Saya n suami kan, sebenarnya dah tak tahu nak pergi jalan2 mana. Sebab dari dulu kami asyik berjalan berdua. Pusing Malaysia dah, Thailand tu setakat Hatyai tu biasa sangat. Dah takda tempat nak pergi. Semua tempat rasa boring. Nak pergi luar Negara takde bajet la pula..huhuhuhu..
Sejak ada uzair ni, kami ulang balik tempat2 yang kami pernah pergi. Rasa happy dapat bawa dia jalan-jalan. Padahal dia tido je.. tapi ummi n ayah ni happy je! Lawak kan?
Masa ni uzair sambut raya haji kat sungai petani. Umur uzair masa ni dalam 3minggu je.. Sorry uzair, awak takde baju raya. cuba tengok sarung tangan tu. gedabak besar. Yela... masa ni baru 2 kg..
Masa ni pula, otw nak pergi Shah Alam dengan maksu n Dhia Humaira. Dhia lahir 1 minggu je awal dari uzair. So, maksu n ummi sama2 cuti n jalan2!! yeehuuu!! Dekat Shah Alam takde la berjalan sangat, setakat pergi expo baby je. Ada la bawa uzair balik Lurah Bilut, kampung maktok.
Ni pula kat Tasik Jitra. Tempat ummi n ayah lepak dulu2... Dah lama tak pergi, bila ada uzair ni, baru la ayah semangat nak gi lepak tasik balik. Kalau tak ummi n ayah lepak depan tv je.. huhuhu..
Yang ni kat Gunung Jerai. Saja je naik atas ni. Dulu ummi n ayah naik atas ni sejuk, tu yang nak bagi uzair rasa sejuk macam kat London la kekonon. hahahaaa..
Bukit merah ni ummi jemu xtau nak cakap dah. Tapi ayah ajak tido sana juga, sebab nak bawa uzair jalan2. Ummi redha.. hahhaaa
Masa opening butik pakcik yon pun uzair pi tau. Yelah... bagi semangat sikit kat pakcik yon, mana la tau nanti pakcik yon bagi saham butik kat uzair sikit...ehhhhhh byk! kikikiki...
Masa gi rumah mama bai, ayah semangat la nak bagi uzair merasa naik komuter. Uzair pun layankan jelah. Papa sham pun redha masa ni, sebab kena follow. hahhaa.. Semangat kan ayah uzair ni?
Yang banyak kunci ni bukan kat Korea atau Paris ye.. Ni kat Bukit Bendera Pulau Pinang. Hajat ayah dari uzair umur 1 hari lagi nak bawa uzair naik Bukit Bendera ni. Hahahaaa... Macam biasa, niat tu nak tunjuk tempat ummi n ayah dating dulu2. Serius cakap, ummi n ayah dulu boleh melangut kat atas bukit tu lama2. Melangut tengok pemandangan n tengok orang. Sebenarnya ummi dah jemu naik atas ni, tapi macam biasa, layan yelah!
Ni kat Pak Bara, Thailand. Masuk makan2 je. Ayah la nak tunjuk kat ummi n uzair tempat ayah selalu lepak makan dengan geng konvoi moto dia tu. 1st time ummi makan kerabu belangkas. Sedap la pulak! Tempat ni tepi pantai. Sambil makan tu angin tiup sepoi2 bahasa. Fuhhhh... ayah, nak pi lagi!!!
Hatyai.... kat sini uzair pi banyak tempat, tu gambar tu kat pantai samila. Memang penat la. Tido sana 1 malam je.. Nanti nak kena datang lagi, sebab masa ni uzair tak pandai lagi. ok ayah! Sini lagi yek!! Zoo pun uzair pi dah. Banyak sangat gambar sampai ummi rasa malas nak upload. hahahahaa.. nanti kita cerita bab zoo yek. Best!! sebab kat situ boleh mandi2..
Tu muka bahagia sebab dapat main air kat zoo, sampai tido pun nak gelak.
hehehe..
Dulu2 kan, masa jalan ber2, rasa macam best dah. Tapi, sejak ada uzair ni, baru sedar yang dulu tu best sikit je, sekarang ni baru best banyak!! Terima kasih anak sebab teman ummi n ayah jalan2. Tempat yang dah rasa tawar tu jadi manis balik. Walaupun awak banyak tidur, tapi bila sampai kat satu2 tempat tu, awak sanggup berjaga n main dengan ummi n ayah ni.
Nanti ada rezeki kita pergi jalan-jalan lagi ye!
London?
**pengsan!**
No comments:
Post a Comment