Thursday, July 23, 2015

"Saya bukan nak raih simpati"

kisah viral lelaki bawa anak naik motor untuk pulang beraya

"Saya bukan nak raih simpati"|Ini adalah kata-kata yang keluar dari bapa yang kisah mereka menjadi viral baru-baru ini. Rakyat malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan simpati. Aku juga turut sama simpati, tetapi bila aku terbaca kata-kata dari lelaki ini. Terasa sedikit sebak dalam jiwa aku. Yelah, benar juga kata-kata dia, mana-mana ayah dalam dunia ni pun, akan lakukan apa sahaja untuk anak mereka. Dan niat beliau bukanlah untuk meraih simpati sesiapa, hanya untuk mengembirakan anak-anaknya sahaja. Respeks! 

“Tak perlulah susah payah sampai hendak kumpul duit belikan saya kereta kerana bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak.

“Saya bukan hendak tolak rezeki, tetapi sejak gambar kami empat beranak menaiki sebuah motosikal ‘kapcai’ dari Sepang ke Pulang Pinang menjadi viral dua minggu lalu, terlalu ramai rakyat Malaysia tampil membantu membuatkan saya rasa bersalah.”

Demikian luahan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak lelakinya berusia antara tiga hingga lapan tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.

Menurut mekanik jalanan itu, dia juga tekejut apabila mendapat tahu ada antara individu di media sosial turut mencadangkan supaya setiap mereka yang simpati terhadapnya menghulurkan sumbangan RM1 seorang untuk dikumpul bagi membelikannya sebuah kereta.

“Bagi saya itu sudah ‘melampau’ kerana penghargaan itu terlalu besar sedangkan saya tidak pernah meminta mereka berbuat demikian walaupun mungkin ia rezeki yang ditentukan Allah.
“Sesiapa saja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya, tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian rakyat yang prihatin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang sejauh hampir 400 kilometer.
Keadaan motosikal dipenuhi dengan beg pakaian yang diikat pada motosikal sambil anak ketiganya tertidur mengundang pelbagai reaksi pemilik laman sosial yang simpati terhadap kepayahan hidup keluarga berkenaan.

Terbaru, semalam, salah seorang pengguna FB mencadangkan setiap pengguna FB yang ‘like’ gambar berkenaan menyumbang RM1 seorang dan wang berkenaan dikumpul untuk membeli sebuah kereta kepada Ahmad Reza sebagai hadiah pengorbanannya itu.
Ia kemudian mendapat pelbagai reaksi yang menyokong niat murni itu sehingga mendapat lebih 6,300 ‘like’ setakat petang semalam.

Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga seorang duda berkata, dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan selama 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah ibu bapanya di Salak Tinggi, Sepang ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.

“Awal Ramadan lalu, cuma saya dan anak kedua yang tinggal bersama saya di Pulau Pinang, Rafique Danial, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut awal puasa bersama dua lagi anak yang tinggal bersama ibu bapa di sana selepas bercerai dua tahun lalu.

“Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang, sedangkan ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50 saja dan memang sikap saya tidak suka menceritakan kepayahan hidup kepada sesiapa termasuk keluarga,” katanya.

Dalam keadaan terdesak, menurut Ahmad Reza, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segala-galanya kepada kuasa Tuhan untuk melindungi perjalanannya empat beranak daripada sebarang musibah.

“Kami bertolak pada jam 6 pagi selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 buah kenderaan berhenti untuk melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu, namun saya menolaknya secara baik dengan mengatakan itu adalah ujian Allah buat saya.

-Metro

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas