Zip seluar rosak!|Zip seluar kerja aku rosak! Argh! Best punya buang air kecil, nak zip la seluar, sekali, aiks! kenapa tak boleh zip nih? Puas menjengah tengok. Argh sudah, sangkut pulak zip ni kat kain. Rentap punya rentap, amik kau, tercabut. Hahahahaha.
Jarak dari tandas ke loker amatlah jauh. Nak taknak aku terpaksa la tukar seluar, Takkan nak redah pakai seluar yang zipnya rosakkan? Confirm terbukak je seluar aku nanti. huhuhu. Ini bukan kali pertama aku kena macam ni. Rasanya dah masuk kali ketiga. Tak pasti, adakah sebab seluar ini kualitinya tak elok atau aku yang semakin membesar yang membuatkan zip seluar aku dah tak mampu nak menampung? Hahahaha.
Fuh! Dalam perjalanan nak tukar seluar, macam-macam dept kena lalu. Selamatlah takda yang perasaan zip seluar aku rosak. Alhamdulilah. Sampai kat loker, ada juga seluar simpanan *yang memang saja aku simpan* Alhamdulilah. Fuh. Zip owh zip. Kau mampu mengubah pemikiran manusia. Owh!
No comments:
Post a Comment