Monday, September 14, 2015
"Kenapa Allah bolak-balikkan badan Pemuda alKahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?"
"..Wanuqollibuhum zaatal yamiini wa zaatassyimal; Dan kami bolakbaikkan mereka (ashabul kahfi) ke kanan dan ke ke kiri.." [18:18] Baca ayat ini teringat pulak persoalan yang dipernah ditimbulkan oleh Dr Omnia (lecturer pathology) masa awalawal semester; "Cuba fikir, agakagak kenapa Allah bolakbalikkan badan pemuda alkahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?" Lebih kurang gitulah pertanyaan lecturer. Selepas beberapa orang dalam kalangan kami try jawab, Dr Omnia terus sambung.. "Untuk mengelak daripada berlakunya ‘bedsores’; sejenis ulcer pada bahagian kulit yang boleh tembus hingga ke dalam muscle dan tulang." *Macam dalam gambar
Puncanya? Sebab tidur terlentang atau duduk dalam jangka waktu yang agak lama tanpa bergerakgerak sehingga menyebabkan adanya tekanan yang berterusan pada bahagian kulit yang ada bonjolan tulang (on bony prominent). Paling common di bahagian kulit yang cover; tumit, tulang sacrum, tulang sulbi (coccyx), atau tulang pinggul. Siku, buku lali, lutut dan bahagian belakang kepalapun boleh kena. Apabila tekanan semakin tinggi, bekalan darah di bawah kulit terputus. Akibatnya cells dan tissues di bahagian tersebut mati (ischemic necrosis). Sehingga berlakulah ulcer yang boleh menembus sampai ke dalam. Kalau dibiar tanpa rawatan, lamalama ulcer tadi akan jadi gangrene; mereput dan berbau busuk (putrefaction).
Haa cuba bayangkan. Dahsyatkan.. Dan Maha Suci Dia yang memelihara batang tubuh serta iman pemuda AlKahfi! Betapa benarnya firman Allah yang tidak ada sedikitpun keraguan padanya. Siyesli rasa teruja dan bersyukur dapat belajar dengan cekgu medik yang suka kongsi tentang ilmu sains kesihatan dan kaitannya dengan beberapa ayat AlQuran. Alhamdulillah! :’D Artikel ini dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook AswanMati Pasti. Semoga memberi info dan manfaat buat para pembaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment