Showing posts with label Bunuh. Show all posts
Showing posts with label Bunuh. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

SUARA GHAIB MAHU NYAWA IBU


Gara-gara mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib, seorang anak bertindak kejam apabila memukul ibunya menggunakan batang cangkul sehingga mati di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini.


Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Hamidah Mat Zin, 47, berehat di ruang tamu rumahnya.

“Sebelum itu, anaknya dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu rumah itu sebelum bertindak ganas memukul kepala ibunya bertubi-tubi.

“Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus kejadian. Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan kemudian terlihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, saksi kejadian itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum meninggal dunia sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, anak saudara mangsa itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini.
“Polis berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian.

“Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah mental sejak berusia 16 tahun dan mendakwa sering mendengar suara ghaib. Dia mendakwa suara ghaib itu mengarahkannya memukul ibu sehingga mati,’ katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad, di sini.Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Wednesday, January 14, 2015

MINUM AIR PERAM MAYAT


Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.


Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.

Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.

Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.

Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.

Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.

Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Thursday, December 11, 2014

MELIHAT MANUSIA BERTUKAR MENJADI SYAITAN?


Sorang penumpang yang dituduh menikam empat orang dalam sebuah kereta api di barat daya Michigan memberitahu polis, dia bertindak demikian selepas melihat seorang mangsanya bertukar menjadi ‘syaitan.’


Michael D Williams semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba membunuh.

Lelaki berusia 44 tahun itu dituduh menikam seorang konduktor dan tiga penumpang lain Jumaat lalu apabila kereta api berkenaan berhenti di Niles, 16 kilometer dari South Bend, Indiana.

Menurut kertas pertuduhan, Williams memberitahu penyiasat, dia menyerang mangsanya selepas melihat seorang daripada mereka bertukar menjadi syaitan.

“Saya terpaksa melawan syaitan itu,” katanya kepada penyiasat.

Ketika dihubungi wartawan, adiknya, Tracy, berkata, Williams berdepan dengan masalah tekanan jiwa selepas menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera Amerika Syarikat. - Agensi

Wednesday, October 15, 2014

"PAZUZU" SI SYAITAN BUNUH, MAKAN, BAKAR MANGSANYA..


USA: Seorang lelaki yang menggunakan nama sempena nama syaitan dalam filem 'The Exorcist' adalah antara tiga orang yang ditangkap di Carolina Utara atas tuduhan membunuh.

Mereka ditangkap selepas polis menemui rangka dua mangsa mereka dalam kubur cetek di belakang sebuah rumah di Clemmons, tempat jiran berkata Pazuzu Illah Algarad, 35, sering mengadakan upacara penyembahan syaitan.



Seorang jiran mendakwa dia memberitahu semua orang mengenai mayat itu tetapi tidak seorang pun mempercayainya.Algarad juga menceritakan bagaimana dia membunuh mangsa, makan sebahagian mayatnya dan membakar bakinya dalam unggun api.

Amber Nicole Burch, 24, yang tinggal bersama-sama Algarad dan dikatakan isterinya dalam Facebook, juga menghadapi tuduhan membunuh sementara Krystal Nicole Matlock, 28, ditahan kerana membantu menanam mayat itu.

Mangsa pertama dikenali sebagai Joshua Fredrick Wetzler, 37, sementara kedua, Tommy Dean Welch, 36.

Menurut laporan, Algarad dilahirkan di San Francisco sebagai John Alexander Johnson, tetapi ibunya, Cynthia Lawson, juga pemuja syaitan menukar namanya kepada Pazuzu Algarad atas alasan agama.

'Pazuzu' adalah nama syaitan yang merasuk budak perempuan dalam filem 'The Exorcist' dan mendakwa berketurunan Iraq.

Pada pintu depan rumah Algaerad yang dimiliki ibunya, terdapat papan tanda memberi amaran supaya polis tidak memasukinya serta lambang tengkorak.Di bawahnya tertera perkataan bermakna 'Kejahatan akan menang.'

Ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Hakim Daerah Forsyth Gordon Miller memberitahu tertuduh bahawa mereka akan dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.Ketiga-tiganya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 23 Oktober depan. - Agensi

Gambar Belangkas