Trailer Episod 4
Episod kali ini, KRU PAGparanormal bergerak ke satu lokasi dimana kami pernah mendengar kisah seram di satu Pejabat yang di alami oleh tukang2 `cleaner` dan juga Pengawal Keselamatan.Pejabat tersebut yang telah lama dibiarkan kosong tidak berpenghuni.Pengembaraan KRU PAGparanormal pertama kali menggunakan Ghost Scanner (EMF Meter) dengan gabungan kaedah Tradisional.Jom kita saksikan..
Dicatit perbualan mereka :
Saksi 1 - Staf - Pernah harI Ahad sy bekerja OT tapi x tahu bila,saya pernah singgah ke tandas tingkat tersebut untuk buang air besar.Masa tu perut saya memulas x tentu arah.Masa tu jugak tandas di tingkat pejabat saya air tidak berfungsi.Akhirnya secara sepontan saya turun ke tingkat tersebut yang hanya selang satu tingkat.Terbuka saja pintu lif pada waktu tu memang gelap sebab pejabat tingkat tu dah lama berpindah.Tanpa rasa takut dengan perut yang memulas,saya pun membuang kat tandas tu.Dalam pada tengah `syok` termenung tetiba saya terdengar suara kanak-kanak sedang berlari bekejaran sesama sendiri.Didalam hati saya masa tu terdetik sekejap rasa takut.Dengan pantas saya bersihkan apa yang patut dan terus keluar menuju ke lif.Masa tu memang tak ada seorang pun yang kelihatan.Mata saya semakin liar memerhatikan keadaan sekeliling sementara menanti lif.Jadi..itulah pengalaman yang agak seram yang pernah saya lalui di tingkat tersebut.
Saksi 2 - Juruteknik bangunan - Saya pernah diarahkan untuk ke tingkat tersebut untuk membuat letrik `checkup` atas sebab pejabat di tingkat tersebut dah lama tidak berpenghuni.So masa tu hanya saya seorang saja yang masuk ke pejabat tersebut.Masa tu saya tak ada pun rasa gementar atau takut sebab dah memang itu kerja saya tiap-tiap hari.Nak dijadikan cerita,saya pergi kehujung bilik tersebut untuk mematikan suis lampu yang terbuka.Setelah menutupnya saya pun berpatah balik.Dalam pada itu saya lalu di tepi pintu besar bilik penghawa dingin pejabat tersebut.Dengan tiba-tiba ada bunyi siulan dari arah bilik berkenaan yang singgah ke telinga saya.Pada mulanya saya ingatkan ada rakan sekerja yang ingin `menyakat` saya.Secara sepontan saya membuka pintu tersebut dan didapati bilik berkenaan gelap gelita.Masa tu lah bulu roma bulu tengkuk dan segala bulu saya naik menegak.Perghhh!!Dengan cargas saya berlari ke arah pintu utama menuju ke lif.Sejak hari itu saya tak pernah bekerja sendirian untuk buat `building checkup`.Jadi itulah pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama KRU PAGparanormal.
Saksi 3 - Makcik Cleaner - Makcik pun bukan suka sangat nak citer pasal benda pelik-pelik ni kat orang sebab makcik takuttt.Tapi memandangkan KRU PAGparanormal nak tahu sangat kisah seram yang berlaku kat tingkat tersebut,kira bolehlah..Masa tu makcik dengan rakan-rakan makcik yang lain sedang mencari tempat untuk `rileks` selepas penat ronda dan bersihkan satu building.Kawan makciklah yang `promote` lepak kat tingkat tu sebab dia kata kat situ `line clear`.Akhirnya makcik dan 4 rakan yang lain pun pergilah ke tingkat tersebut.Masa tu pintu utama bilik pejabat tu tidak berkunci.Kami pun masuklah..tanpa segan silu kami pun beristirehat kat salah satu bilik ruang pejabat tersebut kerana `carpetnya` yang tebal dan lega bila berbaring.Ada dalam 10 minit kami duduk berehat kat situ tetiba ada bunyi orang sedang berjalan sambil berbisik dari arah hujung bilik ke arah kami.Kami pun pantas bangun kerana takut-takut `Supervisor` atau tuan punya pejabat datang buat `checkup`.Setelah lama memerhati,kami langsung tak nampak satu kelibat manusia pun yang ada di pejabat tersebut.Dengan rasa seram sejuk kami pun beredar dari pejabat tersebut.Itulah pengalaman seram yang di alami oleh kami berlima masa itu.
Saksi 4 - Pengawal Keselamatan - Alaaa..pakcik tau sangat tingkat tu.Bukan saja pakcik yang alami peristiwa seram tu malah ada rakan-rakan pakcik juga alami peristiwa tersebut.Bayangkan bila kita bertugas di waktu malam kami perlu membuat checkup setiap tingkat.Pada satu hari berhentinya lif tu kat tingkat tersebut pakcik ada mendengar suara kanak-kanak sedang bergurau dan berlari dari arah tandas.Sebagai pengawal keselamatan,pakcik anggap jer itu satu dugaan buat pakcik.Biasalah kita ni keje waktu malam.Memanglah ada benda-benda tu yang datan nak menyakat.hehehehe (sambil tertawa).Ada juga rakan pakcik yang dah tau peristiwa tu tapi masa naik lif,lif tersebut tiba-tiba akan berhenti sendiri di tingkat tersebut tanpa punat lif ditekan.Huhh..memang dahsyat jadi pengawal keselamatan ni.Macam- macam dugaan yang datang.Kalau awek cun datang tak apalah jugak hahahahaha (sambil ketawa terbahak bahak).
Penyiasatan bermula..
No comments:
Post a Comment