Tidak mensyukuri nikmat Allah|ceritaejoy.
Tidak mensyukuri nikmat Allah. Sebenarnya cerita ni 2-3hari lepas, tapi baru harini aku dapat nak kongsikan. Ia lebih kepada pendapat aku semata-mata. Yelah, kalau kita bercakap dengan orang tu, di cakapnya kita ni lebih dari ustaz pulak. Tapi apa salahnya cakap kalau ianya betul. Kan?
Ceritanya, 2-3 hari lepas hujan lebat. Hujan waktu petang, waktu habis kerja. Jadinya, mana-mana pekerja yang bawa motosikal, dah tentulah akan kebasahan kan? Macam aku, aku memang selalu bawa baju hujan, jadi takda masalah kat situ. Tapi kalau aku tak bawak pun, aku tetap juga akan redah hujan tu, sebabnya, waktu balik kerja. Sampai rumah, terus mandi. Kalau waktu pergi kerja, kena fikir banyak kali la kan. Hehehehe.
Nak di jadikan cerita, keesokkan harinya, aku duduk lepak-lepak dekat rest area tempat kerja aku. Aku terdengar perbualan seorang pekerja yang "kebasahan" waktu balik kerja. Antara ayatnya macam ni:
" Aku nak balik cepat semalam, hujan pulak, aduh, babi betul"
Aku yang ngah sedap minum nescafe ni, macam tersentak sekejap dengarnya. Hujan yang turun tu adalah rahmat. Kita sepatutnya bersyukur dan bukannya mengeluh atau menyalahkan. Bila bumi ni panas je, orang duk minta-minta hujan. Waktu hujan, orang duk minta-minta panas. Dah kenapa kan? Hujan yang membasahi bumi ni, menyejukkan tanah. Pokok-pokok kat hutan sana tu, hidup segar dengan air hujan ni. Mana ada orang yang suka-suka nak siram pokok dekat hutan. Ada ke?
Manusia yang tak tahu bersyukur macam ni, patutnya kita hantar dia ke negara yang langsung takda hujan. Biarkan dia rasa macamana. Orang-orang dekat negara tu, sangat-sangat menghargai air hujan yang turun. Mereka yang dekat sini, dok maki-maki. Inilah manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah.
Lagi satu yang buat aku terasa dengan ayat saudara tu adalah, "aduh, babi betul". Ayat tu sebenarnya ditujukan pada apa? Pada hujan ke? Atau pada sang pencipta? Dari mana datangnya hujan jika tidak dengan izin Allah? Atau ada manusia yang kerjanya menghasilkan hujan?
Hujan yang dihasilkan manusia, tidak akan sama dengan apa yang dihasilkan oleh Yang maha esa. Mana mungkin ia sama! Manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah, jadi, mana mungkin manusia mampu menandingi kuasa Allah.
Kita ni hamba, setiap kejadian di bumi ni, ada hikmahnya. Bukan saja-saja je dia nak buat. Bukan saja-saja je dia turunkan hujan tu hari isnin, atau selasa atau hari apa-apa pun. Pasti ada hikmah dekat situ. Kita ni sepatutnya bersyukur, bukannya maki hamun. Hai, manusia-manusia.
Kang di baginya kita banjir nak? Air jugak, sama macam hujan. Itu dah bukan nikmat, itu bala dari Allah. Dah diberinya kita hujan kita tak tahu bersyukur. Kan? Sebenarnya, manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah ni, mereka tidak akan pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pendek kata, mereka tak tahu apa maksud syukur tu. Kena ada seseorang yang ajarkan pada mereka, hari-hari atau setiap masa erti syukur dan barulah mereka akan belajar bersyukur. Takkan sampai macam tu sekali kan?
Aku hanyalah insan kerdil yang selalu mengingatkan diri aku, alhamdulilah jika ada rakan-rakan blogger malaysia yang turut sama mengingatinya. Tak perlu jadi ustaz atau alim ulama jika kita nak kongsikan kebaikan agama. Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan bukannya manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Jangan sampai dah di timpa bala, baru nak sedar. Yer.
Haffizul Iskandar.
No comments:
Post a Comment