Dalam pemerhatian saya, kebanyakan bloggers adalah terdiri dari pelajar-pelajar peringkat tertiary (pelajar universiti/kolej/etc). Oleh itu saya ingin mendapatkan maklumbalas dari bloggers yang terdiri dari pelajar ini (yang bukan pelajar pun boleh juga bagi pendapat anda).
(ini adalah emel yang saya terima dari rakan sekerja saya)
Lebih 300 pelajar semester ini dihadapkan ke lembaga tatatertib yang bersabit dengan kegagalan hadir ke program wajib fakulti dan juga tidak mematuhi pakaian sesuai ketika kuliah seperti pakaian sangat mencolok mata (siswi), berselipar dan berambut panjang (siswa). Ramai tu. Apakah masalah ini harus diberi perhatian serius atau ia masalah picisan untuk seorang sarjana fikirkan.
Gilles Lipovetsky dalam buku yang sangat menarik "The Empire of Fashion: Dressing Modern Democracy" tapi cukup perit juga untuk saya fahami dalam kata penghantar menulis:
"The questions of fashion in not a fashionable one among intellectuals. Fashion is celebrated in museums, but among serious intelelectual preoccupations it has marginal status. It turns up everywhere on the street, in industry and in the media, but it has virtually no place in the theoretical inquries of our thinkers. Seen as an ontologically and socially inferior domain, it is unproblematic and undeserving of investigation; seen as a superficial issue, it discourages conceptual approaches."
Buku ini di tulis oleh seorang profesor Perancis dalam bidang falsafah sosial, yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jadi masalah fashion pakaian yang melanda tidak menjadi perhatian kita kerana dianggap isu kecil yang tidak sangat harus diberi perhatian. Beliau mengemukakan persoalan "Why in the West and not elsewhere?" Masalah fashion adalah asalnya masalah orang Barat sebenarnya.
Sebenarnya pelajar yang berpakaian tidak semenggah (tak senonoh dalam bahasa Jawa) adalah sebahagian besarnya pelajar yang ada masalah disiplin lain. Kalau ditanya mereka kenapa tak pakai baju kurung. Mereka jawab: "Ada sepasang aje. Tak ada masa nak gosok." Pakai seluar jeans lusuh ni tak perlu gosok dan basuh selama dua minggu pun tak apa.
Hai, macam sibuk benor dia orang ni. Orang yang tak ada masa nak gosok baju seperti ini, orang itu juga tak ada masa nak baca buku dan tak ada masa untuk semua perkara. Jawaban tak ada masa itu tandanya orang malas.
Saya suka meronda untuk membuat pemantauan. Kalau 8.00 pagi, pelajar siswi yang datang berduyun-duyun kebanyakannya memakai baju kurung. Nak tangkap yang pakai tak senonoh, kena tunggu lewat sikit. Jam 9.00 - 9.30 pagi, barulah muncul pelajar yang datang lewat ni dengan seluar jeans ketat dan lusuh, dengan seliper Jepun atau rambut pelbagai fesyen. Tanpa rasa bersalah, masuk ke bilik kuliah yang sudah sejam berlalu. Inilah pelajar yang sama berpakaian tak senonoh, datang lewat dan selalu ponteng. Duduk pun belakang-belakang. Mereka tidak serius dalam serba serbi. Jadi pakaian itu hanya satu tanda (symptom) sahaja yang menunjuk kepada masalah lain yang lebih besar.
Saya petik daripada buku "The Lord's University: Freedom and Authority at BYU (Brigham Young University):
"We have found out through some careful checking we have been doing, that those who violate dress standards
are often those who are traffic violators; that very often they are those short on church attendence, often also
they are those who have poor academic records"
Saya ingin mengalu-alukan kalau ada yang ingin mengkaji tentang korelasi perkara di atas.
Oleh kerana kuliah kita di UAA ini adalah suatu sistem pendidikan formal, kelas formal, maka pakaian juga harus formal. Kalau mahu belajar santai-santai di rumah, pakailah yang santai. Saya anjurkan supaya pakaian formal siswi adalah baju kurung dan siswa pula pakaian yang bersesuaian. Kalau kita benarkan mereka berseluar jeans ke kuliah: itu pakaian kasual. Kalau kita beri kelonggaran: kita pasti sukar mengawalnya. Seorang karyawan atau pekerja pejabat bekerja selama 8 jam. Pengawal pula harus bertugas 24 jam. Kerja kawalan (control) adalah 3 kali lebih lama berbanding kerja lain. jadi kita ada dua pilihan:
1. Beri kebebasan dan kita terpaksa habis masa, tenaga dan fikiran mengawal mereka.
2. Tetapkan peraturan pakaian formal dan kita boleh relaks sikit dan boleh tumpukan perhatian untuk kerja yang lebih produktif.
Akhirnya apa yang berlaku adalah, kita beri kebebasan kepada mereka, tiada siapa mengawal sepenuh masa dan kita terus hilang kawalan. Kita penat-lelah buat persiapan mengajar, tapi pelajar tidak siap untuk terima ilmu. Ini macam angin lalu.
Wassalam
No comments:
Post a Comment