Sunday, April 26, 2015

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul.

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul|cuci uri mengikut islam|ceritaejoy.

Bila bercerita mengenai menyambut kelahiran anak kedua pada awal post aku pagi tadi, ia sebenarnya berkaitan dengan ceritaejoy kali ini. Uri. Ha, bila berlaku kelahiran, uri pasti ada. Kalau ada yang tak tahu macamana rupa uri ni, boleh tanya dengan pakcik google ya. Hehehe. Ok, berbalik kepada entry aku kali ni, apakah kaedah mencuci uri yang betul mengikut islam.

Aku pada awalnya, sewaktu kelahiran anak pertama aku dulu, memang tak tahu apa-apa. Langsung tak tahu. Jadi, bila tak tahu, aku pun tanyalah dengan orang-orang lama. Macam-macam juga yang mereka ajar aku. Bila semuanya selesai, tergerak jugalah aku nak tanya pakcik google, rupa-rupanya, apa yang aku buat tu, semuanya bukanlah cara islam yang betul dan sekadar adat atau amalan orang-orang melayu.

Sewaktu kelahiran anak pertama dulu, mereka ajar aku bungkus uri tu dengan kain dan ikat dengan tali yang diperbuat dengan kain juga, lepas tu letakkan dalam balang plastik. Dalam balang tu pula, kena letak paku. Aku yang tak tahu apa-apa waktu tu, ikutkan sahaja lah. Tetapi selepas aku belajar, ianya bukanlah seperti itu. 

Ok, aku cuba kongsikan kaedah mencuci uri yang betul mengikut cara islam ya.

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul.

1. Mulakan dengan bacaan Bismillahirahmannirrahim.

2. Selepas itu, cucilah uri dengan bersih, hilangkan semua darah yang ada pada uri tersebut.

3. Bilas dengan air yang bersih dan berselawatlah serta mendoakan perkara-perkara yang baik kepada anak.

4. Kemudian, ambil asam jawa dan garam, gunakan bahan-bahan tersebut untuk cuci uri. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir darah. 

5. Selepas uri dicuci bersih, letakkan di dalam bekas yang mudah reput atau kain.

6. Gali tanah sedalam mungkin, ini untuk mengelakkan ianya dari di gali oleh haiwan.

7. Bacalah Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa menanam uri tersebut.

8. Tidak perlu letak lilin atau apa sahaja semasa menanam uri, takut kalau ianya boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Dah selesai. Mudah je kan uruskan uri ni. Diharap ianya dapat membantu serba sedikit pada mereka yang tidak tahu apakah kaedah mencuci uri yang betul mengikut cara islam. 

Haffizul iskandar.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas