangkas