Keburukan menonton televisyen ketika waktu makan|Entry ini aku tujukan khas untuk kanak-kanak atau anak kecil. Mungkin juga melibatkan orang dewasa, tetapi fokus aku adalah lebih kepada anak kecil. Apakah keburukan menonton televisyen ketika waktu makan bagi anak kecil?
Ini benar-benar terjadi pada aku. Bilamana aku membenarkan anak sulung aku menonton televisyen ketika waktu makan. Dan hasilnya adalah, anak aku langsung tidak berminat dengan hidangan yang di beri *walaupun itu adalah makanan kegemarannya* berbanding dengan rancangan televisyen waktu tu.
Dan apabila ini terjadi, sudah pasti kita sebagai ibubapa akan rasa tidak selesa. Yelah, anak-anak dah leka dengan rancangan televisyen, tetapi perut mereka masih kosong. Bila terlalu kerap kosong, nanti sakit perut pula kan? Kita juga yang susah nanti. Hish!
Niat aku bila mengizinkan anak aku menonton televisyen ketika waktu makan, adalah kerana aku inginkan dia terhibur, sambil makan sambil menonton rancangan kegemarannya. Tetapi ternyata aku silap besar. Tak boleh! Betul tak boleh. Jangan sesekali benarkan mereka menonton televisyen sewaktu waktu makan.
Kehidupan anak kecil adalah lebih kepada keseronokan. Banyak perkara yang mereka ingin explore. Kegembiraan adalah segala-galanya bagi mereka. Termasuklah rancangan-rancangan kegemaran mereka. Boleh aku katakan, ada di antara anak kecil yang tidak menjadikan makanan sebagai suatu keperluan bagi mereka.
Bila kita sebagai ibubapa mengizinkan perkara ini berlaku, takut nanti akan jadi suatu perkara yang lebih buruk akan berlaku. Jadinya, bila aku dah terkena sekali, dah pasti tidak akan ada yang kedua atau seterusnya. Waktu makan adalah waktu yang tiada masa menonton televisyen. Segalanya adalah di atas meja makan. Apabila selesai, barulah ada aktiviti lainnya.
Bukan niat menghalang anak-anak, tetapi jika kita tidak memberitahu mereka akan pentingnya makan, dah pasti mereka tidak akan merasakan ianya adalah sangat penting. Lain orang, lain caranya bukan?
No comments:
Post a Comment