Dr martens red cherry malaysia|Dah lama sebenarnya aku mengidam kasut ni. Kalau bukan kerana "harganya", sudah pasti aku dah memilikinya. Tapi itu dulu, kini ianya bukan lagi menjadi masalah. Hehehe. Alhamdulilah, walaupun nilai ringgit menunjukkan kejatuhan, aku masih diberi rezeki berlebihan dan alhamdulilah, memiliki kasut idaman aku ni: Dr martens red cherry.
Sejarah kasut DM dengan aku tidaklah sama dengan sejarah pembuatan kasut ini. Mulanya aku tak pernah tahu pun tentang kasut ini. Ceritanya bermula dengan pergaulan aku dengan rakan-rakan "skinhead". Waktu tu, rakan aku ni, kerap memakai doc mart warna hitam. Kemas je pakaian mereka. Hehehehe. Bermula dari saat itulah, munculnya minat dalam diri aku ni.

Sumber : google.
Kalau dulu, kasut ini lebih banyak dikaitkan dengan mereka dari kalangan "skinhead", tetapi sekarang ia sudah dikomersialkan. Mana-mana pun boleh jumpa. Aku juga sangat pasti, ada di kalangan blogger malaysia yang meminati kasut ini. Kan? Ini di antara contoh-contoh gaya lelaki bersama kasut dr martens.
Amacam? Smart tak? Pada mata aku sangat smart. Hehehe. Aku ada juga buat research tentang gaya pemakaian kasut ini. Dan hampir kebanyakkannya, mengenakan jaket. Samada jeans atau kulit. Ia semacam pelengkap kepada gaya fashion dr martens. Tapi, jika anda seseorang yang pandai bergaya, tak pakai jaket pun, anda masih mampu bergaya. Kan!
Aku asyik letak gambar orang lain je,mana gambar kasut aku? Hahahaha. Ok lah, inilah kasut Dr martens red cherry aku. Lepas ni, kenalah aku cari gaya lelaki malaysia dengan Dr martens red cherry. Bolehlah dijadikan inspirasi kepada gaya aku nanti. Wah. Hehehe.
No comments:
Post a Comment