Showing posts with label MAHLUK ASING. Show all posts
Showing posts with label MAHLUK ASING. Show all posts

Sunday, December 28, 2014

KONONNYA DAPAT ILHAM DARI MAHLUK ASING


LONDON – Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.


Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia.

Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya.

"Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut.

"Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan," jelasnya.

Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap.

"Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar," jelasnya.

Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai.





Thursday, September 4, 2014

CAHAYA DARI LANGIT GEMPARKAN NEGERI DI BAWAH BAYU


Kemunculan cahaya merah di langit Sabah yang jelas dilihat selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang.


Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam. 

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata, dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke rumahnya, kira-kira jam 9 malam. 

“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai.

“Saya memberhentikan kenderaan dan melihat satu garisan terang di langit dan menyangkakan ia adalah tahi bintang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Winnie berkata, keadaan itu agak berbeza kerana kebiasaannya cahaya dicetuskan tahi bintang akan bergerak, tetapi cahaya berkenaan kelihatan pegun. 

Gambar Belangkas