Hari wukuf semakin hampir, tinggal beberapa hari saja lagi. Mengimbau kembali perjalanan daku bersama suami, Allahyarhamah MIL dan abang ipar mengerjakan rukun Islam kelima itu pada akhir tahun 2007...
Penerbangan kami di antara penerbangan terakhir ke Kota Suci Mekah... waktu itu hanya tinggal seminggu lagi hari Wukuf di Arafah...
sampai sahaja di sana, kami lihat jutaan manusia sudah mula membanjiri ke Kota Mekah. Dalam hati dan mulut kami tidak lepas-lepas sentiasa bertalbiah dan bertakbir. Ya Allah Ya Tuhanku, syukur Alhamdulillah aku dapat menjadi tetamu Mu Ya Allah, di kala umurku belum senja lagi, ketika kudrat ku masih lagi berupaya untuk daku melakukan ibadat kepada Mu Ya Allah. Tanpa disedari airmataku meleleh tatkala dapat melihat Mesjidil Haram di depan mata buat kali pertama dalam hidup ku.
Namun kuasa Allah SWT siapa boleh menghalang, diri ku di datangi "teman setia" wanita selepas beberapa hari berada di sana..
Ya Allah...aku redha Ya Allah jika ini ketentuan Mu.
Setiap kali kedengaran azan masuk waktu solat, aku akan duduk di tepi tingkap hotel melihat ke bawah ke arah jutaan manusia yang berpusu-pusu menuju ke Mesjidil Haram. Ya Allah..ramainya manusia... mereka sudah tidak dapat masuk ke mesjid kerana sudah penuh dan sesak, lalu solatlah mereka di atas jalan menghala ke arah mesjid...
menurut rakan sebilikku, terdapat juga mereka yang bersolat di lobi-lobi hotel.
Umat Islam yang tidak dapat masuk ke Mesjid kerana sudah penuh. Ini waktu solat Subuh. Kelihatan di hujung jalan Mesjidil Haram, sangat dekat dgn hotel yang kami duduk.(sekarang hotel ini sudah dirobohkan utk pembesaran mesjid)
waktu solat Zuhur.
Lalu aku menanam azam apabila diriku sudah suci dan boleh menunaikan solat, aku mahu ke mesjid seawal mungkin agar mendapat tempat di dalam mesjid. Aku sentiasa berdo'a memohon kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan ku dan juga agar sentiasa ada "tempat" ku di dalam mesjid menghadap kaabah. Teringat ceramah dari ustaz dan juga pembacaan dari buku-buku haji, bahawa solat di mesjidil haram itu pahalanya 100,000 kali dari solat di tempat lain! Siapa yang tidak mahu merebut peluang itu? Bayangkan 5 waktu sehari darab jumlah hari kita berada di Mekah? Ya Allah, Engkau permudahkan lah , Engkau PermudahkanLah!
No comments:
Post a Comment