Alahai... kesiannya kat akak ni... ingat baru nak untung berniaga... alih-alih rugi berkandaq yang terpaksa ditanggung... semuanya gara-gara wang RM50 palsu yang berjumlah RM1000 yang diberikan oleh seorang pembeli kepadanya...
Jom tengok pendedahan yang dibuat oleh akak ni berhubung wang palsu yang diterimanya...
Wang Rm50 yang diterima berjumlah Rm1000 boleh dikikis di bahagian tepi wang tersebut... bahagian tersebut sepatutnya merupakan ciri keselamatan yang menentukan keaslian wang.
Mungkin disebabkan jumlah wang yang diterima agak banyak yang mana semuanya merupakan wang palsu yg sama jenis menyebabkan akak ni tak menjangka dirinya sudah ditipu... apatah lagi dengan keghairahan untuk menjual barangan dalam kuantiti yang banyak maka faktor berwaspada itu diabaikan...
Penjenayah juga sebenarnya bijak... mereka biasanya terlebih dahulu mengenal pasti mangsa yang mudah untuk mereka perdaya... peniaga yang berniaga berseorangan tanpa pembantu akan lebih menjadi pilihan mereka...
Mereka akan tampil dengan perwatakan yang menyakinkan... ada antara penipu ini yang kelihatan warak dan ada juga yang tampil kemas ala ala korporat... mereka akan memilih waktu yg agak sibuk untuk melancarkan jarum mereka... ketika itu biasanya peniaga mudah hilang tumpuan dalam berurusniaga kerana mungkin terpaksa melayan pelanggan lain yg datang ke kedai mereka...
Peluang ini akan diambil oleh penjenayah untuk menipu... penjenayah akan mula buat kalut untuk selesaikan urusniaga dengan segara... mereka akan cari jalan untuk pastikan pertukaran barang dan wang palsu berlaku dengan pantas dan kemudiannya mereka akan hilangkan bersama barangan dengan segera...
Pada ketika inilah, jika peniaga tidak berhati-hati atau terikut dengan rentak penjenayah tersebut maka peniaga akhirnya akan tertipu...
Walau macamana kalut sekalipun, pastikan kira dulu jumlah wang yang diterima dari pembeli sebelum serahkan barang... dalam masa yang sama, sambil mengira cuba lihat struktur wang secara kasar jika ada apa2 tanda yang mencurigakan... adalah lebih baik jika setiap peniaga memiliki alat pengesan wang palsu seperti lampu ultra ungu... peniaga boleh terus periksa pada alat tersebut jika was was dengan struktur wang yang diterima... malah tidak ada salahnya jika periksa juga wang secara rawak setiap kali menerima jumlah kepingan wang yang banyak... penjenayah akan mula rasa takut dan panas punggung jika melihat peniaga memeriksa wang yang mereka beri...
Disamping itu, setiap peniaga perlulah menjadi peniaga yang bijak, bukan peniaga yang mengejar keuntungan semata-mata... ciri2 keselamatan yang asas seperti bayang gambar Agung, tali keselamatan di tengah wang kertas dan beberapa perkara lagi perlu sentiasa diberi perhatian oleh peniaga...
Batalkan urusniaga jika wujud keraguan yg jelas pada struktur wang... dan kemudiannya laporkan kepada pihak polis dan jika mampu bawa bersama pembeli tersebut... tidak dinafikan ada juga pembeli yg mana dia sendiri tidak tahu wang yg dimilikinya wang palsu... mungkin dia juga perolehi wang tersebut dari pihak lain... pembeli yg tidak tahu wangnya palsu kurang rasa takut jika di bawa kepada pihak polis kerana mereka yakin yang mereka tidak berniat menipu... berbeza dengan penjenayah yg memang merancang untuk menipu... mereka akan mula rasa takut dan cuba pelbagai cara untuk mengelak termasuk melarikan diri secara tiba-tiba...
Apapun... bagi Mamu, yang penting para peniaga perlu lebih dan sentiasa berwaspada... apatah lagi sekarang ni di bulan Ramadhan, bulan yang meriah dengan rezeki berniaga... dengan bazaar Ramadhannya, bazaar pakaiannya dan macam2 lagi, penjenayah pastinya akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menipu dan melakukan jenayah... maka...
BERHATI-HATILAH...
By Mamu Karapoley
No comments:
Post a Comment