Showing posts with label tasha shila. Show all posts
Showing posts with label tasha shila. Show all posts
Thursday, March 19, 2015
TASHA SHILA DAN KEKASIH KANTOI BERDUAAN DALAM BILIK AIR?
Kontroversi selalu melanda . Hampir setiap hari,ada saja pihak yang tidak berpuas hati.Kisah bermula apabila Tasha Shilla buat hal lagi, ini bukan pertama kali khabar angin seperti ini sampai ke pendengaran media dan para peminat. Sebelum ini pun ada satu dakwaan mengatakan pelakon ini galak bercumbuan di khalayak ramai.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ada kru produksi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna mendakwa Tasha Shilla dan kekasihnya, Hans memadu asmara dalam bilik air yang ditempatkan di lokasi penggambaran.
“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya taknak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas Tasha Shilla mengulas khabar angin ini.
“Saya sampai tak tahu nak kata apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.
Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan”
“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?” tambahnya lagi yang telah menjalin hubungan cinta bersama Hans sejak akhir 2013 lalu.
Semoga apa yang disampaikan ini tidak benar. Cepat-cepat kahwin yer cik TASHA...
Tuesday, March 17, 2015
Tasha Shila Jatuh Terkangkang Sehingga Menampakkan Bende Yang Tidak Sepatutnya
slot Samarinda, siri drama 25 episod terbitan Enuja Production. Tasha terjatuh dari kuda
Thursday, March 12, 2015
Bangga Tayang Perut, Tasha Shilla Teruk Dicemuh Orang ramai
Kalau sebelum ini, ramai selebriti muda dikecam teruk oleh peminat dan pengguna laman siber kerana penampilan seksi dan terlalu mendedahkan aurat, kini, senarai tersebut terus bertambah.
Siapa tak ingat kontroversi yang pernah melanda Nabila Huda, Syarifah Sakinah, Meera Liyana, Zarina An Joulie, Lana Nordin dan yang terbaru Diana Danielle (hanya menyebut beberapa nama).
Kesilapan sama terus berulang apabila aktres sensasi, Tasha Shilla dengan beraninya memakai pakaian seksi, persis selebriti Hollywood.
Melalui ruang Instagramnya, Tasha telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dalam satu persalinan yang menayangkan perut sendiri ketika menghadiri satu majlis, malam semalam.
Ya, tak dapat dinafikan, perut Tasha memang fit dan cantik, tapi rasanya tak perlulah mendedahkannya kepada umum.
Tak lama selepas entri tersebut dinaikkan di Instagram, khalayak Malaysia yang dimonopoli masyarakat Melayu terus menghentam Tasha dan beberapa jam selepas itu, Tasha dilihat mengambil keputusan memadam gambar-gambar tersebut.
Kalau ramai yang perasan, sejak akhir-akhir ini, pelakon drama bersiri Sahara itu dilihat berani tampil seksi. Minggu lalu, Tasha yang menghadiri satu pertunjukkan fesyen telah mendedahkan kakinya hingga ke paras paha.
Adakah ini ada kena mengena dengan gosip putus cintanya bersama peninju muay thai, Hans Wong? Hmm…
Geleng kepala betul dengan perangai segelintir selebriti Malaysia yang betul-betul tidak sensitif terhadap adab berpakaian. Isu kontroversi artis lalu bukannya nak diambil sebagai pengajaran, tapi terus melakukan kesalahan sama.
Kadang-kadang, betul juga andaian sesetengah pemerhati industri seni tanahair, artis kita kini memang senjaga cari publisiti murahan!
Friday, February 13, 2015
Teman Lelaki Sangkal Dakwaan ‘Dibela’ Tasha Shilla
Teman lelaki aktres jelita Tasha Shilla, Han menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia mengharapkan duit daripada teman istimewanya itu.
Sebaliknya menurut Han dia mempunyai pekerjaan tetap sendiri iaitu membantu syarikat seni bina milik keluarganya.
“Ini kad saya sebagai bukti, saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya,” katanya menerusi laporan mStar.
Han mengatakan dia kini sedang berusaha membina mahligai bersama kekasihnya itu di masa hadapan dan keluarganya dikatakan merestui perhubungan mereka walaupun berlainan agama.
“Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha,” katanya.
Hai, tak baik tau siapa yang buat cerita ni, setahu penulis Han ni pun aktif dengan kerjaya sukannya sebagai seorang peninju muay thai dan Tasha merupakan salah seorang penyokong terbesarnya dalam bidang tersebut.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman pasangan sama cantik sama padan ini mengenai tarikh perkahwinan mereka kelak. -Mynewshub.cc
Sunday, February 1, 2015
Gambar Lentok Tasha Shilla Bersama Kekasih Muay Thai Semasa Bercuti.
Gambar terkini Tasha Shilla bersama kekasihnya yang baru yang merupakan seorang peninju Muay Thai.Sebelum ini, heboh diperkatakan bahawa pelakon, Tasha Shilla sedang hangat menyulam cinta bersama seorang peninju muay thai.
Namun , perkara itu dinafikan sendiri oleh Tasha tetapi tidak menolak bahawa dia sedang berkawan rapat dengan jejaka itu
Selain itu, Tasha juga pernah menyatakan masih terlalu awal untuk bercerita mengenai hal tersebut dan mengaggapnya sebagai kawan.
Walaubagaimanapun, beberapa keping gambar Tasha dan jejaka tersebut telah tersebar di internet dan mereka kelihatan begitu akrab.
Namun status agamanya masih lagi menjadi tanda tanya.Mungkinkah, ini peninju muay thai yang dikaitkan dengan Tasha? Anda rasa bagaimana?
Thursday, January 22, 2015
Baju Seksi Berlambangkan Salib Tasha Shila..
Tasha Shilla – Isu Simbol Salib Tidak Patut Timbul : Sempena majlis tema pakaian ‘fairy tale’ yang berlangsung pada minggu lepas, beberapa selebriti tempatan antaranya ialah Anzalna Nasir, Erra Fazira dan juga Tasha Shilla telah menyertainya untuk menggayakan baju ciptaan pereka fesyen mereka.
Tetapi baju yang digayakan oleh Tasha Shilla iaitu pereka fesyennya ialah Hazwani Osman telah menimbulkan isu yang tidak diingini. Isu tersebut dikaitkan simbol salib yang terdapat pada baju yang digayakan oleh Tasha Shilla. Ramai peminat yang menganggap pereka fesyen tersebut tidak menitikberatkan tentang perkara ini.
Tasha Shilla yang dihubungi menjelaskan bahawa beliau tidak perasan dan mengatakan tiada apa-apa simbol pada baju yang digayakan oleh beliau.
Tasha juga berkata bahawa beliau tidak terlepas pandang dan beliau hanya memperagakan baju tersebut. Tasha yang agak terkejut dengan perkara ini mengatakan bahawa isu ini tidak perlu timbul dan menyerahkan semua kepada pereka fesyennya untuk menjelaskan tentang perkara ini.
Hazwani Osman yang dihubungi menegaskan bahawa ia bukanlah simbol salib dan tidak terfikir langsung untuk membuat baju seperti itu.
Tali ikatan ‘hood’ yang menegak kebawah dan gaun yang dipakai Tasha Shilla mempunyai garis melintang dan secara kebetulan, ia menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya simbol salib seperti yang didakwa, jelas Hazwani lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...