Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah setelah 5 jam berada di lebuhraya Utara Selatan. Bertolak dari kampung jam 6 petang sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 11 malam. Berhenti di R & R Ayer Keroh untuk solat.
Dalam perjalanan bila sampai melepasi Melaka, lorong lebuhraya bertambah dari 2 lorong menjadi 3 lorong. Seperti biasa, anak ku memandu dari Johor sehingga Ayer Keroh, selepas itu tengok dia dah mengantuk, aku ambil alih pula. Dengan memandu dalam kelajuan yang dibenarkan , tidak melebihi 110km/j (ehem..pemandu berhemah ni ya!), aku memandu di lorong tengah, sekali sekala jika hendak memotong aku mengambil lorong kanan.
Tiba-tiba aku perasan ada lampu besar terang menyuluh dari belakang, kelihatan dekat sangat kenderaan di belakang membuatkan silau mataku disebabkan balikan cahaya di cermin akibat suluhan lampu tersebut. Dalam hati berkata, ni mesti kenderaan besar ni...silau betul mataku lalu terus menukar ke lorong kiri, untuk memberi peluang kenderaan tersebut memotong ku.
Laaa..rupanya sebuah bas ekspres dua tingkat! Punyalah laju ... saya pandu dengan kelajuan 110km/j ... dia boleh potong lagi tu... tak perasan ada penumpang ke tidak, tetapi bila tanya anak dia kata bas tu kosong aja, tak nampak ada kepala-kepala manusia di tingkap...kot kot lah semua penumpang dah tidur kan...
aku lihat bas tersebut dipandu dengan laju sekali memotong beberapa kenderaan lain di hadapan van kami. Bila tak dapat potong dari sebelah kanan, boleh pulak tu dia potong dari sebelah kiri!!! Sekejapan dah tak nampak bas tu ...
Ya lah, kalau tak ada penumpang pun, tidak bermakna boleh dipandu melebihi had laju yang dibenarkan. Lagi pun ia sangat membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain...kerana kendaraan memang banyak juga di lebuhraya malam semalam..maklumlah ramai orang sudah mula pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidil Adha di kampung masing-masing...
nak ambil nombor plet pun tak sempat...
Hurrmmm...tak serik-serik pemandu bas ekspres ni ...
No comments:
Post a Comment