Ketika sedang mencari maklumat, saya terjumpa satu kenyataan yang berikut:
"Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Mu'akkad !
Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua bloggers, FBians atau bukan bloggers sekali pun, terimakasih di atas keprihatinan anda semua...samada telefon, sms, msg etc...
walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka dan ada yang dipisahkan jauh beribu batu, tetapi masih tidak lupa menalipon saya bertanya tentang keadaan anak saya, Zubair yang kemalangan tempohari. Namun begitu sedih juga, ada saudara yang berada dekat namun sehingga kini tidak menelefon atau sudi bertandang menziarah...wallahu'alam...mungkin terlampau sibuk agaknya...
No comments:
Post a Comment