Friday, October 29, 2010

Puding Roti Caramel Mak Kiah


Salam sejahtera semua. Hari ni jom kita kongsi resepi puding roti karamel mak saya yang sangat popular. Saya panggil puding roti karamel Mak Kiah..dah banyak kali saya buat terutama semasa bulan Ramadhan. Buatlah dalam bekas besar ...lepas tu bagi-bagi lah jiran tetangga, bagi jiran sebelah kiri, bagi jiran sebelah kanan..akhirnya semasa buka puasa penuh meja dengan kuih muih pemberian jiran-jiran... tak payah nak pergi PARAM. PAsar RAmadhan laa....

Itulah petua kita duduk berjiran nih..jangan lah kedekut terutama bila buat kek ke, biskut ke..yang bila bakar bau harum satu taman tu... kesian jiran duk cium bau aje... sedekah lah sikit kat jiran tu.. InsyaAllah bila jiran buat kuih, dia akan beri kita juga... 

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0039.
Dari Abu Syuraih Al Khuza'iy r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang beriman dengan Allah, dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1208.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Hai kaum Muslimat! Janganlah menganggap remeh pemberian seorang tetangga, walaupun hanya berupa kaki kambing".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1103.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai dua tetangga. Yang manakah di antara keduanya akan ku beri hadiah?" Jawab Nabi saw., "Kepada yang lebih dekat pintunya denganmu."


(perhatian Nor, akak ambik gambar puding roti yg Nor buat masa kita gathering, sebab akak selalu lupa nak ambik gambar bila akak buat...apataknya, siap aje dah kena terjah oleh anak-anak..tak sempat nak ambik gambar)

Bahan-bahan:

8 keping roti
2 cawan air panas
2 cawan susu segar
4 biji telur
1 cawan gula
1 camt esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Roti di buang tepi, koyak kecil-kecil dan rendam dalam air panas. Tutup bekas supaya wap panas tidak keluar. Ketepikan. Bila sudah kembang, tekan dengan garfu supaya tidak berketul-ketul.

2. Panas air dalam kukus.

3. Pukul telur bersama 1/2 cawan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.

4. Masukkan adunan gula dan telur ke dalam roti tadi dan campurkan susu segar. Kacau hingga rata.

5. Ambil 1/2 (atau 3/4 ) cawan gula lagi dan buatkan gula hangus dalam bekas yang hendak di kukus.

6. Masukkan adunan yang telah digaul rata dalam gula hangus dan terus kukus.

7. Bila sudah masak, angkat dan sejukkan. Terbalikkan dalam bekas yang hendak dihidang.

~~~SELAMAT MENCUBA ~~~

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas