Monday, September 14, 2015
SUNGGUH SEDIH DAN PILU!!.. "Selamat jalan isteriku, damailah dikau disana...."-luahan suami AL-FATIHAH
Luahan hati ini ditulis oleh suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, salah seorang jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidil Haram, Makkah. SELAMAT JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU DISANA. 16 tahun masa kita bersama, bukan lah mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersamasama di layari, berbagai dugaan dan cabaran yg kita tempuhi bersamasama. 16 tahun masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada abah.
16 tahun masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selamalamanya, tiada org yg paling bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg solehah seperti umi.
Kini kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami ,tapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada.
In sha Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anakanak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukupcukupnya. Biarlah suatu hari nanti anakanak kita akan bergelar hafiz dan hafizah. Mogamoga abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA nanti. Abah halalkan dan ampunkan segala dosa dosa umi, umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah, abah redho dgn segala galanya. Damailah umi di sana............
Luahan sayu ini dikongsikan melalui Facebook arwah isteri beliau, Umi Basheer. AlFatihah, Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...
Sumber: terkinitv.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment