Manusia terpendek di dunia. Chandra Bahadur Dangi pemegang rekod lelaki paling pendek di dunia dalam Guinness Book of Records meninggal dunia pada usia 75 tahun. Bagaimanapun, penyebab kepada kematian lelaki ini tidak diketahui kerana penyakitnya di rahsiakan. Hmm, kenapa kena rahsia ek? Ini pelik.
Sedikit mengenai Chandra Bahadur Dangi, ketinggiannya cuma 54.6cm. Tinggal di sebuah kampung kecil di Kathmandu. Beliau mula mengembara ke seluruh dunia selepas sahaja diisytiharkan sebagai lelaki terpendek di dunia. Boleh tak korang bayangkan, betapa rendahnya beliau? Kalau tak berapa nampak, sila ambil pita pengukur dengan segera.
Melihat kepada gambar-gambar di atas, mesti korang dah boleh bayangkan bagaimana sukarnya kehidupan Chandra Bahadur Dangi ni kan? Mesti, mesti ada yang terkejut jika berjumpa dengan beliau pada waktu malam. Kalau orang kampung takdelah kan, ini orang luar. Walaubagaimanapun, setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya. Buktinya, dengan "kecacatan" yang beliau alami, beliau mampu untuk mengembara ke seluruh dunia. 1 perkara yang tidak boleh dilakukan semua orang yang sempurna di muka bumi ini. Kan?
Selepas daripada kematian manusia terpendek di dunia ini, sudah pasti Guinness Book of Records akan kembali mencari siapakah pengantinya. Nama Chandra Bahadur Dangi akan disemadikan di dalam kenangan sebagai salah seorang manusia terpendek di dunia. Satu kekurangan yang memberi banyak kelebihan.
No comments:
Post a Comment