Wednesday, June 6, 2012

2hb Jun 2012

Syukur Alhamdulillah .... Allah masih memberi peluang bagi hambaNya ini untuk menghirup nafas menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini... 
2hb Jun 2012, bertambah lagi umurku melewati angka 47 tahun... 3 tahun lagi sudah boleh dipanggil WARGA EMAS! Walaubagaimanapun tidak perlu takut menghampiri ke usia senja ... masa berlalu, semua orang akan meningkat umur mereka, TIDAK ada seorang pun yang terkecuali ... sudah tertulis di Lauh Mahfuz, berapa lama kita akan hidup di dunia ini... Apakah kita ambil peduli? 

Tidak perlu risau muka akan berkedut, pipi tidak lagi tegang...tidak perlu mengambil BOTOX, tidak perlu menyuntik colagen, vitamin C. Hakikatnya, umur kita sudah begitu...apa yang kita perlu jaga adalah kesihatan kita. Itu yang penting. Bagaimana hendak menjaga kesihatan agar kita tidak ditimpa penyakit ? 

Sebenarnya kita hendaklah menjaga pemakanan kita. Hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa semua penyakit berpunca dari perut. Maksudnya kita hendaklah menjaga apa yg kita makan kerana makan berlebihan juga memudaratkan.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki mesjid, Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

 Membaca ayat Allah ini, satu peringatan buat diri ini juga... agar sentiasa menjaga apa dan berapa banyak yang kita makan..kadang-kala kita terikut-ikut sehingga tidak menyedari kita telah berlebih-lebihan dan membazir.. Ya Allah! Engkau ampunilah dosa-dosaku, jika aku termasuk dalam orang-orang yang lalai...
Amin.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas