Sunday, November 7, 2010

Orang Islam Palestin jadi tentera Israel

Konflik Israel dan Palestin sering dimaksudkan dengan peperangan antara Islam dan Yahudi. Namun, percayakah anda jika saya katakan bahawa terdapat ribuan pemuda Islam yang berkhidmat dalam tentera Israel dan bersama-sama Zionis menentang musuh Yahudi iaitu Islam (Walaupun tali barut Israel ini menganggap musuh Israel adalah orang Arab).

Sebenarnya, ramai warga Arab Badwi yang beragama Islam, selain Kristian Arab yang menjadi tentera bagi negara Dajjal Laknatullah, Israel. malah di Israel terdapat tugu pahlawan yang khusus bagi tentera-tentera Israel dari kalangan Arab badwi yang gugur melawan tentera Islam seperti Hamas, Hezbollah dan penduduk asal Palestin.

Dikenali sebagai YAMAS, mereka adalah Skuad Khas Keselamatan Sempadan Israel. Kelebihan mereka adalah, mereka ini dapat menyamar sebagai warga Palestin yang selalu memerangi Israel. Namun, apakah yang sebenarnya yang membuatkan mereka sanggup menjadi tentera Dajjal, yakni musuh kepada Islam? Pertama sekali perlu saya jelaskan bahawa orang Islam yang terlibat dalam tentera Israel ini adalah datangnya dari Arab Islam dan Kristian yang berwarganegara Israel.

Kewajipan pertama warga Israel ini adalah untuk membela tanah air mereka, tidak kira apa pun agama yang dianuti oleh mereka. Jadi, ini menjelaskan bahawa kaum minoriti di Israel, yakni dalam meraih untuk mendapat persamaan hak dengan kaum majoriti Yahudi, mereka perlu melaksanakan semua kewajipan utama negara "haram" itu dan di antaranya, adalah dengan menjadi anggota tentera.

Walaupun mereka sedar bahawa musuh Yahudi itu adalah Islam, mereka terpaksa berbuat demikian (huh!) oleh kerana ingin mendapatkan dana untuk pelajaran mereka di universiti dan memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara milik pelarian Palestin itu. Ini semua adalah kerana kerajaan dajjal israel sememangnya membantu tenteranya untuk melanjutkan pelajaran dan juga banyak pekerjaan dalam perusahaan Yahudi itu sendiri mewajipkan pemohon yang ingin memohon kerja menunjukkan surat bukti yang menunjukkan bahawa mereka pernah menjadi tentera Israel menentang musuh.

Oleh kerana wang, mereka ini sanggup menggadai maruah agama dan bangsa sebagai orang Islam dan sanggup pula menentang orang Islam itu sendiri. Israel memang bijak dalam memainkan peranan dalam hal ini. berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan.





Bayangkan dua orang tentera wanita bertudung Israel di atas
melakukan pembunuhan kejam seperti ini.
Islam kini lemah bukan kerana Yahudi dan Nasrani itu kuat, tetapi Islam itu lemah adalah kerana umat Islam itu sendiri. Di benua Arab dan utara Afrika, umat Islam sentiasa berpecah sama ada faktor ekonomi, politik waima sosial.

Banyak lagi gambar-gambar kekejaman tentera Islam-Israel ini. Malah, lebih memilukan terdapat juga ulama-ulama dan pelajar Islam yang memberikan kata-kata semangat kepada mereka ini sebelum berperang. Selain itu, ada juga gambar yang menunjukkan kemesraan di antara tentera Yahudi-Israel, Islam-Israel dan Kristian-Israel dalam kelas. klik di sini
Video tentera YAMAS (tentera Islam Israel)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas